“Sayang?”
Afiqah tersedar daripada lamunan saat Afiq memanggil lembut. Dia kembali simpan origami burung tu ke dalam kotak dan diletakkan ke dalam laci. Dia tersenyum sebelum melangkah keluar dari bilik.
“Ye bang?”
Afiq tengah tekun siapkan kerja mengedit gambar pengantin. Ingatkan cuti seminggu tak ada kerja nak dibuat. Tapi baru sehari cuti dah ada kerja. Sabar je la. Nasib baik Han ada pembantu dekat studio. Kalau tidak kesian Han kena buat sensorang.
“Abang haus la. Tolong buatkan abang milo?”
Afiqah tersenyum lantas mengangguk.
“Thanks sayang.”
Afiq kembali fokus pada kerjanya. Sampai tak angkat muka langsung. Tangannya pula meraba-raba mencari pensel untuk tulis sesuatu. Tapi dia tersentuh sesuatu. Dia menoleh ke sisi laptop. Dan senyumannya terukir saat dia tersentuh frame gambar perkahwinannya dengan Afiqah.
Gambar di mana Afiqah mengucup pipinya dan dia merenung Afiqah. Dalam banyak-banyak gambar. Dua gambar tu paling menarik. Dan semua ni kerja Han. Pandai dia edit sampai jadi satu frame. Afiq tersenyum lagi.
“Abang. Nah.”
Afiq menyambut huluran Afiqah dan meletakkan di atas meja. Dia mula memusingkan badan ke arah Afiqah. Dia mencapai tangan Afiqah dan mengucupnya perlahan. Afiqah tersenyum.
“I don’t know if I lose you.” Ucap Afiq lembut.
“I don’t know if I don’t see you again.”
Sambung Afiqah pula dengan senyuman.
“I don’t know what I want to do if you don’t choose me as your husband.”
“I don’t know what I want to do if I don’t accept you as my husband.” Sambung Afiqah pula.
Afiq terdiam. Dalam dia merenung mata isterinya itu. Tanpa kata, dahi isterinya dikucup penuh lembut sampai membuatkan Afiqah sebak.
“I love you dear.”
“I love you too.”
Tubuh isterinya ditarik ke dalam pelukan. Hanya Allah saja yang tahu betapa dia bersyukur selepas Afiqah menerimanya kembali. Dia tak dapat bayangkan kalau dia terpaksa terima jawapan negatif.
“Abang. Jangan pergi lagi tau?”
“No, abang takkan tinggalkan isteri abang lagi.”
Afiqah tersenyum. Dia terharu. Tambah-tambah dia tertengok frame gambar perkahwinannya itu. Tergelak dibuatnya. Afiq yang hairan melihat Afiqah tergelak itu pantas meleraikan pelukan.
“Apa yang lawak sayang.”
Afiqah mencapai frame gambar itu dan mengerling Afiq. Afiq memaut bahu Afiqah dengan jongketan di kening.
“Ada hati curi-curi tengok kita konon.”
“Ada hati cium pipi kita konon.”
Tanpa dapat ditahan, akhirnya mereka melepaskan tawa bersama-sama. Apapun terjadi sebelum ini, semua sudah dilupakan. Walau sekuat mana dugaan datang lepas ni, meraka akan berusaha untuk mempertahankannya.
Share this novel