BAB 7

Short Story Completed 847

        Tiya memandang keadaan disekeliling biliknya. Kelibat Ayash tiada. Kemudian pandanganya tertacap pada telefon pintar milik lelaki itu. Muncul akal jahatnya untuk mencari bukti tentang sesuatu.

Fuh...lega bila tiada log screen yang ditetapkan oleh si suami. Ini memudahkan lagu kerja-kerja mengskodeng. Tiya bukan apa, dia cuma ingin memastikan sesuatu. Benar atau salah telahannya selama ini.

Dengan penuh debaran Tiya menekan tetingkap biru pada screen agar membawanya terus kepada tujuan asal tapi .... alorrrr ...Ayash telah mengelog out dari akaun facnya. Macam mana dia nak cari tahu tentang perkara itu.

Jahatlah Ayash ni. Hancur anganya. Berkecai rancangan yang telah difikirkanya sebentar tadi. Ayash ni sajakan nak mendera hatinya. Macam tahu-tahu saja dia nak menjalankan misi penting.

Tiya menaip nickname yang tertera disetiap komen yang di tinggalkan oleh si insan misteri itu pada setiap statusnya, namun  dia hilang punca bila terpaksa meneka paswood yang Ayash gunakan untuk mengelog masuk ke akaun fac peribadi suaminya itu.

"Apa kata laluan yang awak guna ni sayang?" rungut Tiya sendiri.

"Cintahatiabang satu perkataan tau sayang, tak ada speace." sapaan itu membuatkan Tiya hampir tercampak telefon yang dipegangnya. Mujur dia sempat menyambut.

"Abanggggg!" jerit Tiya manja.

"Itulah, suka sangat buat kerja jahatkan, kan dah terkantoi." ujar Ayash sebaik berjaya menangkap kesalahan si isteri. Tiya serba salah. Akhirnya telefon yang d pegangnya diserahkan semula pada pemiliknya.

"Eh, ambillah...kan sayang nak buka fac abang tadikan." Tiya menjeling. Nak perli dialah tu.

"Tiya tahulah yang Tiya salah tak minta izin abang dulu tapi..."

"Abang tak marah la sayang. Abang tahu apa yang sedang sayang cari dan fikirkan." potong Ayash.

Benda sekecil ini tak akan dia biarkan menjadi kudis dalam perhubungan mereka lagipun tak ada rahsia besar pun didalam tetingkap biru milik peribadinya itu. Buat apa dia nak ambil hati lagipun lambat laun, Tiya akan tahu jugak apa yang telah dia lakukan.

"Errrr...Tiya cuma nak..."

"Meh sini telefon tu biar abang yang bukakan paswoodnya."  telefon berkenaan terus bertukar tangan dan sebentar kemudian sudah terhidang wall utama fac milik Ayash didepan mata.

Terbuntang mata Tiya bila mendapati telahannya tepat mengenai sasaran.

"Ooo...jadi selama ni, inilah kerja abanglah ye,r yang bersesak tinggalkan komen love-love dekat status Tiya tu sampai orang lain dah tak berani nak mencelah." Ayash menjungkit bahu. Dia cuma mempamerkan riak tidak bersalah pada Tiya.

"Jangan nak salahkan abang ye, sayang tulah suke sangat nak beramah mesra dengan lelaki-lelaki yang suka komen kat status sayang tu. Abang jelous tau." ujarnya jujur. Terserlah mulut itik Ayash tu.

"Tiya cume balas komen dorang jelah abang, bukan lebih-lebih pun." Tiya menerangkan kedudukan yang sebenar.

"Memang Tiya tak lebih-lebih tapi dorang belum tentu kurangkan?" ujarnya lagi, lain macam je cemburunya kali ni.

"Tiya tak hadap la dengan dorang tu." jelas Tiya begi menghilangkan keraguan dihati si suami.

"Tapi dorang nak sangat kalau sayang melayan. Abang pun lelaki, abang tahulah." rungutnya perlahan. Haih pening betul Tiya dengan cemburu si Ayash ni.

"Tapi Tiya tak nak dorang sebab Tiya dah ada imam yang boleh Tiya harapkan untuk memimpin tangan Tiya ke syurga." lama dia merenung wajah Ayash sebelum dia mengembalikan telefon pintar itu pada tuanya yang sedang berdiri berhadapan denganya.

"Sayang, thanks tau sebab sudi jadi suri hati seorang Ayash Firdaus, yang banyak ragam ni."

"Abang, Tiya ikhlas sayangkan abang tau." Tiya mencapai jemari Ayash ingin menyalurkan apa yang dia rasakan sekarang ni.

"Sayang, abang tak nak yakinkan sayang yang sayang pasti bahagia dengan abang tapi abang janji selagi abang jadi suami sayang, abang akan usahakan supaya sayang akan merasa bahagia hidup dengan abang." ucapnya ikhlas. Luhurnya luahan hati Ayash. Sebak terasa sehingga hampir bergenang air mata Tiya.

"Sayang tahu tu bang. Sayang pun tak janji abang akan bahagia disamping sayang tapi sayang akan cuba untuk menjadi seorang isteri yang mampu mendampingi seorang suami walau apa pun ujian dan dugaan yang melanda rumah tangga kita kelak." ujar Tiya sejujurnya.

"Sayang, kita tak tahu apa perancangan Allah untuk setiap hambanya tapi abang janji cuma sayang yang ada dalam hati abang dan hanya sayang yang berhak jadi ibu pada anak-anak abang." dahi Tiya dikucup lama. Bergetar jiwanya saat bibirnya bersentuhan dengan  kulit dahi Tiya, macam selalu yang dia rasa setiap kali berhadapan dengan isterinya itu.

"Abang, ampunkan Tiya kalau selama Tiya jadi isteri abang ni abang banyak makan hati . Tiya tahu Tiya tak mampu jadi isteri sesempurna Khadijah tapi sekurang - kurangnya Tiya boleh berusaha menjadi Tiya yang yang lebih baik untuk abang . " ujar Tiya menahan sebak .

" Abang bersyukur dapat memiliki sayang dalam hidup abang . Abang bersyukur sayang jadi isteri abang . Abang berterima kasih pada papa dan mama kerana perkenalkan sayang pada abang . Sejak sayang hadir dalam hidup abang , abang terasa dunia abang penuh dengan kebahagiaan . " tangan naik menghapuskan air mata si isteri yang tercinta .

" Tiya pun sama bang . Setiap doa yang Tiya panjatkan pada Allah , tak pernah sekali pun Tiya lupa untuk mendoakan kesejahteraan abang dan rumah tangga kita . Sayang amat bahagia berada di smping abang . " akui Tiya jujur.
Tubuh sasa Ayash di peluk erat. Inilah kebahagiaanya dunia dan akhirat.

      Fatin menungkat dagu memerhati gelagat kedua merpati di depanya itu. Mengalahkan pengantin baru yang tak mahu nak berenggang walau seminit. Tercarik sedikit pun masing-masing mencari helah untuk bercantum semula. 

Dia langsung tidak menyangka abangnya Ayash mampu seromantik ini melayan kakak iparnya itu.

"Apa tengok-tengok " usik Ayash.

"Siapa cakap Fatin tengok abang, Fatin cuma tengok merpati sejoli yang tak tahu malu didepan Fatin, tu saja. Yang abang perasan sangat tu kenapa?" dalih Fatin.

"Jangan ingat abang bodoh la dik. Taktik adik tu dah basi tahu tak." ujap Ayash. Fatin mencebik.

"Eish ... susahlah abang ni, dah la duduklah sini sampai tahun depan. Malas dah adik nak melayan abang ngan kakak ni, bukan dapat apa pun. Berputih mata ja adik ni dok sini lama." Fatin terus melangkah meninggalkan mereka berdua.

"Sayang, kalau abang ada masa, abang ingat hujung bulan nanti abang nak bawa sayang pergi bercuti." bicara yang terlontar dari bibir Ayansh itu berjaya membulatkan mata Tiya yang mendengarnya. Teruja. Hebat sungguh Ayash ni, tiap-tiap bulan nak pergi bercuti biar pun hanya sekadar cuti-cuti malaysia.

"Eh, bulan lepas kan kita baru saja bercuti bang. Abang tak jemu ke?" soal Tiya sekadar ingin tahu tapi dalam hati betapa gembiranya dia hanya Allah yang tahu.

"Alorrr... tu bulan lepas la sayang bulan ni belum lagi tau. Abang tak akan jemu la sayang sebab nanti sayang akan selalu ada dengan abang. Tu yang abang nak." ujarnya sambil jemari bermain dengan rambut hitam si isteri.

Sayang betul dia pada Tiya. Tak terhitung dengan jari kalau hendak dikira rasa sayangnya.

Dia pun tak nak kalah kasih sayang. Jika diizinkan, dia nak kasihnya melebihi kasih Tiya kepada dirinya agar Tiya sentiasa rasa betapa bernilainya Tiya dalam hidupnya.

      

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience