Tiya bernyanyi sendirian. Mulut asyik menyanyi mata pulak asyik mengadap lappy yang ada di depannya. Dengan keadaan yang meniarap, jemari runcing miliknya bermain dipermukaan lappy kesayang.
Tetingkap biru dibuka untuk melihat segala komen-komen yang ditinggalkan di status yang dimuat naiknya dua hari lepas.
Mata tertarik pada sebuah komen di salah satu gambar yang dimuat naiknya itu. Gambar perkahwinanya dan komen yang di tinggal pula berbunyi "semoga bahagia menjadi milik kau dan aku" dan di tinggalkan emoji berbentuk ?? di hujung ayat berkenaan.
Tiya cuba mencari pemilik akaun fac berkenaan tapi apa yang tertera pada profile serta wallnya hanyalah gambar-gambar serta post-post yang tidak membantu. Tiada satu pun gambar yang boleh di kaitkan dengan insan berkenaan.
Tiya merengus hampa, sudahnya tangan menutup kembali lappy kesayangannya itu dengan sedikit keluhan.
Tiya berpaling saat pintu bilik di kuak dari luar. Menanti gerangan yang bertanggung jawab berbuat demikian.
"Sibuk ke?" Ayash menapak perlahan menghampiri Tiya yang sudah menukar posisi tubuhnya.
"Tak adalah. Kenapa?" kalut saja Tiya bertanya.
"Pergi jejalan nak?" sikit pun dia tidak memandang wajah Tiya sebaliknya pandangan di jatuhkan pada jemari yang asyik membelek dan melagakan kuku itu.
"Awak ni comform ke nak jejalan dengan saya? Ajak pun macam tak ikhlas je." luah Tiya.
"Eh, mana ada tak ikhlas. Sumpah ikhlas." di idea mamanyalah ni, kononnya kesian pada si Tiya asyik terperok saja dekat rumah.
"Ye ke ikhlas? Kalau ikhlas, cubalah bercakap tu pandang wajah comel saya ni, awak tak rugi apa-apalah." usik Tiya.
Ayash tersenyum simpul sambil mengalih pandang kearah Tiya sepintas lalu. Alolo blushingggggg lagi dia.
"Tak pe nanti kite sakat awak lagi ye, sammmpaaiii awak dah tak segan dengan kite. Biarlah orang nak cakap kite sengal ke gatal ke or miang sekali pun kite rela, kite tak kisah awak, janji dengan awak je okay sayang." hatinya berbicara sendiri.Tiya bangun. Tangan Ayash di raih manja. Wah! Tetiba ja Ayash dah jadi duri semalulah pulak.
"Awak nak bawa saya kemana?" makin galak Tiya menggoda Ayash bila terasa kegugupan Ayash.
"Aaa...emmmm...ikut awaklah. Awak nak pergi mana? Saya ikut saja." Tiya mencapai lagi sebelah tangan Ayash. Geram dia dengan tingkah Ayash yang asyik menguis permukaan seluarnya itu.
Nak kata berhabuk tak pun. Hadeh...nak kena usaha keraslah macam ni punya gaya. Bilalah si Ayash ni nak buang perasaan seganya pun tak tahulah. Buang dekat dia aja bukan buang untuk semua orang. Jangan nak ngada ni suami dia okey... no kongsi kongsi. I tak rela you...
"Kalau macam tu kita pergi lagoon nak?" Tiya bertepuk tangan. Saja ja dia nak tengok riak Ayash.
"Errrr...awak tempat lain tak boleh ke?" Ayash cuba menolak.
"Ala tadi awak..." berlakon lagi. Itulah modal Tiya nak kenakan si Ayash tu.
"Tempat lainlah...tak nak la saya nanti oran ..." Ayash mematikan kata-katanya. Tangan naik menggaru kepala.
"Perlukah aku berterus terang?" desis Ayash keliru dengan apa yang sedang bermain difikirannya.
"Tentu best awak, dapat mandi." Tiya berpura-pura tunjuk rasa terujanya.
"Tu yang saya tak suka sebab nanti..." Ayash menggaru lagi kepalanya. Susah benar dia nak ungkapkan ayat tu.
"Nanti apa pulak ni, cuba awak berterus terang." kata Tiya sengaja dikeraskan sedikit suaranya.
"Haish, macam-macam la Ayash sorang ni. Nasib baik sayang tau." gumam Tiya dalam hati.
"Tak elokkan bila orang lain tengok awak pakai baju basah, melekat dekat badan." bersusah payah Ayash nak menggungkapkan ayat itu. Tiya tersenyum sementara Ayash pulak sudah terasa panas satu badan.
"Tu yang seksi." Tiya mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Ayash. Dipaksa Ayash menentang anak matanya. Sekarang bukan setakat muka je yang merah sekali dengan telinga dah berubah warna. Cian pulak Tiya tengok riak Ayash.
"Awak!" aik nak merajuk ke ni ..aloooo...best pulak rasanya.
"Okey-okey. Kita jejalan dekat taman depan tu dahlah ye?" Tiya mengalah bila Ayash mula tayang muka rajuk. Lemah Tiya dengan riak yang ditunjukkan oleh suami tersayang. Cute sangat macam twetty bird yang kuning tu. Rasa nak peluk ketat-ketat ja si suami cute Ayash.
Ayash dah tersenyum memandang sekilas si isteri. Tahu jugak dia nak mengalah rupanya. Ingat ke susah sangat nak buat dia tunduk. Wah, berbunga hati ni bila ada orang tu sudi nak ikut cakapnya.
"Jom, awak temankan saya naik buaian ya." tangan lelaki itu ditarik kearah buaian yang ada ditaman.
"Awak, saya segan la. Malu orang tengok." mata Ayash meliar ke sekeliling taman tersebut. Cuma ada kanak-kanak aja yang bermain buaian dan gelongsor. Mana ada kanak-kanak lajak umur macam mereka. Tiya ni memang la.
"Awak cepatlah." Tiya merengek. Ayash memandang dengan berbagai rasa.
"Ada jugak yang nak kena seret nih." desis hatinya.
Ayash mendekati Tiya lalu membisikan sesuatu ditelinga Tiya. Terbuntang mata Tiya mendengar ugutan Ayash. Tidak menunggu lama, Tiya terus bangun dari buaian dan menarik tangan Ayash beredar dari situ.
Malu dia kalau Ayash betul-betul melakukan seperti apa yang dia bisikkan tadi. Sudahlah berbisik dekat sangat dengan telinga, seram sejuk dia rasa bila nafas Ayash menyentuh lembut cuping telinganya. Mampu bikin meriding seluruh anggotanya.
Jari telunjuk Ayash naik menyentuh hidung sendiri. Hampir pecah tawanya melihat riak Tiya sebentar tadi.
"Tahu pun malu. Ingat tak kisah kena kiss depan orang ramai. Lagak macam berani saja selama ni kenakan aku." bangganya dalam hati.
"Ni dia tak tunjuk betul-betul lagi sikap terselindung dia tu, jika dia tunjuk rasanya tak berani dah nak jadi kaki buli agaknya. Ya kaki buli Ayash Firdaus." gumamnya terus.
"Awak dah tak nak main buaian ke?" soal Ayash menduga. Tiya menggeleng. Satu jelingan dihadiahkan pada Ayash.
"Ni nak balas dendam ke nak buli saya nih?" soal Aysh yang kembali bersaing jalan dengannya.
Tiya mula rasa tak selesa dengan sikap Ayash. Risau pulak dia dengan perubahan Ayash yang mendadak tu. Lepas ni, sumpah dia dah tak ingin keluar dengan Ayash dah.
Mungkin cuaca yang sedikit panas ni, telah mengubah sikap Ayash dengan mendadak. Nak pandang wajah Ayash pun dia dah terasa segan.
Silap-silap hari bulan dia pulak yang blushing macam twetty bird tu.
"Ayash ... makin jatuh cintalah saya dekat awak lepas ni." bisik hati Tiya.
Tanpa Tiya sedar, dia sudah terlanggar Ayash yang tetiba berhenti di hadapanya.
"Uitt... awak ni dah tak sabar ke nak peluk saya" Ayash memulang paku buah yang pernah Tiya katakan padanya dua tiga hari yang lepas.
"Eh, mana ada awak tu yang berhenti tak bagi signal." sangkal Tiya. Gila ka hapa dia nak peluk Ayash kat tempat orang lalu lalang nih, lainlah kalau dekat rumah. Nak jugak dia peluk Ayash ketat-ketat.
"Awak nak makan ais krim tak? " soal Ayash. Sebenarnya dia yang nak tapi malu dengan Tiya.
"Nak awak." suara Tiya gembira.
Ais krim kot siapa yang nak. Kalau di hidangkan dengan ais krim satu Malaysia pun dia tak akan menolak.
"Eh, mana boleh kat sini malu la saya." acah Ayash. Saja ja dia nak kenakan Tiya.
"Aiii, nak makan ais krim pun malu ke?" Tiya menggeleng.
"Macam-macam la Ayash ni. Dia yang pelawa kita dia pulak yang malunya. Hadehhh..." rungut Tiya hairan.
"Owh, nak ais krim. Lain kali cakaplah betul-betul, ni tak, awak cakap "nak awak "kan tadi?" Ayash tersenyum menang. Tiya mengalih pandanganya kearah lain. Malu pulak dia rasa. Ayash dah makin berani. Dia menguntum senyum.
Share this novel