Chapter 5

Horror & Thriller Series 8153

Skype

“Malam ni kita skype nak? Dah lama I tak tengok you. I rindu dekat you.” merayu Shila pada Ewan.

“Ok sayang, boleh je. Malam nanti kita skype ye. I tengah keje ni,” Ewan membalas.

“Okay, love you baby,” Shila terasa seperti ingin melompat tinggi ke awan. Dapat juga dia menatap wajah suami kesayangannya setelah dua minggu tidak berjumpa. Suaminya Ewan bekerja sebagai salah seorang Pegawai Eksekutif Komunikasi di sebuah syarikat di ibu negara. Dua minggu sekali, Ewan perlu bekerja di anak syarikat itu yang terletak di utara tanah air. Terpaksa lah mereka berdua berjauhan selang dua minggu.

Untuk menghabiskan masa, Shila menonton filem seram terbaru yang diterbitkan oleh pengarah terhebat, Baba Ghafar. Jam menunjukkan hampir pukul 7 malam. Tidak sabar rasanya dia untuk melihat wajah suaminya. Setelah menonton filem itu separuh jalan, Shila terasa sedikit takut kerana jalan cerita filem itu amat meyakinkan. Dia mengambil keputusan untuk berhenti menonton lalu terus naik ke tingkat atas. Shila bersiap-siap untuk temu janji alam maya dengan suaminya. Hatinya berdebar-debar seperti pertama kali mereka suami isteri ingin berjumpa. Dia tersenyum-senyum keseorangan memikir saat-saat manis mereka berdua.

Setelah jam menunjukkan pukul 8.30 malam, Shila mengambil Ipad milik nya dan bersedia untuk menghubungi Ewan melalui aplikasi bernama Skype. Skype adalah satu aplikasi yang amat popular digunakan untuk membuat panggilan video. Shila duduk di atas kerusi berhadapan dengan meja solek supaya dia senang untuk meletakkan Ipad miliknya di cermin solek. Dengan sebegitu, dia tidak perlu memegang Ipad tersebut.

“Haii sayang...rindu abang ye..” kedengaran suara suami kesayangannya. Shila melambai di hadapan Ipad keran terlalu gembira melihat wajah suaminya itu.

“Abang nampak sayang kan?” Shila bertanya untuk memastikan yang suaminya juga dapat melihat dirinya.

“Ye sayang, abang nampak dengan jelas ni, jangan risau. Cantik baju sayang, beli baju baru tak bagitau abang pun ye...” sambung Ewan menyakat isterinya sambil tersenyum.

“Baju? Ni baju lama la abang..Mana ada baju baru,” Shila malu-malu menjawa soalan suaminya.

“Eleh, nak suprise konon. Abang nampak kat belakang tu Shila gantung. Gaun warna putih kan...” Ewan memerli isterinya. Shila berasa hairan.

Gaun warna putih? Sejak bila aku ada gaun warna putih? Fikri Shila di dalam hati.

“Abang nak kenakan saya ye? Alaaa..tak baik tau..” Shila merengek manja. Dia yakin yang suaminya itu hanya bergurau, seperti selalu.

“Hahahah...Shila ni yang nak kenakan abang..betul tak?” Ewan membalas sambil menggelengkan kepala. Ewan masih dapat melihat gaun putih yang digantung oleh isterinya di dinding belakang.

“Mana ada Shila nak kenakan abang, mengarut la abang ni. Sumpah Shila tak tipu.” Shila menjawab dengan serius. Ewan pula yang berasa hairan. Gaun putih yang dilihatnya seperti tergantung di dinding kini seolah-olah terapung bergerak ke arah Shila dari belakang.

“Sayang. Boleh tidur dengan Kak Rina tak malam ni? Awak pergi rumah dia sekarang,” Ewan berkata dengan nada yang sedikit resah. Kak Rina adalah kakak kandung Shila yang tinggal berhampiran dengan rumah mereka. Ewan tahu yang isteriya tidak bergurau. Itu bukan gaun putih.

“Hahahahah..abang bergurau kan. Pandai la nak takutkan saya.” Shila ketawa terbahak-bahak. Ewan melihat benda itu semakin dekat dengan Shila.

“Sayang. Dengar cakap abang. Sekarang jugak awak keluar dari bilik tu!” Ewan memberi arahan dengan tegas. Benda itu semakin dekat. Dia risau akan keselematan isterinya. Isterinya itu adalah seorang yang lemah semangat. Ewan melihat benda itu itu semakin hampir dengan isterinya. Hanya beza jarak separuh depa.

“ Mengarut la abang ni..say..-“ Perbualan mereka terputus. Skrin Ipad Ewan menjadi gelap.

“Sayang?!! Sayang??!!” Ewan menjerit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience