BAB 3

Romance Completed 6277

Afiqah ralit mengedit foto-foto yang diambilnya tadi. Bila dapat tugas pada hari pertama bekerja, memang seronok tak terkatala jawabnya. Tambahan pula tugasnya menangkap gambar semula jadi. Itu memang kepakarannya. Dia lebih rela ambil gambar macam tu dari ambil gambar orang. Entah! Rasa macam diri dia diperhati. Haha. Pelik!

Jam dikerling sekilas. Dah masuk jam 5 petang. Dah boleh balik. Tapi kerja dia banyak lagi tak siap. Dia melihat sekeliling pula. Tak nampak kelibat Han dan Afiq. Keluar daripada tadi tak balik-balik lagi ke. Dah lah dia seorang je dalam studio ni. Haih. Seram!

“Afiqah!”

Terkejut Afiqah bila namanya tiba-tiba dilaung. Kerjanya mengedit terus terbantut. Dadanya diurut perlahan gara-gara terkejut. Tak mahu dirinya kena sekeh, cepat-cepat dia keluar daripada tempat kerjanya dan melangkah ke depan studio. Ya! Itu dia orang yang melaung nama dia. Siapa lagi kalau bukan bos.

“Ye bos.”

Afiq yang tengah menyusun barang atas meja menoleh sekilas ke arah Afiqah. Han pula sibuk buat kerja dia.

“Kenapa kau tak balik lagi? Jangan buat rajin sangatlah.”

Afiqah sempat menjeling ke arah bosnya tu dengan geram. Biarlah aku nak balik lambat pun. Tak kacau hidup dia pun. Aku kerja bukan duk saja. Ngek!

“Kerja tak siap lagi.” Jujur Afiqah.

Afiq mengerling telefon bimbitnya yang berada atas meja itu. Bila nampak nama di skrin, terus dia merengus geram. Tak habis-habis kacau aku.

“Balik lah. Kerja awak sampai pukul 5 je. Esok boleh sambung. Han! Make sure dia balik. Aku keluar kejap.”

Belum sempat Afiqah nak menjawab, Afiq terlebih dahulu keluar daripada studio itu. Buatkan Afiqah terpinga-pinga. Han pula yang sedar reaksi Afiq itu tersenyum hambar. Dia mendekati Afiqah yang blur tu.

“Awak balik lah. Jangan risau bos awak tu baik.”

“Tapi kenapa dia tergesa-gesa keluar tadi?”

“Susah nak explain. Dah lah awak pergi lah balik. Risau pula family awak nanti. Jumpa awak esok.”

Belum sempat Afiqah nak soal banyak, Han terlebih dahulu ke meja kerjanya. Akhirnya Afiqah hanya menjongketkan bahunya tanda biarlah. Dia tak berhak tanya banyak sebab dia baru dekat sini. Baliklah weh. Balik tidur lagi bagus. Kah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience