"Awak, sini lah." Tiya menggamit lelaki yang baru menikahinya sebentar tadi. Merah wajah si suami menghadirkan akal nakal Tiya.
"A..a..awak nak a..apa?" ujar Ayash malu-malu dan tergagap-gagap. Sebelum ni, dia mana ada penyakit gagap tapi lepas saja bersalam dan upacara membatalkan air sembahyang tadi terus penyakit ini hinggap padanya. Memalukan betul.
"Awak takut erk?" duga Tiya dalam segih. Saja dia nak menyakat lelaki itu. Jari dibawa menyentuh tangan lelaki yang sudah menjadi suaminya itu. Sejuk! macam baru lepas direndam dengan air batu saja layaknya.
"Awak, jangan la pegang-pegang nanti orang tengok macam mana" tegahnya. Ayash resah diperlakukan sebegitu. Bertambah merah kulit wajahnya.
"Awak nampak tak ni?" Tiya menunjukkan jemarinya yang terhias cantik dengan ukiran inai. Kemudian dibawa pulak jemari kasar Ayash dan disatukan dengan jemari runcingnya.
"Ish, tak nak la macam ni. Stop please." matanya melilau memandang tetamu yang datang meraikan majlis mereka berdua.
"Tapi Tiya suka macam ni. Sweet je, cuba awak tengok ni" tangan Ayash diangkat tinggi begitu jugak dengan tanganya menayang diawangan melihat keindahan ukiran ditangan dan merah inai di tiga jari Ayash.
Ayash tersenyum dalam malunya. Memang cantik terutama bila isterinya tersenyum sehingga menampakan dua lubang yang agak dalam tapi tidak bertembus dikedua belah pipi milik gadis itu. Leka sekejab dia dengan keindahan itu.
Kecacatan itu yang membuatkan dia terpesona dan dengan rela menerima cadangan mamanya supaya memperisterikan Tiya Maisara. Kecatatan yang menjadikan pemiliknya tampak manis, cantik dan comel.
"Awak, Tiya suruh awak tengok inai dekat tangan bukan suruh awak tilik muka Tiya. Tahulah isteri abang ni cantik." ujar Tiya dengan sengaja. Makin galak dan seronak Tiya mengusik Ayash Firdaus.
Terus termati senyuman itu. Terasa macam nak saja dia pergi mengurung dirinya didalam bilik kerana malu ditangkap oleh isteri sendiri.
Mata memandang kearah bertentangan bagi mengelak mata nakal si isteri.
"Tadi curi-curi tangok, tapi bila Tiya pulak nak tengok muka awak, awak tak kasi. Tak adil la macam ni. Tiya tak nak kawan la dengan awak." sengaja dia membuat rajuk ingin melihat reaksi Ayash sambil membuka langkah ingin pergi dari situ.
Sebenarnya dia baru teringat pesanan mamanya sebelum majlis akad tadi. Dia nak pergi berjumpa dengan mamanya untuk bertanyakan hal yang dipesan mamanya itu.
Ayash yang menyedari rajuk yang sengaja dilancarkan si isteri terus menarik tangan gadis itu supaya tidak pergi dari sisinya.
"Awak nak pergi mana? Awak nak tinggalkan saya sensorang dekat sini ke?" soal Ayash kalut. Tiya menoleh. Dalam hati menyembunyi senyum nakal.
"Tiya nak pergi adu dekat mama awak." seronok pulak mengenakan si suami pemalunya ini. Baru dia sedar dengan sikap nakalnya ini, tapi apa boleh buat, inilah perangai sebenarnya selama ini. Dia tak ingin jadi hipokrit.
Dia nak Ayash kenal siapa Tiya Maisara pendamping hidupnya. Lagipun selama ini mana pernah mereka keluar berdua duaan kalau tidak ditemani adik perempuan Ayash sebagai peneman. Kemana saja di angkutnya sekali anak gadis belasan tahun itu. Tak sempat langsung nak berdating berdua.
Tahap malu lelaki itu kalah perempuan sunti. Pening jugak dia nak hadap pada mulanya tapi lama kelamaan timbul idea nakalnya untuk kenakan lelaki itu.
Mesti seronok rumah tangga mereka nanti. Bila si pemalu kena hadap si nakal. Agaknya apa yang terjadi nanti ye? Senyum terus terukir di hatinya bila dia ingat kembali sepanjang proses mengenali hati budi masing-masing.
Lelaki ini kerap kali merah wajah dan telinganya bila diri diusik. Jamari pulak macam best ja membelek dan memintal hujung bajunya.
Bagi pihak Ayash pulak, padanya Tiya memiliki ciri-ciri yang dia suka dan idamkan. Memang segala yang dimiliki gadis itu bercanggah dari keperibadiannya tapi itu yang dia nanti-nantikan selama ini.
Dia tak ingin rumah tangganya diselimuti kehambaran dan kesuraman. Dia mahukan keceriaan sebab itulah dia sanggup pilih Tiya Maisara selain gadis itu memiliki dua lesung pipit yang menggeterkan jiwa lelakinya. Auwmmm gitu.
"Ni kalau Tiya tahu ada sudut lain dalam dirinya masak dia dikerjakan." detik hatinya. Pandangan mata hatinya memang nakal tapi segalanya dapat dikawal rapi dengan sifatnya agar ia tidak menonjol tapi...hahaha...
"Biarlah nanti kita pelan-pelan show dekat awak ye Tiya, masa tu awak jangan terkejut dahlah." desis hatinya lagi. Dia turut menguntum senyum dengan bisikan sendiri.
Tiya berjungkit kaki menuju kebilik mereka. Seboleh mungkin dia cuba untuk tidak mengeluarkan sebarang bunyi derapan kaki. Dia mahu mengenakan lelaki itu.
Terintai-intai dia disebalik daun pintu yang sengaja dikuak perlahan dan dengan berhati-hati dia menyelinap masuk tanpa disedari Ayash yang kelihatan termanggu dihujung katil sambil membelek-belek telefon pintarnya.
"Hah, awak buat apa tu?" sergah Tiya sambil kedua tangan menyentuh belakang Ayash dengan kasar berniat mahu mengejutkan lelaki itu dan dia berjaya.
"Mak kau handphone melayang." terlepas handphone di tangan. Mujur dia sempat menyambut telepon pintarnya dari jatuh memcium lantai kalau tidak tak pasal-pasal saja kena beli yang baru.
Tiya tergelak sakan. Seronok dia bila lihat riak terkejut yang dipamerkan Ayash.
Ayash mengurut dada bagi meredakan debaran yang melanda dijiwanya.
"Awak ni sajakan." luah Ayash dan dia mula menayang rajuk dengan muka pinkynya... dah macam hello kitty dah Tiya tengok dengan pipi yang bertompok merah. So cute.
"Asal awak tak mandi lagi ni, awak nak saya temankan awak erk?" usik Tiya sambil menolak bahu Ayash dengan menggunakan bahunya dari belakang. Terdorong sedikit tubuh Ayash dibuatnya. Ayash mematung. Dia kehilangan kata-kata. Hati meronta untuk membalas tapi fikiran melarang berbuat begitu.
Dari tadi dia karang dialog panjang berjela. Semangat nak mengayat bukan main tapi bila tuan tubuh dah berdiri didepan mata, malu punya pasal terus terbang segala yang dirancang dengan begitu indah tadi.
"Awak pergilah mandi dulu." ujar Ayash tanpa memandang wajah Tiya. Tiya beralih kedudukanya agar dapat melihat wajah suaminya itu. Dipandangnya Ayash atas bawah. Semakin menunduk si Ayash jadinya.
Tiya bangun tapi dia tidak kemana sebaliknya duduk didepan Ayash sambil buat muka menggoda.
Ayash terkesima. Akalnya saat ini menjadi gelap. Tak tahu nak berfikir apa. Tiya ni bukan boleh dijangka tingkahnya.
Tiya meletakan tanganya diatas paha Ayash dengan jemarinya bersulam dengan Ayash.
"Saya nak mandilah, panas." ujar Ayash spontan. Gemuruh beb. Baik dia mengelak sebelum benda lain yang jadi. Tiya ni bukan boleh diagak sangat. Dia perlu biasakan diri dengan rentak dan tari Tiya sebelum dia pulak yang bertindak.
Share this novel