Kring! Kring!
Baru nak lilitkan selendang, telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Apa lagi cepat-cepatla dia jawab bila nama bos yang ada di skrin.
“Helo bos! Dah sampai ke? Kejap. Lagi 5 minit.”
Sergah Afiqah tanpa sempat dengar suara Afiq dulu.
“Kenapa yang kalut sangat ni?”
Afiqah tersengih bila kena marah. Tak la marah cuma kena soal dengan rasa geram maybe? Haha.
“Excited plus takut. Saya tak pernah hadir majlis korporat macam ni bos.”
Jujur Afiqah dengan sengihan kekok. Nasib baik la bos tak ada depan mata aku sekarang ni. Kalau tak buat malu je lah!
“Rileks lah. Bukan orang nak makan kau pun. Majlis je kot. Makan-makan. Buat biasa je. Aku on the way ni. Cepat sikit. Bye.”
Eh! Eh! Tak sempat balas dah letak? Afiqah merengus geram. Bos aku ni kan! Sabar je lah.
“Afiqah! Bos kamu dah sampai ni.”
Bergegas Afiqah mengemaskan selendangnya buat kali terakhir. Rasa berdebar pula nak berdepan dengan dia sekarang ni. Lagipun aku tak pernah berpakaian macam ni depan dia. Selalu tak baju kurung dengan tudung bawal , aku pakai thirst dan seluar jeans. Malam ni aku lain daripada lain. Gaun labuh dengan selendang warna lembut.
“Okay umi!”
Hentam je la Afiqah! Asalkan aku tahu siapa diri aku. Cewah! Tak mahu buat bos tunggu lama. Bergegas dia ambil beg tangannya dan turun ke bawah. Dia sarungkan kasut tinggi dia yang berinci 3 cm tu lantas menuju ke kereta Afiq.
“Assalamualaikum bos.”
Salam diberi bila dia dah masuk ke dalam kereta. Afiq masih memandang ke hadapan. Tak ada hati nak pandang sebelah.
“Waalaikumussalam. Nasib kau cepat.”
Afiqah mencebik tanpa Afiq sedar. Macam kau dah lama sampai. Tak sampai 1 minit dah bebel. Nasib aku siap awal. Hish! Sabar Afiqah sabar. Kau ni lah!
Dekat setengah jam jugalah, baru mereka sampai ke destinasi. Afiqah memandang sekeliling. Mak aii! Besarnya rumah. Kalah banglo. Macam istana dah ni. Macam tak layak je aku nak masuk. Erk!
“Dah jom.”
Ajak Afiq lantas keluar daripada kereta. Dia masih tidak tengok Afiqah.
Afiqah keluar bila Afiq dah berlalu. Dalam hati membebel jugalah bila Afiq tinggalkan dia. haish! Dia yang ajak, dia yang tinggal aku. Aku sekeh juga kot bos aku ni. Haish!
“Bos! Tunggu lah kejap!”
Laung Afiqah dengan termengah-mengah. Bos aku ni lari ke jalan. Bukan main laju lagi.
Afiq yang geram dengan Afiqah yang lambat pantas menoleh ke belakang. Tapi bila nampak saja penampilan Afiqah pada malam itu, dia terus terpaku. Hatinya bagaikan berhenti buat seketika. Terdetik di hatinya yang Afiqah cantik sangat malam itu.
“Bos?”
Afiqah tegur bila bos dia macam terpaku tengok sesuatu. Aik? Takkan aku cantik sangat kot malam ni sampai bos tak berkelip tengok aku. K! Aku perasan. Kah!
Afiq tersedar apabila Afiqah tegur. Cepat-cepat dia tengok ke arah lain. Dia berdehem bagi menghilangkan rasa kekok dan malu. Tak cover langsung kau ni Afiq! Buat malu je!
“Jom. But..”
Afiqah yang baru nak melangkah tak jadi bila bos dia nak kata sesuatu.
“Apa bos?”
“Just don’t stay away from me.”
Mulalah Afiqah nak tarik senyuman lebar. Hatinya berbunga-bunga. Akhirnya dia hanya menganggukkan kepalanya. nasib bos aku handsome malam ni dengan tuxedo dia tu. Kah!
“Hai Raja Afiq. Lama tak jumpa kau.”
Afiqah terkedu. What? Raja Afiq? Ya Allah!
“Kau pun. Lama tak nampak.”
Afiqah mula rasa nak rebah. Dia juga mula rasa nak nangis. Seri di wajahnya dah hilang selepas mendengar nama tu. Nama yang dah lama tertulis dalam hatinya satu ketika dahulu. Adakah bos aku ni orang yang sama? Ya Allah!
“Kau tak nak kenalkan ke siapa sebelah kau tu?”
Afiq tersengih. Baru sedar ada orang di sisi. Dia menoleh sekilas ke arah Afiqah.
“Ini partner aku. Afiqah.”
Afiqah memberikan senyuman hambar pada tetamu. Serius. Dia rasa nak lari dari sini.
“Oh. I see. Jom lah masuk.”
Afiqah sempat tarik lengan Afiq sebelum Afiq masuk ke dalam.
“Kenapa ni?”
Afiq dapat kesan riak Afiqah yang muram. Tak macam masa mula-mula masuk tadi.
“Saya nak ke tandas kejap. Bos masuk la dulu.”
Terus Afiqah melangkah meninggalkan Afiq terpinga-pinga. Laju kakinya melangkah meninggalkan kediaman itu. Tanpa dapat ditahan, air matanya mengalir laju ke pipi. Agak dah jauh barulah dia berhenti berjalan dan terus dia duduk cangkung sambil menangis.
“Kenapa kau baru muncul Afiq?! Kenapa?”
Teresak-esak dia menangis sampai sembap bawah matanya. Puas di seka tapi air mata tetap turun ke pipi.
“Kenapa mesti selepas aku lupakan kau muncul balik? Kenapa?”
Bibirnya diketap kuat. Nak saja dia meraung kat sini. Tapi dia tak nak orang tahu. Lagipun dia belum jauh daripada kediaman orang kaya tadi.
“Aku benci kau Afiq! Aku benci kau!”
“Afiqah?”
Huh! Afiqah pantas menyeka air matanya saat dirinya telah disedari. Tapi suara tu bukan suara Afiq. Bila dia toleh ke belakang. Dia terkejut apabila Han yang menegurnya. Han tengok dia dengan kerutan di dahi.
“Hey? What’s wrong? Kenapa awak nangis sorang-sorang kat sini?”
Afiqah tersenyum hambar. Dia membuat gelengan.
“Kenapa awak tak cakap nama penuh bos?”
Han terdiam. Dia tak faham.
“Kenapa? Apa yang terjadi?”
Afiqah tertawa sinis.
“Han. Saya nak berhenti kerja. Esok saya tak datang. Dan cakap dekat bos awak tu. Terima kasih untuk segala-galanya. Dan..”
Afiqah menarik sesuatu keluar daripada beg tangannya dan menghulurkan pada Han. Han yang tengok dah mula rasa lain. Dia langsung tak faham.
“Apa ni?”
“Bagi benda ni dekat bos awak. Cakap dekat dia terima kasih banyak-banyak sebab dah banyak buat saya menangis sebelum ni. And tell him. I hate Raja Afiq. Forever!”
Terus dia berlalu meninggalkan Han dengan benda yang dia dah tak mahu simpan atau hatinya lebih terluka. Maafkan saya Han. Maaf.
Share this novel