BAB 8

Romance Completed 19882

Beberapa bulan kemudian.

“Ummi!! Ada entri baru dari Inche Gabbana!!”

Aiseh jeritan keterujaan Najla membuatkan aku terkejut seketika.

“Mana? Mana?”

Ummi yang berlari-lari dari dapur sudah hilang ayunya. Sekarang seronok pula dia melayan menantunya yang asal online sahaja buka blog Inche Gabbana. Ummi sekarang dah jadi pengikut tegar Inche Gabbana dek terjebak dengan Najla ni.

“Pergh, kalau ummi ada anak perempuan memang ummi pinangkan Inche Gabbana ni untuk anak perempuan ummi tu.”

Najla yang sudah terkekeh ketawa membuatkan aku tersenyum. Hmm dia teringat kisah ‘dolu-dolu’ dia lah tu

“Amboilah korang. Mubarak kat sini pun dah jadi invisible dek melayan sangat blog tu.”

Najla tersengih lalu memaut manja lenganku.

“Aiseh, ini worang sudah jealous ka?”

Hidung mancung Najla kutarik. Geram betul dengan isteriku yang nakal ini.

“Oh ye, Najla dah tempah dah tempat untuk kita bercuti. Abang dah ambil cuti kan?”

Ummi yang masih melayan entri Inche Gabbana membuatkan aku tersenyum sebelum mengangguk. Sejak berkahwin, aku dan Najla tinggal bersama ummi. Bukan aku tak mampu untuk membeli rumah tapi kerana ingin menjaga ummi dan ummi tak mahu berpindah dari rumah peninggalan arwah walid.

Alhamdulillah Najla seorang isteri yang sangat memahami dan dia memang ‘kamcheng’ dengan ummi aku. Rumah tangga yang dibina bakal bertambah serinya dengan kelahiran anak sulung kami insyaAllah empat bulan dari sekarang. Ummi dan isteri, dua wanita yang menjadi sumber kekuatan. InsyaAllah kami sekeluarga sama-sama berusaha berlari menuju ke syurga Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience