Chapter 6

Horror & Thriller Series 8153

Hutan

“Sejuk betul angin malam ni. Tak sia-sia aku ikot korang datang berkhemah kat hutan banat ni. “ kata Along sambil tersenyum. Along adalah seorang yang tidak suka melakukan aktiviti lasak sama ada berkhemah atau sebagainya. Dia lebih selesa mengurung diri di dalam bilik apabila hari cuti.

“Alaa wei, bukan selalu kau join kitorang. Best kot camping macam ni. Tenang je,” Alex membalas. Alex adalah ketua perkhemahan disitu. Dia yang merancang semuanya dari awal. Alex menyambung, “Eh, malam ni kita ada buat game. Kau kena join.” Alex menepuk bahu Along menunggu persetujuan.

“Game ape? Kalau pelik-pelik aku tak nak la,” Along menjawab selamba. Kedengaran bunyi-bunyian hutan riang bergema di malam hari.

“Game tu kitorang gelar ‘Semangat Batu’,” Alex menjawab. “Kitorang akan pergi dekat tepi air terjun masa pukul 12 lepas tu kutip batu-batu kecil yang ada kat tepi-tepi,” Alex menyambung. Alex mengeluarkan sehelai kain hitam dan menghulurkannya kepada Along. Along mengambil kain itu dan membeleknya.

“Eh, ni macam ‘Spirit of the coin’ je. Aku tak nak main benda ni, bahaya la,” Along menggelengkan kepala dan menghulurkan kembali kertas hitam tersebut. Timbul rasa menyesal di dalam hati kerana setuju mengikut Alex dan kawan-kawannya berkhemah.

“Ala bro, tak de ape la. Just for fun maa,” Alex membalas memujuk Along.

“Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!”

“Eh! Bunyi ape tu???!! Siapa yang menjerit??!” Alex bangun dengan tiba-tiba dek terkejut dengan bunyi tersebut.

“Tu bunyi macam perempuan menjerit...Emm..Pelik..” Along membalas. Hatinya semakin resah.

Aduh..menyesal aku ikot.. getus Along di dalam hati.

Semua yang berkhemah pada malam itu adalah lelaki, seramai 4 orang termasuk Along.

“Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!”

Jeritan itu kembali memecah kesunyian hutan. Kelima-lima mereka berkumpul di hadapan khemah dan cuba mengenal pasti dari mana jeritan itu datang.

“AAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!”

Jeritan itu kedengaran semakin dekat. Seperti ia berada di sebalik pokok berdekatan dengan tempat perkhemahan.

“Alex, bunyi tu makin dekat.” Along bersuara. Dia cuba memberanikan diri kerana khuatir akan dianggap pengecut oleh kawan-kawannya. Alex menggengam erat pisau di tangannya. Salah seorang rakannya juga mengambil dahan kayu untuk mempertahankkan diri.

“Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!”

Jeritan itu kini berada di dalam khemah berhadapan mereka! Alex dan rakan-rakan yang lain lari bertempiaran akibat terlalu terkejut dan meninggalkan Along seorang diri di hadapan khemah. Kaki Along terasa kaku untuk bergerak. Dia tergamam. Puas dia cuba untuk menggerakkan kaki namum gagal.

Dengan tiba-tiba, zip khemah terbuka dengan perlahan dan kedengaran suara hilaian.

Hihhihihihihihihihiiiiiii!!!!!!!

Along terasa kakinya ditarik dengan kuat dan dia diheret sehingga ke kawasan air terjun.

Kepalanya terhentak di batu sehingga berdarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience