BAB 5

Romance Completed 19882

“Assalamualaikum.”

Seperti ku kenal sang pemilik suara tapi berlainan sungguh luarannya.

“Waalaikumusalam.”

“Mubarak! Ni Najla lah!”

Mungkin dia melihat aku seperti tak kenal akan dia lalu dia memperkenalkan diri.

“Oh Najla..alhamdulillah Najla dah berhijab mengikut syarak.”

Dengan baju kurung dan tudung yang mengikut syarak, Najla tampak lebih sopan dan kulihat wajahnya juga lebih ceria berbanding dulu.

“Alhamdulillah berkat usaha ummi yang sabar mendidik saya. Okeylah Mubarak saya nak beli barang ni. Kirim salam kat ummi ye? Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam. InsyaAllah.”

Najla memang berusaha untuk berubah. Boleh kata Najla sering ke rumah untuk berguru dengan ummi walau bukan pada hari usrah pun. Ummi memang seronok apabila ada teman dirumah dan dari cerita ummi, Najla rajin bertanya dan sanggup mentelaah kitab-kitab koleksi ummi untuk mendalami ilmu agama. Pergh adakah ini penangan cinta Inche Gabbana?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience