BAB 4

Romance Completed 19882

“Mubarak dah ada calon menantu untuk ummi ke?”

Soalan tiba-tiba dari ummi membuatkan aku sesak nafas. Masuk kali ini dah tiga kali ummi bertanyakan tentang calon menantunya.

“Err..kenapa ummi? Ada orang datang meminang Mubarak ke?”

Selorohku untuk menenangkan diri. Teringat pula pada Najla yang hendak meminang Inche Gabbananya. Dah pergi pinang ke belum? La…apahal pula aku teringat kat budak tu hari-hari minggu ni?

“Hmm tadi makcik Sameah bertanyakan tentang kamu, anak dia si Asilah tu macam berkenan dengan kamu.”

Gulp! Biar betul! Serius aku kurang berkenan dengan Asilah yang selalu aku nampak melepak dekat benteng dengan lelaki-lelaki yang entah dari ceruk mana. Aduilah macam mana nak jawab? Aku tak mahu buka aib orang.

“Ummi, biar Mubarak buat isikharah dulu boleh? Tapi jujur Mubarak cakap, Mubarak tak ada perasaan pada Asilah tu.”

Ummi hanya senyum. Bukan sifat ummi untuk memaksaku. Dari kecil lagi, dia tak pernah memaksa aku untuk melakukan apa-apa kecuali bab-bab menjaga ibadah solat dan adab pergaulan.

“Tak apa Mubarak, ummi tolong tanyakan sahaja. Nanti apa-apa beritahu ummi ye?”

“InsyaAllah ummi.”

Dengan umur yang lagi berapa tahun nak ke 30, aku tahu ummi teringin untuk melihatku mendirikan rumah tangga tapi apakan daya, jodoh itu ditangan Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience