BAB 2

Romance Completed 19882

“Mubarak, ummi nak tanya.”

Aku terus menutup buku yang sedang kubaca lantas mengambil tempat disebelah ummiku yang sudah duduk dibirai katil.

“Ya ummi?”

“Siapa Inche Gabbana tu?”

Soalan yang sudah dapat kujangka. Sejak dari tamat perjumpaan dengan ahli usrahnya aku lihat ummi seperti sedang memikirkan sesuatu. Ummi, tak akan senang duduk jika tidak mendapat jawapan.

“Tak silap Mubarak, Inche Gabbana tu penulis blog dan daie, ummi.”

Jawabku seringkas yang mungkin. Siapa tak kenal penulis blog Angel Pakai Gucci? Setiap entri boleh mencapai ribuan atau mungkin jutaan pembaca. Entri yang memberi nasihat, pandangan dan yang paling penting dakwah. Di Fac, penulis blog ini juga sentiasa menulis status-status yang bisa menyentuh hati para pembaca.

“Oh begitu. Terkejut ummi tadi bila anak usrah ummi cakap nak pinang Inche Gabbana tu. Ummi ingatkan artis mana entah.”

Aku hanya mampu tersenyum. Biasalah macam-macam gaya anak remaja sekarang ini. Tapi sekurang-kurangnya gadis tadi ingin meminang seorang daie. Mungkin dia ada sebabnya yang tersendiri.

“Ummi, bukan ke usrah ummi ni untuk makcik-makcik sahaja? Macam mana budak tu boleh termasuk usrah ummi ni?”

Giliran ummi pula tersenyum. Wajah putih bersih ummi tak perlukan sebarang solekan. Pipi dan bibir ummi merah secara semulajadi. Ramai jugalah pakcik-pakcik yang meminang ummi setelah arwah walidku meninggal dunia namun ummi tolak secara baik dan untuk mengelak dari terus diganggu, ummi mengenakan niqab. Kasih ummi hanya pada arwah walid dan kini katanya dia mahu mengumpul saham akhirat supaya dapat bersama dengan arwah walid di syurga kelak, insyaAllah.

“Tak kisahlah Mubarak. Asalkan dia mahu belajar masuk usrah mana pun tak apa kan?”

Aku menganggukkan kepala tanda setuju.

“Esok kerja kan? Tidur awal, boleh bangun qiam nanti. Assalamualaikum.”

Pesan ummi sebelum bangun dari duduknya. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Sudah menjadi kebiasaan ummi untuk tidur awal dan bangun malam untuk menunaikan solat-solat sunat. Amalan nabi dan para sahabat yang membuahkan pahala.

“Waalaikumussalam. InsyaAllah ummi.”

Tangan ummi kugamit dan kukucup dengan penuh kasih. Ummi seorang wanita yang tabah dalam membesarkan aku selepas arwah walid pergi menemui Illahi.

Ummi mengambil upah menjahit dan pada waktu pagi menjual nasi lemak dihadapan rumah kami. Setelah aku tamat pengajian dan housemanship, aku menyuruh ummi berhenti bekerja kerana giliran aku pula menyara ummiku. Ummi bukan jenis yang duduk diam. Terus sahaja dia berusrah dan mengajar kanak-kanak mengaji Al-Quran secara percuma.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience