“Afiqah! Edit ni!”
“Afiqah! Angkat ni ke dalam.”
“Afiqah! Client datang ni!”
Afiqah. Afiqah. Afiqah. Tak habis-habis nama dia diseru sehari itu. Dan tak habis-habis dia dikerah buat macam-macam. Siapa lagi kalau bukan bos tersayang tu. Tersayanglah sangat. Sampai letih dibuatnya.
Dia menyembamkan mukanya pada meja. Rasa nak tidur je. Mana taknya. Sehari ni dia buat kerja tanpa henti. Ingatkan selepas hal semalam tu bos dia dapat lah bertolak ansur sikit. Baru terasa nak puji semalam. Tapi bila pagi dah dapat layanan macam sebelum ni. Tak jadi terus.
“Ingat aku ni robot ke apa?”
Rungutnya tak puas hati.
Dia mendongak dan meletakkan mejanya atas kepala. Matanya melihat ke arah Han dan Afiq yang sibuk buat kerja. Bos aku ni handsome. Bukan tak handsome. Rajin bukan tak rajin. Tapi kalau dia selalu senyum kan bagus. Kalau dia macam Han tu kan elok. Ni tak. Arah itu ini. bukan reti nak cakap lembut-lembut. Ergh! Menyesal aku puji kau semalam. Rasa nak sekeh je kepala kau bos!
“Afiqah!”
Afiqah meraup wajahnya kasar. Terus dia berdiri tegak. Apa lagi la bos aku nak ni! Haish! Sabar. Ini kerja.
“Ya!”
Dia pantas bangun dan menuju ke arah mereka berdua.
“Esok ikut aku jumpa client. Aku nak kau yang ambil gambar diorang. Mereka nak buat pre wedding.”
Terlopong terus Afiqah bila dengar arahan bos nya tu. What? Seriously what? Aku tak salah dengar ke?!
“A..apa bos?” Soal Afiqah lagi untuk kepastian.
Han yang melihat reaksi Afiqah tu tersengih. Mesti dia terkejut sebab Fiq suruh dia buat kerja ni. Selalunya kerja ni diberikan pada seseorang yang dah pakar. Aku tahu mesti Fiq dah berikan kepercayaan sepenuhnya pada awak Afiqah. Jangan hampakan dia.
Afiq yang pelik dengan pertanyaan Afiqah menoleh ke arahnya sekilas. Dia menjongketkan keningnya.
“Kau pekak ke?”
Afiqah tersengih kerang busuk.
“Untuk kepastian.”
Afiq tersenyum sinis.
“Ikut aku jumpa client. Untuk pre wedding. Aku nak kau yang buat semuanya esok. Dah blah!”
Afiqah hanya menganggukkan kepalanya dan pusing badan ke belakang. Bila dah pusing, dia terus mempamerkan riak muka yang sangat teruja. Tak lupa juga dengan senyuman lebarnya tu. Ikutkan hati nak je jerit dekat studio ni. Tapi nanti kena pula dengan bos tu. Wuargh!!! Tak sabarnya!
“Cepat betul kau percayakan dia?” Suara Han dengan senyuman kecil.
Afiq terdiam.
“Selalunya bukan mudah kau nak bagi kerja ni pada sesiapa. Even aku pun susah tau nak dapat.”
Afiq hanya buat muka selamba. Dengan perlahan dia menjawab.
“Dia buat aku percaya dia. So aku bagi je la.”
Han yang mendengar dah dapat agak sesuatu. Dia tersenyum lagi. Bahu kawannya itu ditepuk.
“I know you’re fall in love again. I’m right?”
Terus Han berlalu meninggalkan Afiq dalam keadaan yang terpinga-pinga.
“He said what?”
Han tertawa kecil bila dapat tangkap ayat Afiq. Kau sendiri tak sedar Fiq. Aku harap kali ni cinta kau takkan dikhianati lagi.
Share this novel