BAB 1

Romance Completed 19882

Ahli-ahli usrah ummi yang duduk berkumpul diruang tamu aku pandang sekilas sebelum melemparkan senyuman kepada ummi. Rumahku memang dijadikan tempat perjumpaan pada setiap malam Jumaat. Kakiku kubawa ke dapur.

Gelas dicapai dan diisi dengan air suam. Sudah menjadi tabiatku untuk minum air suam sebaik sahaja pulang dari mana-mana. Punggung kulabuhkan ke kerusi. Dengan bacaan basmallah, aku meneguk minumanku mengikut sunnah junjungan mulia Rasulullah S.A.W.

Dari dapur, kedengaran suara ummi yang baru sahaja mahu memulakan aktiviti usrahnya. Ruang tamu dan dapur yang hanya dipisahkan dengan batuan marmar paras pinggang membolehkan aku melihat wajah ummi dari tempat dudukku.

“Assalamualaikum semua? Alhamdulillah dengan izin Allah kita dikumpulkan disini pada hari ini dan insyaAllah kita akan berkongsi ilmu serta memperbaiki diri. Baiklah kita ada ahli yang baru sahaja menyertai usrah kita. Boleh perkenalkan diri dan ceritakan sedikit tujuan kamu menyertai usrah?”

“Assalamualaikum semua! Saya Najla dan saya masuk usrah sebab saya nak pergi meminang Inche Gabbana!”

‘Puuuuuuurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!’

Tersembur air yang sedang kuminum. Gadis bertubuh tinggi yang sedang berdiri dengan yakin aku perhatikan dari kalangan ahli usrah ummiku. Wajahnya tidak langsung menunjukkan yang dia malu dengan kata-katanya tadi. Wajah ahli usrah yang lain tak usah ceritalah, masing-masing tercengang.

Paling ketara Makcik Sameah, akhawat yang paling lama berusrah dengan ummiku. Jiran sebelah rumahlah katakan.

Perlahan aku bangun dan mengatur langkah ke bilik tidurku dengan senyuman.

Share this novel

frharuto
2020-04-29 15:08:27 

nice story


NovelPlus Premium

The best ads free experience