Chapter 2

Horror & Thriller Series 8153

Kebal

Angin malam menghembus muka tatkala aku menjejakkan kaki ke perkarangan kawasan perkuburan lama di pinggir kampung. Keadaan disitu gelap gelita, hanya bertemankan lampu suluh yang dibawa oleh ku.

Aku mesti kuat! Aku mesti selesaikan perkara ni...mesti!

Getus ku di dalam hati sambil terus melangkah menuju ke satu kubur lama yang terletak di bawah pohon merimbun. Kubur seorang perempuan yang telah mati membunuh diri. Sudah lama aku mengkaji tentang asal-usul kehidupan perempuan itu. Aku bersusah-payah ke kampung seberang semata-mata ingin mengambil tahu lebih lanjut tentang dia. Kata Bomoh Hitam, aku mesti mencari perempuan yang betul-betul sesuai. Perempuan yang aku pilih telah diseksa dengan dasyat sebelum dia membunuh diri. Kata orang kampung seberang, perempuan itu dipaksa menjamah ulat dan bangkai binatang. Selepas itu tangan kanannya dikerat dan dia diikat di pokok selama beberapa jam.

Cukup dasyat bukan?

Langkah ku terhenti di hadapan sebatang pokok besar yang merimbun. Aku memerhati sekeliling untuk memastikan kawasan itu betul-betul lengang.

Siapa ingin ke kubur pada pukul 2 pagi? Aku. Din Bin Ahmad.

Aku kesini dengan niat. Dengan tujuan. Perasaan takut telah lama ku buang di tengah hutan sewaktu aku bertapa di kaki Gunung Jerai. Perasan takut tidak lagi menguasai diri dan minda. Aku bebas.

Aku meletakkan cangkul, tikar dan juga beg yang ku bawa dari rumah. Cangkul baru. Khas untuk malam ini. Aku menghampar tikar yang dibawa betul-betul di hadapan kubur perempuan itu. Nisan kayu yang menanda kubur kelihatan usang ditelan zaman. Aku cuba membaca tulisan Jawi yang ditulis di hadapan nisan kayu tersebut. Dengan bersuluhkan lampu yang dibawa, aku cuba meneliti dengan tajam tulisan itu.

‘Fajirah bente Samari’

Aku cuba membaca lagi sekali untuk memastikan ejaan namanya. Kalau tidak, sia-sia aku datang ke kawasan itu. Setelah aku pasti dengan ejaan namanya, aku bersila di atas tikar dan mengeluarkan 3 batang lilin hitam dari dalam beg. Ketiga-tiga lilin itu mesti dinyalakan dan diletakkan di hadapan nisan kayu kubur itu. Seterusnya, aku bangun dan mencapai cangkul yang disandar di tepi pohon. Dengan bertemankan kudrat, aku menghayun cangkul dengan kuat dan mula menggali kubur perempuan tersebut. Selang 7 kali mencangkul, aku perlu membaca satu ayat. Salah satu ayat dari Surah Al-Jin. Aku sudah menghafal Surah AL-Jin dengan fasih sejak beberapa bulan yang lepas. Tidak menjadi masalah bagi ku untuk membacanya berulang-ulang. Aku sanggup.

Angin yang tadinya meniup lembut kini makin perlahan. Peluh menitik di seluruh badan, tangan terasa lenguh seperti ingin tercabut. Aku tetap teruskan. Harus teruskan. Aku mesti kuat!

Aku berhenti menggali apabila melihat susuk tengkorak yang sedikit reput bersatu bersama bumi. Ulat tanah yang sebesar jari kelinking juga kelihatan tergedik-gedik di sekeliling tengkorak. Masih lagi di dalam liang lahad, aku melutut untuk memegang tengkorak perempuan tersebut.

Betul kata Bomoh Hitam. Tengkoraknya masih belum reput sepenuhnya. Arghh! Tak boleh jadi, mana dia tahu semua tu?

Aku mengorek tanah di sekeliling tengorak kepala untuk menyenangkan aku mengambil tengkorak itu. Setelah berjaya mengambil kepala tengkorak, aku keluar dari lubang yang telah ku gali. Aku meletakkan tengkorak bersama lilin hitam yang telah aku nyalakan. Air botol mineral yang dibawa dibuat air pencuci tangan yang penuh dengan kotor tanah kubur. Aku menarik nafas lega kerana rancangan ku berjalan dengan lancar. Sesekali aku memerhati keadaan sekeliling, mana tahu kalau-kalau ada imam masjid yang menghendap di celah-celah rimbunan pokok?

Aku mengambil sebilah pisau di dalam beg dan terus bersila di atas tikar yang dihampar.

Laajazalaaa, innamfilahiyah..zuruhsyirsinilapayantutur..kasyammajdslih...

Papp!! Dunia ku menjadi gelap.

....................................................................................................................................................

Bomoh hitam telah memukul kepala Din dengan menggunakan sebatang cangkul. Dia tersenyum melihat mayat Din tersungkur dihadapannya.

“Kau ingat kau boleh tuntut ilmu macam aku? Hahahahaaa..Jangan harap!!” Bomoh hitam berkata-kata sambil ketawa. Dia mengangkat mayat Din lalu menghumban ke dalam lubung kubur yang telah digali oleh Din sebelum itu.

“Cuma aku sorang yang kebal. Cuma aku.” Bomoh Hitam menyambung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience