BAB 5

Short Story Completed 847

     Lama dia memandang wajah yang nyenyak dibuai mimpi disebelahnya itu. Peristiwa ditaman kembali bertayangan di dalam kotak dikirannya. Ayash tersenyum.

Perlahan-lahan kulit mulus gadis itu disentuhnya dengan hujung jari telunjuk. Dari kening membawa kehidung separa mancung kemudian ditatap pula seulas bibir yang banyak mengungkapkan kata-kata nakal padanya selama mereka bergelar suami isteri.

Direbahkan badannya bersebelahan dengan gadis tersebut lalu dengan posisi mengiring dengan sebelah tangan menompang kepala, jari telunjuk Ayash bermain-main diatas permukaan bibir gadis itu.
Lama jarinya menjadi penghuni seulas bibir milik Tiya.

Tangan mula melingkari tubuh terbaring Tiya. Badan menghimpit serapat yang boleh sehinggakan terasa nafas yang dihembus gadis itu menderu dipangkal lehernya. Akal waras mengarah agar dia berhenti disitu namun hati meronta meminta yang lain.

       Tergoda dia tengok penampilan Ayash pagi ni. Selalunya Ayash lebih selesa memakai t-shirt dan berkot diluar tapi hari ni Ayash betul macam golongan vvip. Dengan kemeja dan kot menyerlahkan lagi penampilanya.

Dipandangnya dengan penuh minat setiap gerak langkah Ayash yang sedang bertayangan di hadapan matanya.

"Sayang, jom ikut abang ke pejabat." ajak Ayash penuh rasa yakin. Tiya memandang lama wajah suaminya. Dia menunduk segan bila Ayash mula mengubah panggilan diri mereka.

"Eh, bleh ke, tak ganggu kerja ab...bang?" soal Tiya tergagap kerana risau dan teruja. Ayash hanya membalas dengan senyuman yang paling manis pagi ini.

Pagi ni dia bangun dengan rasa ceria. Hatinya berbunga-bunga setiap kali terpandang wajah suci bersih Tiya.

       Senyum ceria terlukis diwajah Tiya saat dia melangkah masuk kedalam ruangan pejabat milik Ayash. Kemas dan teratur dan yang paling mengujakan, dalam bilik kerja Ayash ada dua pasu bunga hidup jenis bonzai yang siap di bentuk menyerupai hati.

"Alahai...macam bilik kerja pompuan" omel Tiya. Bibir mengukir senyum. Mata masih tertumpu pada pokok berkenaan.

"Sepanjang abang dekat sini, pokok tu tak pernah sekali pun mahu bertegur sapa. Bertuah betul sayang ni tau." ujar Ayash memerli.

"Pelik betul Tiya ni, dengan pokok pun boleh tersenyum." fikir Ayash sendiri.

Sengaja dia ajak Tiya ikutnya ke office hari ni. Dalam bilik yang luas ni kalau duduk sensorang boring tapi jika berteman memang best, nak pulak yang temankan tu adalah Tiya. Sambil menyelam boleh la minum air sekalikan. Dua dalam satu.

"Sayang, dah la belek pokok tu meh la sini." Ayash menepuk-nepuk sofa disebelahnya. Teragak-agak Tiya melangkah mendekati Ayash.

"Suka betul Tiya tengok pokok-pokok tu sejuk je hati." luah Tiya.

"Alah, tengok pokok bukan dapat pahala pun, cuba sayang tengok orang sebelah sayang ni bukan sekadar pahala, macam-macam sayang boleh dapat. Sayang tak nak rebut peluang tu ke?" soal Ayash dengan lirikan mata yang menggoda.

Jemari Tiya diraih lembut. Di bawa ke bibir. Lama jemari halus itu berada dibibirnya. Tiya tersipu.

"Peluang apa?" Tiya mengerut dahi kurang faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Ayash.

"Peluang ke hati abang." tanpa syarat bibir Ayash terus menyentuh bibir basah Tiya. Dari mata Tiya yang membulat terus menjadi kecil dan seterusnya tertutup rapat. Menikmati kenikmatan sebuah sentuhan yang berjaya menimbulkan perbagai rasa sensasi.

Tiya menunduk disaat Ayash meleraikan sentuhan pertamanya. Sekarang rasa malu pada Ayash terasa menebal. Tak sanggup lagi dia nak memandang wajah suaminya itu.

Ayash menarik wajah Tiya agar memandangnya. Jari ibu Ayash naik menyentuh bibir basah Tiya. Tersenyum dengan apa yang baru dilakukanya sebentar tadi. 

"Nanti kita sambung dekat rumah. Kat sini tak best." ujar Ayash nakal. Disentuh lembut pipi Tiya. Tiya tidak mampu untuk membalas setiap kata-kata yang Ayash tuturkan. Baginya lebih baik dia mendiamkan diri buat masa ini bagi menghilangkan debaran yang mengasak dada.

Nak bernafas pun serba tak kena. Terasa seakan tersumbat pembuluh darahnya. Harap-harap dia tak terkena serangan jantung la lepas ni.

"Aikk, kenapa diam je, ke nak lagi?" Sewel betul soalan tu. Nak saja Tiya melompat dari tingkat sepuluh ni ke bawah tapi kalau dia mati, tu dah kes bunuh diri. Eishh... minta dijauhkan benda yang tak elok macam tu.

Tiya berpura membelek majalah keluarga yang terdapat diatas meja kopi berkenaan. Mata saja mengadap majalah tapi fikiran melayang entah kemana. Jangan sampai dikesan oleh Ayash sudah. Makin malu dia nanti.

Ayash tahu diam Tiya diam berisi tapi di biarkan saja Tiya berkeadaan begitu. Malu barangkali. Dia pura-pura tidak terkesan dengan tindakan Tiya. Padahal dalam hati, dah berbakul-bakul gelak dia hadiahkan pada Tiya.

Tiya yang nakal dan pembuli seakan hilang taringnya. Timbul pulak Tiya yang pemalu...aduh boleh ke macam tu. Jawabnya dah tentu tak boleh sebab tak sepadan dengan sifat and habitnya okay.

Sejak dari azali Tiya bukan dilahirkan sebagai seorang yang pemalu tahap kronik. Tiya menampar perlahan pipinya.

"Mana boleh dia kalah dengan Ayash." bisik hati Tiya. Kepala digeleng sebentar dan akhirnya Tiya mengukir senyum.

Tiya bangun. Dia mengatur langkah mendekati Ayash yang sedang sibuk menulis sesuatu pada kertas diatas meja kerjanya.

Lama dia perhatikan tingkah Ayash dari belakang. Hampir tergelak dia sebaik terpandangkan apa yang dilihatnya waktu itu.

Ditutupnya kertas berkenaan dengan telapak tanganya. Tersentak Ayash dengan perlakuan Tiya sebentar tadi.

"Ooo... ini ye kerja abang." Mati-mati dia sangka yang Ayash sibuk melakukan kerja penting rupanya, kertas yang berada diatas meja berkenaan dirampas Tiya. Sepasang kartun yang sedang asyik bercumbuan terlihat jelas. Hasil lukisan Ayash Firdaus ditayangkan diudara.

Terbuntang mata Ayash bila perlakuannya ditangkap isteri sendiri.

" Cantik betul lukisan awak . Nanti Tiya nak bingkaikan . Dia mengundur selangkah ke belakang . Lukisan tadi sudah di sorokkan di belakang badanya agar tidak dirampas semula oleh Ayash .

"Berbaloi ke bingkaikan gambar kartun macam tu?" soal Ayash geram dengan telatah Tiya.

"Asalkan abang yang lukis semuanye berbaloi." Ayash mengepung pergerakan Tiya dan cuba merampas semula hasil contenganya namun gagal. Cepat saja Tiya meloloskan diri.

"Ooo...nak main-main ye." Tiya berlari mengelilingi meja kerja Ayash bila menyedari Ayash sudah buka langkah.

"Abang kejar lagi, Tiya keluar dari bilik ni dan tunjuk dekat staff abang yang lain." ugut Tiya. Kening dianggkatnya dua tiga kali. Ayash termati langkah.

"Macam minta sejarah tadi berulang saja." ujar Ayash.

"Tak pun, ke abang yang dah tak tahan?" soal Tiya kembali.

"Berani sayang ugut abang kan." Ayash bercekak pinggang. Tangan kemejanya dilipat sehingga ke siku.

"Nak try ke?...boleh je." tombol pintu di pusing dan Tiya sudah bersedia untuk melangkah keluar dari bilik kerja Ayash.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience