BAB 6

Short Story Completed 847

          Ayash menarik tubuh Tiya mendekatinya. Mana mungkin dia benarkan Tiya berbuat begitu. Jatuhlah sahamnya nanti. Mana dia nak sorokan mukanya yang bak super hero ni.

Tangan melilit tubuh molek Tiya. Dengan tidak diduga tubuh Tiya seakan berada di awangan. Ayash mencepungnya.

Wah...bertuah sungguh dia hari ni. Rezeki dapat bermesra dengan suami sendiri tak dapat dia nak luahkan dengan kata-kata.

Nampak macam gedik tapi tak kisahlah suami dia kan. Memang patut pun dia gedik-gedik sebab nak goda suami sendiri. Dia tak rugi apa-apa pun. Lainlah kalau menggedik dengan orang bukan halal baginya, tu baru gedik tak bertempat dan dosa yang dapat.

Tanpa mereka sedari adegan mereka ditonton oleh staff Ayash. Masing-masing tersipu-sipu menahan senyum. Ayash yang mereka kenal bukan yang macam ni, Ayash tak romantik tapi Ayash didepan mereka ini jauh bezanya. Ayash Firdaus sekarang dah pandai nak bersweet-sweet bagai.

"Boss, staff ..." serentak mereka berdua memalingkan muka kearah datangnya suara tadi dan alangkah terkejutnya bila mereka baru menyedari yang pintu bilik Ayash terbuka. Mungkin tarikan Ayash tadi agak kuat sehingga tanpa sengaja pintu terkuak.

Ayash cepat-cepat melepaskan tubuh Tiya. Terdengar deheman Ayash menutup rasa segan yang bertandang.

"Kri, awak masuk sekejap." arah Ayash. Untuk apa dia memberi arahan itu dia sendiri pun kurang pasti.

"Dah, korang boleh sambung kerja. Movie dah habis." ujar Syukri sebelum menghilang disebalik pintu bilik Ayash.

Tiya hanya menayang wajah selamba. Nak malu pun dah tak guna sebab benda dah jadi.

"Awak duduk situ." arah Ayash tanpa tujuan. Sebenarnya dia hanya ingin tutup rasa gugupnya sahaja.

Syukri memandang tanpa riak. Gadis di hadapannya dipandang lama sehingga tidak berkelip walau sekali.

"Kri, apa kata awak keluar dulu." Ayash yang menyedari tingkah si Syukri lalu memberi arahan sebegitu  pulak. Tiya memandang dengan senyuman. Apa dah jadi dengan suaminya ini. Itu tak kena, ini tak kena. Dia pun keliru dengan sikap yang ditunjukkan Ayash. Syukri apa lagi, lagilah tak faham. Terasa seperti bola pulak. Sekejap ke sana sekejap ke sini.

"Abang ni dah kenapa?" akhirnya terpacul jugak pertanyaan itu dari bibir Tiya.

"Abang ingat nak bincang pasal masalah syarikat dengan dia tapi..." tipu Ayash.

"Tapi apa bang?" soal Tiya lagi

"Haiseyyy... abang tak sukalah dia pandang sayang macam tu. Sayang tu hak abang sorang saja tau. Lain kali tak naklah abang bawa sayang ke sini lagi, buat sakit mata abang saja tau tak." rungut Ayash macam budak-budak.

"Abang.... abang cemburu ke ni?" usik Tiya. Dia merapati tubuhnya  dengan tubuh Ayash lalu memeluk pinggang Ayash.

Ayash memaling wajahnya kearah lain. Segan pulak dia bila Tiya berbuat begitu dan dapat menangkap rasa hatinya. Kembang setaman hatinya. Rasa nak peluk cium Tiya dekat sini jugak. Peluk ketat-ketat sampai tak boleh bernafas. Senang sikit dia nak buat cpr. Bolehlah dia menyelam sambil minum air.

Tiya mendekati Ayash. Seberani-berani Ayash, tewas jugak ditangan Tiya. Lemah jantung dibuatnya bila tanpa segan Tiya mencium pipinya. Tak pulak dia nak menolak. Lagi di sua adalah. Tulah namanya lelaki.... Peluang didepan mata rebut sajalah lagipun dah halal maaa.

"Abang!" Tiya melunakkan suaranya. Betul-betul mencabar iman tau Tiya ni. Sian Ayash, asyik terkejut saja dengan tindakan tak terduka itu Tiya tu.

"Emmm..." balas Ayash.

"Jom." ajak Tiya. Dia dah tak tahan sebenarnya. Dari tadi niatnya asyik tertangguh saja. Bilalah dia boleh tunaikan hajat yang satu ini pun dia tak tahu.

"Kemana?" Ayash menjungkit kening. Mengoda perhatian Tiya.

Tiya menggosok perutnya. Ayash buat muka pelik dan hairan. Dia sudah jauh berfikir. Mengikut rentak nakal yang mula menghasut fikiran. Dia menguntum senyum menyimpan tawa dalam hati. 

"Abang, Tiya laparlah. Dah pukul satu ni  abang." rengek Tiya.

Ayash menepuk dahi sendiri. Jauh benar dia menyelam sampai lupa hal yang satu ni.

"Maaf, abang tak sedar dah waktu luch sekarang ni. Tu lah, siapa suruh sayang beromantik sangat dengan abang. Nasib baik abang tak terlanjur perbuatan kalau tak naya sayang tau." Ayash buat muka tak bersalah. Di tariknya tangan Tiya agar membuntutinya.

"Dia sedar ke tak ni?" soal Tiya dalam hati. Dalam keadaan darurat suaminya ni boleh buat berbagai watak. Tak tahu pulak yang selama ni Ayash boleh jadi apa saja asalkan dalam keadaan yang terdesak.

         Keadaan bilik yang sedikit malap hanya bertemankan lampu meja yang bercahaya kebiruan mengindahkan lagi mood sayang-sayang didalam bilik itu.

Tiya yang masih terbaring lesu dikejutkan dengan usapan lembut diperut dan diselangi dengan ciuman-ciuman kecil dan lembut tepat dibahagian lehernya.

Mata yang sedikit terbuka melihat gerangan yang mengganggu lena kembali dipejam rapat. Malu untuk bertentangan mata dengan si pelakunya.

Pepagi begini dengan suhu bilik yang sedikit nyaman memang seronok kalau di perlakukan seperti ini. Bekalan semangat untuk menempuhi sepanjang hari .

Ayash membuka mata sebaik mendengar azan subuh berkumandang. Irama yang dilagukan oleh si muazzin begitu merdu menyapa halwa telinganya.

Dia mengiring mengadap si pemilik hatinya yang masih terbuai dek mimpi indah disebelahnya dengan tangan yang masih setia melingkari pinggang.

Tiya kelihatan comel walaupun semasa tidur setelah kepenatan melayari dunia barunya. Begitu jugak dirinya yang masih terasa sentuhan indah itu. Jika diikutkan hati dia masih ingin melayan kantuknya tapi tanggung jawab is tanggung jawab.

Tangan nakal Ayash bermain dibibir milik Tiya. Diusap perlahan bibir yang baru sahaja memberi kenikmatan padanya sepanjang malam tadi.

"Sayang, bangun dah subuh." namun tidur yang lena masih belum terkutik.

Ayash tersenyum. Timbul akal nakalnya bila dua tiga kali panggilanya tidak bersahut lalu dengan kudrat lelaki sasa yang dia ada, tubuh Tiya dicempung lalu dibawa ke bilik air.

"Terima kasih abang." Tak semena-mena Ayash terdengar ungkapan itu terlontar dari bibir Tiya. Tiya menayang sengih. Sebenarnya dah lama dia tersedar, sejak dari masa Ayash memainkan jemarinya dibibir lagi. Sengaja dia mengeraskan tubuh menanti tindakan Ayash yang seterusnya. Dan dia berjaya.

"Ooo... sayang mainkan abang ye." terus tubuh Tiya digeletek separti kanak-kanak seusia lima tahun. Terjerit-jerit manja Tiya jadinya.

"Okey...okey...dahlah bang, Tiya dah penat ni." rayu Tiya. Pepagi lagi terpaksa berzumba bersalsa didalam bilik, bilik air pulak tu. Ayash.... Ayash...

"Aik ... semalam tak merungut pun. Boleh pulak merengek rengek." usik Ayash. Ayash ni dah melampau tau. Blushing terus muka Tiya diusik begitu.

"Ayash ni tak sayang mulut agaknya." omel Tiya di dalam hati. Waktu tu mana dia ingat penat atau letih sebab dalam kepala ingat nak naik kapal terbang je, nak naik kebulan bintang. Itu pun tak faham ke?

Perlahan-lahan tangan mencapai pili air. Dibuka dan dihala ke arah Ayash yang sedang tersenyum sungging itu. Tersedak air tetiba Ayash dibuatnya. Dia memandang Tiya dengan memek muka yang separa menggoda.

       
Njoy this capture ..... Igt ni sekadar cerpen ye...jdi x byak bab yg akan terpapar utk cte ni ... bla2 masa dia blh  tamat ...hehehe...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience