BAB 8 ( AKHIR )

Short Story Completed 847

?

Ayash mendepang seluas-luasnya kedua belah tangan dengan mata yang terpejam rapat. Bayu laut yang menyapa ketubuh memberi kesegaran padanya. Disedutnya nafas sedalam yang boleh dan kembali dilepasnya perlahan-lahan.

Mata terbuka disaat terdengar hilai tawa dua beranak yang sedang berkejaran digigi pantai memijak jejak-jejak ombak yang memukul pantai.

Gelagat Tiya yang sedang berkejaran dengan seorang kanak-kanak lelaki itu menjadi perhatianya pulak. Ayash turut tersenyun disaat kedua insan kesayanganya itu tersenyum.

"Papa, sini." laung kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun itu. Tangan diangkat tinggi bagi menggamit si papa.

Langkah laju dihayun ketempat keberadaan dua insan itu. Kelihatan ada istana kecil yang dibentuk menggunakan pasir di hadapan duduk keduanya.

"Papa, tengok cantik tak istana Ayazz?" soal si anak. Petah betul dia berkata-kata. Menang kedia semua bila berbicara.

"Betul ke Ayazz yang buat, papa tak cayalah." usik Ayash. Saja nak melihat rajuk si anak.

"Ala, betullah. Tak caya tanya mama." ujar anak kecil itu separuh merengek. Tiya membulatkan biji matanya yang tidak berapa nak bulat itu.

"Mama yang buat tadi tukan. Ayazz cuma kumpul pasir je." usikan Tiya menimbulkan aura pink pada wajah putih itu. Malu tertangkaplah tu.

"Haa...kan dah katoi dengan papa." Ayash menggoyang jari telunjuknya. Bertambah blushing wajah kanak-kanak itu. Tahap malunya ikut jejak si papa manakala tahap nakalnya... entah lah dari siapa agaknya dia warisi.

"Mama ni." rengek si Ayazz Zameer. Muncung yang dipamerkan sudah pun sedepa. Ayash tertawa senang dengan gelagat anak dan isterinya.

        Tiya mendekati Ayash yang baru usai solat isya'. Ralit Tiya memerhati gelagat suaminya. Sejadah dilipat kemas dan disimpan ditempat asalnya.

"Tak pernah tengok orang lipat sejadah ke?" sombongnya Ayash malam ni.

"Tak pernah tengok lelaki lipat sejadah sekacak awak yung." Tiya mula mengusik.

"Tapi abang lagi tak pernah tengok isteri senakal sayang ni tau." Ayash buat muka geram.

"Tapi sekarang abang dah tengokkan, apa yang abang nak buat?" usik Tiya. Sengaja nak menduga.

"Sayang ni memang nak cari nahaskan." Ayash sudah menyiapkan penumbuknya.

"Nahas yang macam mana tu yung" Tiya melunakkan suaranya.

"Sayang betul tak tahu ni? Nak abang tunjukkan ke?" Ayash mendekati isterinya. Tangan sudah mengepung si isteri setelah tubuh Tiya di tolak ke dinding.

"Abang!" Tiya merengek manja.

"Emmm..." renungan menggoda Ayash hidangkan pada Tiya.

"Abang jangan ngada-ngada erk." larang Tiya bila terbias riak nakal dari anak mata Ayash.

"Aipp... mana boleh nak cancel-cancel sayang nanti empangan pecah, lagi teruk sayang nak hadap." gatalnya Ayash malam ni. Tiya menghadiahkan satu cubitan nakal pada lengan Ayash.

"Berdosa tau sayang tolak abang, nanti malaikat tak nak doakan sayang sepanjang malam
" alorr ni yang buat dia lemah nih.

"Okey...okey...meh la sini sayang dodoikan ye." Tiya menepuk-nepuk ruang kosong disebelahnya.

Cepat saja Ayash melabuhkan punggungnya di situ. Kepala dilentokkan diatas bahu Tiya bergaya manja dan romantis.

"Sayang, janji dengan abang ye." ujar Ayash sambil jari kelingkingnya di ajukan pada Tiya.

"Janji? Janji apa tu bang?" walaupun Tiya terasa agak pelik namun disambut jugak huluran jari si suami.

"Janji sayang akan selalu ada dengan abang." ujar Ayash lagi.

"Abang, abang kan imam Tiya. Kemana lagi Tiya nak pergi kalau bukan kedalam hidup dan hati abang?" ujar Tiya.

"Abang janji abang akan jaga sayang sampai hujung nyawa abang, jika suatu masa nanti kita ditakdirkan untuk berpisah cuma satu saja abang harap penyebabnya hanyalah kematian." ucap Ayash perlahan.

"Inn shaa allah bang. Sama-sama kita berdoa ye." tangan Tiya naik mengusap pipi Ayash yang masih terlentok di bahunya. Terasa kasihnya semakin hari semakin mendalam untuk lelaki itu.

"Amin sayang." Ayash mengaminkan doa Tiya.

"Amin bang." sambut Tiya penuh keikhlasan.

Ayash membisikkan sesuatu ketelinga Tiya. Hampir terjerit Tiya dibuatnya.

"Kenapa sayang jerit-jerit ni, abang tak ada pun nak rogol sayang tau." ucap Ayash selamba dan berpura-pura tidak tahu.

"Bukan, bukan bang. Tiya rasa ada benda kat belakang leher Tiya. Abanggg to..tong.  tengokkkkk!" rengek Tiya. Tubuhnya kaku dan mengeras.

"Ha okey ... okey meh sini abang tengokkan." Ayash memanjat naik kekatil.

"Apa benda tu banggg?" Tiya jadi gelabah sendiri.

"Sayanggg adaa.... niiii!" Ayas menunjukkan seekor katak yang diperbuat dari plastik yang seakan-akan seperti jelly di hadapan muka Tiya. Ayash sudah terlepas tawa bila Tiya terlompat kegelian.

Sengaja dia curi-curi beli petang tadi sewaktu mereka bertiga berada dipantai. Memang dia beli untuk Tiya bukan untuk anak mereka Ayass sebabnya ini lah, nak mengusik Tiya yang sememangnya takut dengan katak.

"Abang ni sengaja la tu nak kenakan Tiya, nakal tau." Tiya pulak yang menayang rajuk.

"Sekarang sayang tahukan siapa lagi nakal. Ada banyak lagi yang macam ni. Nanti abang hadiahkan untuk sayang ye." Ayash cepat saja mengelak apabila Tiya cuba untuk memukulnya.

"Ish... tak naklah bang. Jangan la. Tiya geli la bang." rengek Tiya berharap yang suaminya tidak melakukan seperti apa yang dikatanya sebentar tadi.

Ayash meletakkan katak mainan itu diatas screen telefon pintar Tiya. Sengaja? Ya memang dia sengaja kerana selalunya time-time macam ni, isterinya suka melayan kengkawan tingkap birunya.

"Kenapa abang letak katak tu dekat situ pulak?" soal Tiya geram dengan kelakuan Ayash yqng sengaja itu. Ada bendalah tu yang suaminya tak puas hati.

"Supaya malam ni sayang abang ni cuti main benda tu sebab malam ni abang nak bawa sayang naik kebulan. Kita tengok bintang-bintang yang paling indah." bisik Ayash ditelinga Tiya sebaik Tiya kembali melabuhkan duduknya semula.

Tiya tersenyum malu didalam pelukan Ayash. Bab nak mengayat..., Ayash memang pandai. Senakal-nakal Tiya kalah jugak ditangan suami sendiri setiap kali suaminya bermain dengan ayat-ayat manis.

?

Besyukurlah dengan apa yang telah di takdirkan dalam hidup kita . Terimalah dengan berlapang dada . Jangan sesekali kau bertanya " kenapa kau di uji sedemikian sedangkan ramai lagi insan di luar sana " ... kerana perancangan ALLAH itu hebat . Hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya . Dan ingatlah

" ALLAH HANYA AKAN MENGUJI MENGIKUT KEMAMPUAN HAMBANYA " tak lebih dan tak kurang ....so jangan mengeluh sayang . Teruskan langkah mu dengan lebih semangat kerana setiap langkah yang di hayun itu amat bermakna suatu hari nanti .

................TAMAT ..............

Maafkan author kerana story author banyak kekuranganya . Jika terhibur terima kasih author ucapkan jika tidak memuaskan ...seribu keampuanan author harapkan .

Nota author : ni cerpen ye sayang bukan novel sbb tu sengaja author buat pndek je jln ctenya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience