“Aku dah kata jangan ganggu aku lagi! Apa lagi yang kau tak puas hati ha?!”
Perempuan di depannya saat itu benar-benar menguji kesabarannya. Dah banyak kali marah, ugut sampai bagi amaran stop kacau dia. Tapi macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sampai dia dah muak dengan semua permainan perempuan di depannya saat itu. Dia rimas!
“I rindu you. Kenapa you marah-marah I?”
Afiq tersenyum sinis. Tajam dia merenung perempuan di depannya saat itu. Hatinya berombak menahan marah.
“Kau tak berhak rindu aku! Kau ingat sikit kau isteri siapa sekarang ni?! Tak cukup lagi kau buat aku merana sampai kau kacau aku lagi?!”
Jerkahan Afiq kali ini benar-benar mengejutkan perempuan itu. Afiq meraup wajahnya kasar. Dia dah meninggikan suara. Tapi dia dah tak peduli. Dia benar-benar marah saat ini.
“You..”
Bila perempuan tu nak capai tangan Afiq. Afiq pantas mengelak. Wajahnya berubah bengis.
“Kau! Berhenti kacau aku! Aku tak perlukan kau! Cukuplah kau dah buat aku sengsara! Tak cukup lagi ke ha?!”
“I minta maaf. I nak tebus kesalahan I. I tahu I salah.”
Teresak-esak perempuan di hadapannya cuba meminta maaf. Afiq yang melihat dah menarik senyuman sinis. Serius dia rasa menjengkelkan. Rasa rimas. Dan rasa jijik!
“Aku boleh maafkan kau kalau kau tak ganggu hidup aku lagi!”
Pantas Afiq memusingkan badannya ke belakang. Dia nak naik semula ke studio. Tapi langkahnya terhenti bila melihat siapa insan yang sedang melihat ke arahnya saat itu. Insan itu pula bagaikan baru tersedar. Cepat saja dia meninggalkan situ dengan bebelan.
“Kenapa kau pergi dengar Fiqah! Kau cari nahas namanya! Wuargh! Matilah aku dengan bos esok.”
Afiqah merungut sambil menepuk dahinya perlahan.
Afiq yang sedar Afiqah sudah berlalu pantas saja kejar langkah Afiqah. Entah kenapa tapi dia nak kejar juga Afiqah.
“You!”
Dia langsung tidak hiraukan panggilan perempuan tu. yang pasti dia mesti berdepan dengan Afiqah. Afiqah pula makin melajukan langkahnya. Namun, tak lah selaju yang disangkakan bila Afiq sudah berdiri tepat di depannya dengan renungan tajam. Afiqah yang melihat dah terteguk air liur. Kecut perut semu ada.
“Kau.”
Afiqah pantas tunduk ke bawah. Dia tahu dia akan kena marah.
“Maaf bos. Saya tak sengaja. Betul! Saya cuma nak balik. Tiba-tiba saya dengar suara bos yang tengah marah. Saya terdengar bos. Saya tak sengaja. Maaf bos!”
Bersungguh-sungguh Afiqah meminta maaf sambil tunduk. Dia langsung tak berani bersua muka dengan Afiq. Dia takut.
Afiq yang melihat tersenyum tanpa sedar. Entah kenapa reaksi Afiqah saat ini mencuit hatinya. Rasa marah dia tadi pun makin hilang. Afiqah. Kau comel sebenarnya kau tahu tak?
“Ikut aku.”
Arahan dikeluarkan. Afiqah hanya patuh. Tak mahu kena marah.
Afiq membawa Afiqah ke arah lampu-lampu pokok yang bercahaya. Cuma waktu masih petang. Jadi lampu belum menyala. Di situ juga terdapat kerusi-kerusi untuk orang awam berehat. Afiq mengambil tempat bila ada kosong. Manakala Afiqah hanya tegak berdiri di tepi Afiq.
“Duduklah. Aku tak suruh kau jadi tugu negara depan aku.”
Afiqah pantas duduk bila dapat arahan. Serius! Dia kecut. Muka bos dia saat ini serius sangat. Takut aku tengok. Tapi bila kena perli tadi geram jugaklah. Sabarkan hati je la.
“Mesti kau nak tahu siapa perempuan tadi kan?”
Suara Afiq sambil tersenyum hambar. Tapi dia langsung tak toleh ke arah Afiqah.
Afiqah tersentak. Tapi dia hanya mendiamkan diri. Dia juga setia tunduk daripada tadi.
“Dulu kami pernah bercinta. Tapi dalam setahun dua je. Aku kena tipu hidup-hidup. Aku dilayan macam patung. Bila dapat tahu dia dah kahwin. Hati aku ni sakit sangat. Pedih! Perit! Dia ingat hati aku ni batu kot. Selama setahun lebih bercinta, tapi dia tak pernah beritahu apa-apa tentang diri dia yang nak kahwin tu. Aku macam dipermainkan.”
Afiq tersenyum sinis. Walaupun hampir setengah tahun benda tu berlalu, hati dia masih terasa sakit. Luka ni bukan boleh sembuh macam tu je. Perlukan waktu.
“Apa motif dia dekat dengan aku? Kalau dah dia dah ada orang lain kan?”
Afiqah terkedu. Tak sangka bos aku ni ada kisah yang menyayat hati. Tiba-tiba aku rasa simpati pula.
“Lepas tahu dia kahwin. Aku move on. Aku lupakan dia. Aku cuba buang dia dari hidup aku. Agak dalam 2 bulan jugalah, aku berjaya move on perlahan-lahan. Sampai aku rasa aku dah dapat hidup aku balik. Tapi lepas 2 bulan dia kacau aku balik. Tak henti-henti. Sampai buat aku rimas.”
Afiqah mengerling ke arah Afiq. Melihatkan keadaan Afiq yang stress tu buatkan dia ingin membantu. Dia terasa nak usap bahu Afiq. Nak bagi kekuatan. Tapi, dia berhak ke? Arh! Kau merepek lagi Fiqah!
“Aku dah jadi benci dia. Tapi aku dah maafkan dia. Sekarang ni aku hanya nak jauh daripada dia je. Takkan tu pun dia tak faham?”
Afiq terasa nak tumbuk je sekarang ni. Stress sangat dia rasa. Sampai tangannya menggigil menahan marah. Afiqah yang melihat termangu. Dia tak suka tengok Afiq terlalu marah. Jadi, perlahan-lahan dia mengangkat tangannya dan menyentuh bahu Afiq.
Afiq yang asyik dengan perasaannya itu tersentak saat bahunya disentuh. Tapi dia hanya kaku. Tak bereaksi apa-apa. Hanya fokus pada hadapan.
“Banyakkan istighfar bos. Kalau stress sangat ambil lah wuduk. Baca Al-Quran. InsyaAllah rasa marah dan benci bos akan hilang. Banyakkan berdoa agar Allah berikan bos kekuatan tu.”
Nasihat Afiqah dengan senyuman. Sambil mengusap bahu Afiq. Dia terasa lega bila tengok tangan Afiq dah tak menggigil.
Dalam seminit juga mereka berkeadaan begitu. Bila terdengar bunyi kuat, barulah Afiqah menarik tangannya semula dan pandang ke hadapan. Dalam hati dia tersenyum bila dapat menenangkan Afiq.
Afiq pula dah termangu sendiri. Tak sangka nasihat Afiqah tadi berjaya membuatkan dia menjadi tenang semula. Perlahan-lahan dia menoleh melihat Afiqah. Dia tersenyum. Wajah polos Afiqah tu benar-benar menarik perhatian dia bila pertama kali berjumpa. Dia sendiri pun tak faham.
“Afiqah. Thanks.”
Ucap Afiq ikhlas. Tak lupa juga senyuman dia tu.
Afiqah yang mendengar ucapan itu hanya tersenyum. Dia hanya menganggukkan kepalanya tanpa menoleh ke arah Afiq. Dia juga terasa bahagia bila dapat buat Afiq bahagia. Eh! Dah kenapa?
Share this novel