BAB 2

Short Story Completed 847

Ayash mengendap dibalik pintu bilik air. Risau pulak dia nak keluar dengan hanya bertuala separas pinggang saja ni. Bimbang kalau Tiya berfikir yang bukan-bukan pulak.

Takut dengan tanggapan Tiya nanti. Masih belum sampai masanya dia nak menunjukkan sikap heronya.

"Cakkkk! awak cari saya ke?" terjongol Tiya di depan matanya.

"Awak! a... awak buat apa dekat celah pintu ni?" terkejut Ayash dengan sikap Tiya. Ayash menepuk dahi. Sangkaannya meleset sama sekali. Tadi memang dia ingat Tiya sudah pun keluar dari bilik itu tapi tak sangka sungguh perangai Tiya kalah Fatin yang berumur belasan tahun tu. Hadehhh...meriah la rumah tangga mereka nanti dengan sikap sengal dan sewel isterinya itu. Ayash menggeleng.

"Saya tungggg.....gu..." Tiya berjeda. Mood menyakat masih berbaki walaupun dia sebanarnya keletihan.

"Awak tunggu apa?" Ayash cuak. Lantas tangan naik menutupi dadanya yang terdedah itu. Terasa laju betul jantungnya berdetak.

"Tung.....guuu....turn nak mandi la...awak ni mandi kalah tujuh puteri dari kanyangan dalam cerita dongeng tu tau. Saya curi tuala awak tu nanti baru tahu ... tidur terus dalam bilik air tu. Nak ?" Tiya membebel dalam nada manja.

"Dahlah mengantuk terpaksa pulak menunggu lama untuk membersihkan diri. Orang dah rindu nak peluk cium bantal ni tau. Dia pulak mandi kalah orang pompuan." sambungnya lagi.

"Owh ..." cepat saja Ayash melangkah keluar dari bilik air. Memberi laluan kepada Tiya. Tanpa banyak bunyi, Tiya terus meloloskan diri kedalam bilik air. Dia nak cepat-cepat mandi dan terus tidur sehingga kepagi tanpa sebarang gangguan.

Tunggu esok pulaklah dia teruskan niat suci lagi murninya itu. Joker pun nak kena tidur jugak. Nak kumpul tenaga nak sakat Ayash.

Sebaik keluar dari bilik air, seperti yang dia jangka, Ayash sudah pun dibuai mimpi. Dia hanya tersenyum memandang pemandangan yang terhidang didepan matanya. Ayash tidur sambil memeluk bantal pemeluk. Nampak cute saja dimata Tiya. Rasa macam nak tarik-tarik dan cubit-cubit saja pipi tu. Kalaulah dia mampu, memang dia dah buat tapi bimbang pulak Ayash kena serangan jantung akibat terlalu terkejut dan takut.

Dengan berhati - hati dia merapati tubuh itu.

"Alahai, awak tidur pun nampak kacak encik suami. Tidur nyenyak-nyenyak ye. Maaf, saya nakal sikit. Jangan marah ye. Saya cuma suka lihat muka awak yang blushing setiap kali kena usik tu." selimut ditarik sedikit keatas bagi menutupi tubuh Ayash yang terdedah itu.

Dalam diam, Ayash tersipu malu mendengar kata-kata kalah madu si isterinya itu. Disembamnya perlahan-lahan wajahnya kebantal yang sedang melapik kepala bagi menyembunyikan riak bahagia yang turut melanda hatinya saat ini.

Siap berpakaian, dia turut merebahkan diri disebelah Ayash yang beraut tenang itu.

"Selamat malam awak. Mimpi yang indah-indah tau, kalau nak indah lagi mimpikan Tiya ye awak." lembut dia bersuara. Satu kucupan sayang dihadiahkan dipipi Ayash.

Tindakkan Tiya yang berani berbuat begitu pun sebab dia pasti yang Ayash memang sudah tidur mati. Ayash tak akan tahu dan sedar akan perbuatanya sebentar tadi.

Ayash yang hanya berpura-pura tidur, terkaku disisi bantal peluknya. Tak tahu apa yang patut dia buat sekarang.

Pagi yang indah. Tiya sibuk di ldapur membantu mama Ayash menyediakan sarapan pagi. Duduk rumah mertua kenalah tunjuk rajinkan, takkan nak dicop menantu malas pulak kut, jatuhlah air muka ahli keluarganya.

"Hai, akak dengan mama masak apa ni? Bau wangi satu rumah." puji Fatin yang baru melabuhkan duduknya dikerusi bersebelahan tempat mama dan kakak iparnya berdiri.

"Kak Tiya kamu ni nak masak mee goreng." balas mama Ayash. Mata melirik pada senyaman yang terukir dibibir menantunya itu.

"Wow tentu sedapkan." Fatin bertepuk tangan. Seronok dia dapat makan masakan kakak iparnya pagi ini.

"Tapi tak sesedap masakan mama kan." kata Tiya mahu membeli hati si mama mertua. Mama mengeluh bila bawang yang dipegang terlepas dari peganganya. Tergolek jatuh kebawah meja. Tiya bergerak sedikit memberi laluan pada mamanya yang sudah menunduk.

"Masakan mama memang the best." celah Ayash sambil memeluk tubuh insan yang berada didepanya dari belakang sambil matanya meligas mencari sosok seseorang. Membulat anak mata Tiya dek kerana terkejut.

"Amboi sweetnya pengantin baru ni." usikan Fatin menimbulkan rasa pelik pada Ayash. Dipandangnya wajah insan yang dipeluknya.

"Mak ai! macam mana pulak boleh terpeluk Tiya ni, patutlah dari tadi aku cari dia tak nampak-nampak rupanya..." bisik hatinya gelabah. Cepat-cepat Ayash melepaskan pelukanya.

"Hah, mama buat apa dibawah meja ni?" soal Ayash menutup rasa malunya. Dia membongkok apabila terdengar bunyi tolakkan kerusi disebelah Tiya.

"Cari bawang, jatuh pulak tadi." Puan Rafidah sudah tersenyum bangga dengan sikap romantis anak terunanya. Padahal dia tak tahu hal sebenar disebalik kejadian yang tidak di sengajakan ini.

Ayash memerhati Tiya dari jauh. Teringat pulak dia pada peristiwa pagi tadi. Tersalah landing tanganya. Tubuh mamanya yang hendak di peluk tapi terpeluk si isteri. Dia tersenyum sendiri sambil menggeleng kepala.

Ni semua gara-gara mamanya menunduk dengan cara yang mengejut. Kalau tidak benda itu tak akan terjadi. Mujur jugak kena bahan sekejap aja.

"Awak, kopi." Tiya meletakan secawan minuman bersama sepiring karipap diatas meja kopi berhadapan dengan tempat duduk Ayash.

"Awak!" seru Ayash sambil memegang bahagian bawah t-shirt yang di pakai Tiya untukenghalang dari gadis itu berlalu pergi. Niat Tiya untuk menolong mama mertuanya menyiram pokok-pokok bunga terbantut.

"Ye sayang, awak nak saya temankan awak ke?" soal Tiya mengusik.

"Awak marah saya ke?" Ayash risau. Sejak kejadian tadi Tiya masih belum menegurnya.

"Ye, memang saya marah." tipu sebenarnya. Tiya jugak terasa malu dengan tindakan Ayash tadi sampai nak menegur dan mengusik Ayash pun dia dah mula rasa segan, sebab itulah dia hanya berdiam diri macam tu saja.

"Awak, maaf, saya tak sengaja la. Saya nak peluk mama tapi tak sangka terpeluk awak pulak." itulah yang sebenarnya yang terjadi .

"Best tak dapat peluk saya, awak nak saya peluk awak balik ke?" Tiya buat riak miang. Dia melangkah duduk di tas peha Ayash. Ayash menelan liur sendiri. Menyesal pulak dia membangkitkan hal ini.

"Awak, Fatin datang tu nan..." Tiya terus bangun dan memandang sekeliling mencari kelibat insan yang di maksudkan Ayash. Dia meligas pandang kesekeliling untuk mencari kelibat Fatin tapi hampa.

"Awak kenakan saya ye." soalan Tiya sambil bercekak pinggang.

"Jangan ingat saya tak pandai nak kenakan awak." Ayash bangun dari duduknya. Bibir menguntum senyum kemenangan.

"Tak apa hari ni awak menang tapi lepas ni hati-hati ye." ugut Tiya. Dia terus berlalu namun tangannya cepat saja ditangkap oleh Ayash.

"I will." sebaris ayat itu buat Tiya tersenyum nakal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience