BAB 3

Romance Completed 19882

“Awak…awak?”

Aku segera menoleh ke arah suara yang menegur. Wajah gadis itu kuteliti. Macam pernah nampak…

“Awak anak Ustazah Hasnah kan?”

Soal gadis itu dengan wajah teruja. Aku hanya mengangguk. Bila masa pula ummi aku jadi popular ni?

“Ye ada apa yang boleh saya bantu?”

“Macam ni, saya nak tanya kalau nak meminang orang lelaki, saya kena bawa tepak sirih juga ke? Amalan ni kira adat orang Melayu ke memang kita orang Islam kena buat macam tu?”

Wajah kudus + selamba gadis itu aku pandang dengan muka tak percaya.

Okey aku dah ingat dah budak perempuan ni! Ini betul-betul serius nak pergi meminang Inche Gabbana yang identiti luarnya tak diketahui ramai.

“Itu adat Melayu kita sahaja. Islam ini mudah. Jika suka pada seseorang lelaki, perempuan itu boleh menghantar wakil untuk menyatakan hasrat. Tak payah nak tepak sirih dan hantaran bagai. Oh lelaki itupun tak payah nak duduk bersimpuh sopan dekat pelamin.”

Jawabku dengan senyuman. Gadis itu tersenyum puas hati.

“Okey terima kasih ye! Lain kali kalau nak tanya apa-apa saya cari awak ye?”

Ah sudah! Karang lain pula yang jadi.

“Err..saya rasa lebih baik kalau cik terus tanya pada ummi saya jika ada apa-apa kemusykilan sebab jika cik berjumpa saya seorang diri macam ni akan menimbulkan fitnah.”

Dengan cermat akan menyuarakan kebimbanganku. Bukan aku tak mahu tolong tapi kena ingat diantara perempuan dan lelaki bukan mahram ada yang ketiga.

“Oh bukan apa, kadang-kadang tu nak tanya tapi belum sempat apa-apa dah kena jeling dengan makcik-makcik dalam bulatan gembira tu.”

Wajah mendung gadis itu ku pandang kasihan. Antara sebab-sebab dijeling tak lain tak bukan adalah kerana sifat gadis ini yang suka bertanya soalan-soalan yang agak pelik dan ekstrem pada golongan makcik-makcik itu padahal ummi relaks je.

“Okeylah macam ni, lain kali kalau nak tanya apa-apa, tanya masa makcik-makcik tu dah balik. InsyaAllah ummi saya tak ada masalah bab-bab nak menjawab pertanyaan cik.”

Cadangan yang aku harap membantu. Wajah gadis itu kelihatan seperti sedang berfikir sebelum mengangguk.

“Okey. Oh nama saya Najla. Tak payahlah nak ber’cik-cik’ sangat dengan saya.”

Tangannya dihulur kepadaku untuk bersalaman. Aduh ummi tak cerita pasal aurat antara lelaki dan perempuan lagi ke kat dia ni?

“Err..nama saya Mubarak. Maaf kita bukan mahram jadi tak boleh bersentuhan.”

Senyuman seikhlas mungkin kulempar pada Najla.

“Oh sorry..saya ni bab-bab agama memang fail.”

Tangannya ditarik semula dengan wajah selamba.

“Baiklah kalau tak ada apa-apa saya nak gerak dulu.”

“Mubarak!”

“Ye?”

“Kirim salam kat ummi ye?”

Aik bila masa pula ummi aku ambil dia jadi anak angkat? Aku hanya mengangguk sebelum berjalan menuju ke keretaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience