Chapter 4

Horror & Thriller Series 8153

Seruling

"Opah cakap bagi balik benda tu, jangan degil," tegas opah sambil menghulurkan tangan pada cucunya yang paling bongsu.

“Tak nak. Nak main dulu. Seruling ni cantik. Dekat sekolah tak de macam ni, " jawab Shafiq sambil berlari-lari mengelilingi tiang seri di rumah tersebut.

“Opah cakap bagi balik, dengar cakap opah ni!, “ suara Opah sedikit kasar menegur Shafiq. Shafiq tidak menghiraukan kata-kata opahnya. Dia terus berlari keluar dari rumah sambil membawa seruling itu. Dia menuju ke kawasan air terjun kecil yang terdapat di kampung seberang. Disitulah tempat dia selalu bersendiri semenjak ayahnya meninggal dunia empat bulan yang lepas.

Sementara itu di rumah, Opah nya semakin resah memikirkan perangai cucu bongsunya itu.

Macam mana Shafiq boleh jumpa seruling tu? Dalam juga aku tanam sebelum ni, fikir Opah di dalam hati. Sedang khusyuk Opah berfikir, ibu Shafiq, Puan Laila duduk di ruang tamu.

“Mak, kenapa resah benor muka tu? Shafiq mana mak? Mak ada nampak dia? Laila nak suruh dia pergi kedai ni,” tegur Puan Laila.

“Laila, kamu tolong mak boleh? Tolong cari Shafiq. Mak marah dia tadi. Lepas tu dia keluar pergi kemana entah,” jawab Opah meminta tolong. Hatinya semakin resah dek memikirkan keadaan cucunya.

“Biarlah mak, nanti dia balik lah tu. Dia merajuk sekejap je,” jelas Puan Laila kepada ibunya.

...............................................................................................................................................

Sampai di kawasan air terjun, Shafiq duduk di atas sebuah batu yang besar, betul-betul di tepi sebatang pohon besar yang merimbum. Di membelek seruling hitam itu dengan teliti.

Kenapa susah sangat Opah nak bagi aku main benda ni? Lagi satu, kenapa Opah tanam dekat belakang rumah seruling ni?

Shafiq pelik dengan kelakuan Opah. Opah kelihatan begitu marah apabila ternampak Shafiq memegang seruling hitam tersebut. Seperti ada yang mahu disembunyikan Opah. Walaupun Shafiq masih bersekolah, namun dia cukup matang untuk memahami situasi itu. Lagipun, dia akan berumur 17 tahun pada tahun depan. Salahkah tindakannya itu?

Jam menunjukkan pukul 6.45 petang, hampir waktu senja. Keadaan di air terjun itu riuh dengan bunyi air dan kicauan burung. Tetapi tiada sesiap yang ada disitu kecuali Shafiq. Setelah membelek seruling tersebut, dia meniup untuk mendengar bunyi alat muzik itu. Sunggu merdu bunyinya. Dia meniup selama beberapa minit kerana pelik akan bunyi yang dihasilkan oleh seruling itu. Yang peliknya, sedikit pun dia tidak tahu bermain seruling, jadi apakah logik keluarnya bunyi yang begitu merdu da beralun?

Burung yang tadinya berkicauan dengan serta merta berhenti. Sunyi keadaan disitu kecuali bunyi air terjun yang menghempas batu. Shafiq berhenti meniup dan kembali meniliti seruling tersebut.

“Ni seruling ajaib! Patut lah Opah sembunyi dari semua orang!” Shafiq berkata-kata seorang diri. Walaupun waktu itu sudah hampir senja, Shafiq tiba-tiba terasa panas. Dia membuat keputusan untuk terjun ke dalam kolam seketika dan menyejukkan badan. Dia membuka baju dan meletakkan nya dia atas batu. Shafiq terjun ke dalam kolam dengan di tangannya masih memegang seruling tersebut.

......................................................................................................................................................

Sementara di rumah, Opah dan Puan Laila semakin resah menunggu Shafiq. Mereka menyuruh orang kampung untuk mencari Shafiq.

“Mak dah kata, cari dia awal-awal. Mak risau. Kalau mak boleh berjalan, dah lama mak cari dia, “ tegur Opah pada Puan Laila.

“Mana saya tahu mak, selalu dia akan balik setengah jam lepas. Tapi ni dah dekat pukul 8 malam. Dia tak pernah balik lepas magrib,” jelas Puan Lalila dengan risau. Puan Laila berjalan ke hulu ke hilir kerana berasa tidak sedap hati.

Selepas 3 jam berlalu, orang kampung datang ke rumah membawa sesuatu.

“Puas kami cari dia keliling air terjun tapi tak jumpa,” jelas salah seorang penduduk kampung.

“Kami cuma jumpa baju Shafiq dan juga seruling hitam terapung di tepi batu. Yang peliknya, seruling tu tak hanyut,” penduduk kampung itu menyambung.

Mereka menyerahkan baju dan seruling hitam kepada Opah. Air mata berlinang di pipi Opah apabila melihat baju cucunya dan seruling itu. Sejarah sudah berulang. Sekali lagi seruling hitam itu menuntut nyawa. Atas perjanjiannya 50 tahun yang lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience