Chapter 3

Horror & Thriller Series 8153

Pejabat

Kerja yang menimbun membuatkan aku terpaksa balik lewat. Keadaan di pejabat amat sunyi kerana pekerja yang lain sudah pun pulang ke rumah. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Aku menaip dengan laju untuk cepat-cepat menyiapkan laporan.
Sedang khusyuk menaip dengan laju, dengan tiba-tiba skrin komputer riba menjadi gelap.

Arghh sudah!! Buat pulak. Aku tak save lagi kerja tadi! Hish!

Akibat terlalu tertekan, aku menghentak meja dengan kuat.

Bamm!!!

"Hoi!! Jangan buat bising!!

Aku tersentak mendengar suara yang datang dari bilik pengurus. Takkan Encik Fasil tak balik lagi? Selalu balik awal. Bilik pun gelap. Selepas beberapa saat aku memerhati, pintu bilik itu terbuka dengan perlahan. Keadaan di dalam bilik gelap gelemat. Aku bangun dan berjalan dengan perlahan menuju ke arah bilik pengurus. Tiba-tiba aku terasa bahu aku ditepuk dari belakang.

Paapp!

Jantung aku bagaikan hendak luruh seketika. Aku pusing ke belakang dengan laju.
Pakcik Jamil rupanya. Pakcik Jamil adalah salah seorang pengawal yang bertugas di pejabat itu. Sudah hampir 10 tahun beliau berkhidmat disitu.

"Buat apa tak balik lagi ni?" Banyak kerja ye cik?" tanya Pak Jamil sambil menoleh kiri dan kanan memerhati sekeliling pejabat.

“Ha’a pakcik, banyak kerja yang belum siap. Nak buat macam mana, dah bos nak suruh siapkan esok,” aku menjawab sambil mengurut dada. Jantung masih berdegup laju dek terkejut disergah oleh Pak Jamil.

“Balik la encik, dah lewat ni. Lagipun jarang ada orang buat kerja sampai lewat-lewat ni. Sambung kat rumah je,” balas Pak Jamil dengan perlahan. Matanya sedikit pun tidak memandang ku ketika bercakap. Dia seakan-akan resah memandang kiri dan kanan.

“Macam ni la pakcik, kejap lagi saya balik. Dalam 10 minit lagi. Saya malas nak bawak kerja balik rumah, nanti isteri saya marah,” gurau ku sambil tersenyum.

“Yelah..degil jugak kau ni. 10 minit je. Lepas tu balik,” tegas Pak Jamil lalu terus beredar dari situ.

Aku menggeleng kepala mengingatkan apa yang dikata Pak Jamil.

Dia cakap aku ni degil? Hishh...

Aku terus duduk menghadap laptop. Skrin laptop masih hitam. Perasan seram kembali menyelubung diri apabila aku teringat akan apa yang terjadi sebelum itu. Aku mengambil keputusan untuk balik ke rumah dan membatalkan niat ku untuk menyambung kerja. Laptop Acer berwarna hitam itu dimasukkan ke dalam beg galas. Setelah siap berkemas, aku beredar menuju ke pintu keluar pejabat.

Teett! Teeet!

Bunyi seperti orang ingin masuk ke dalam pejabat. Untuk masuk dan keluar pejabat, pekerja disitu harus menggunakan kad pekerja. Protokol biasa. Samapi di hadapan pintu, aku melihat tiada sesiapa. Sebaik saja aku ingin melangkah keluar pejabat, bahu aku ditepuk dari belakang.

“Ya Allah! Terkejut saya pakkc...” kata-kata ku terhenti di situ. Tiada sesiapa dibelakang. Aku menjadi resah. Kaki ku terasa lemah tapi aku gagahkan jua melangkah keluar menuju ke lif. Setelah menekan butang lif, aku menunggu dengan resah.

Teet! Teeet!!

Sekali lagi bunyi seperti orang baru keluar dari pintu utaman pejabat! Aku melihat ke arah pintu dan terkejut bagaikan hendak pengsan. Pintu kaca yang berat itu terbuka dengan sendirinya! Seperti ada yang sedang keluar! Dan menuju ke arah ku!

Akibat terlalu takut, aku terus berlari pecut turun menggunakan tangga. Sedang khusyuk aku berlari, aku terdengar bunyi tapak kaki kasut tinggi memecah ruang tangga.

Tap! Tap! Tap! Satu suara bergema dari tingkat bawah, “Tingkat 1!”

Tap! Tap! Tap! Tap!!Tap! Tap tap tap! “Tingkat 2!”

Langkah ku terhenti di tingat 3. Semakin lama, bunyi tapak kasut itu semakin dekat dan semakin kuat! Bunyi itu datang dari bawah!

Aku terlalu lemah untuk berlari lalu aku terduduk di tepi anak tangga. Aku menutup muka lalu menjerit dengan sekuat hati. Bunyi itu semakin dekat!

Tap tap tap tap tap! Tingkat 3!

Suara itu betul-betul berada di hadapanku. Aku menunggu akan sesuatu untuk berlaku tetapi keadaan senyap sunyi. Tiba-tiba ada laungan azan. Aku membukan mata lalu melihat Pak Jamil sedang melaungkan azan menghadap ke arah tangga menghala ke tingkat bawah. “ Setelah selesai melaungkan azan, Pak Jamil memapah ku hingga ke tempat parkir kereta.

“Jangan balik lewat-lewat lagi. Benda tu suka kacau, bahaya. Buat kerja di rumah je,” Pak Jamil menasihati sambil memegang bahu ku. Aku hanya mampu mengangguk dan terus memandu pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience