Bab 7

Short Story Series 2145

"Ikhsan. Esok awak free? ", tanya Ariana sebelum dia pulang ke rumah. "Free cik Ari. kenapa ya?" . "Esok saya nk ajak awak teman saya boleh? ", "Err boleh cik Ari", jawab Ikhsan. "Good. esok pukul 2 saya ambil awak. saya balik dulu", Ariana ingin beredar dari situ tetapi ditahan oleh Ikhsan, "cik Ari, err apa kata esok saya yang ambil cik Ari pula? Itu pon kalau cik Ari sudi naik saga? ", tanya Ikhsan dalam ragu ragu. "okay boleh. nanti saya whatsapp alamat. bye". "Assalamualaikum cik Ari", Ariana tepuk dahi "waalaikumusalam Ikhsan", kenapa la tak ingat ingat lagi Nur Ariana, bagi salam....

"Assalamualaikum cik Ari eh maaf, Ari", sapa Ikhsan setelah Ari masuk ke keretanya. "Waalaikumusalam, susah cari rumah? ", tanya Ari. "sesat juga la saya. Tapi sekarang saya dah jumpa", kata Ikhsan sambil tersenyum. "Besar ya rumah cik Ari", "rumah family" kata Ari. "Alhamdulillah ada juga tempat berlindung", kata Ikhsan perlahan. Alhamdulillah. bisik hati Ariana. Ariana membawa Ikhsan ke kafe buku yang dibiasa dia dan Nadia pergi. Sekali lagi Nadia tidak menemaninya kerana sibuk menguruskan hal perkahwinannya. Sepanjang perjalanan, Ikhsan merasa seperti dia pernah lalu jalan jalan yang Ariana tunjuk. Sampai sahaja dihadapan kafe buku, Ikhsan terus teringat tragedi malam itu. Ya patutlah dia seperti pernah jumpa Ariana. Ikhsan la yang telah terlanggar Ariana dan menyebabkan baju Ariana kotor akibat kopinya yang tertumpah. Kecilnya dunia. Tapi dia pelik Ariana tidak mengenalinya. Mungkin kerana memikirkan bajunya yang kotor, Ariana tidak memandang siapa yang telah melanggarnya.

"Kalau awak nak tahu, dekat sini la saya dan Nadia selalu lepak hujung minggu. Dulu kalau waktu Nadia belum tunang tiap hari lah lepak sini. sekarang dia dah tunang, jarang kami datang sini", cerita Ariana kepada Ikhsan. Betul lah, Ariana tidak mengenalinya. "Err Ari, saya ada sesuatu nak terus terang ni", wajah Ikhsan kelihatan takut. "kenapa awak? ", "Hari tu saya la yang dah langgar awak sampai kopi tertumpah ke baju awak. lepas je hari tu saya ada beberapa kali ternampak awak tapi saya tak ingat bila pertama kali saya jumpa awak. bila sampai depan kafe ni baru saya teringat. maafkan saya Ariana, saya betul betul tak sengaja waktu itu. Biar saya bayar balik ya", Ariana tergelak mendengar penjelasan Ikhsan. "Awak ingat lagi semua tu? Maaf la saya pon tak perasan awak. Ye la saya tak pandang pon sapa yang langgar saya. tak perlu la nk bayar bayar. bukannya koyak ke, saya lebam sana sini ke. ish Ikhsan Ikhsan", Kata Ariana. Hati nya terhibur apabila melihat raut wajah Ikhsan yang sebersalah akibat kejadian itu. Baiknya kau Ikhsan. Setelah lama berbual, Ikhsan bangun dan menuju ke rak rak buku itu. Ariana hanya duduk dimeja. Dia tidak berminat untuk membaca hari ini. 10 minit lepas itu Ikhsan datang membawa buku tentang keagamaan. Dia membaca dengan kusyuk sekali. "Awak baca apa tu? ", tanya Ari ingin tahu. "saya sedang baca tentang kaum hawa di zaman Rasulullah", jawab Ikhsan.

Setelah selesai mandi, Ariana baring diatas katil. Ariana teringat tentang cerita yang diceritakan oleh Ikhsan tadi. "Wanita ini dilahirkan sangat cantik. Wanita adalah ciptaan tuhan yang paling indah dimuka bumi. Wanita adalah insan yang paling kuat. Kalau tak, takkan la ada yang adik beradik sampai 10 orang kan. Wanita tak perlu jadi sempurna. Kerana kesempurnaan hanyalah pada Allah. Wanita zaman sekarang tidak setabah Mariam, tidak sehebat Aisyah, tidak sekuat Sumayyah, tidak sematang Khadijah dan tidak setaat Fatimah tapi wanita zaman sekarang boleh menjadi solehah seperti mereka. Anak gadis perlulah menjaga batas batasnya kerana dosa nya masih ditanggung oleh seorang ayah. Dan jika sudah berkahwin jaga la batas demi suami. Wanita adalah insan yang mudah masuk ke syurga tetapi mereka juga la yang mudah dicampak ke neraka jahanam", "Adikkkkkk", Ariana tersedar dari lamunannya apabila mendengar suara Ammar memanggilnya. "ye ngah", "turun makan", Ariana terus bangun dari katil dan bergegas ke bawah. semua ahli keluarganya sudah menunggu dimeja termasuk lah Ammar dan Aidin bersama suaminya, Megat. "hai abang", "hai Ari", balas Megat. "Hmmmmm sedapnya mummy masak", kata Ari sambil memerhati semua lauk yang terhidang. "sapa kata mummy masak", Datuk Amri bersuara. "Dah tu? Daddy masak? Daddy 'masak' dengan perangai kami adalah", pecah ketawa keluarga Datuk Amri. "Along la yang masak", Kata Datin Aisyah. Aidin hanya diam dan tersenyum. Kalau disakat adiknya itu sampai esok tak habis. "Okay sebelum kita makan, Megat ada sesuatu nak bagitahu", kata Megat sambil memegang erat jemari Aidin. "Ari lapar so make it fast please", sampuk Ari. "Adikk", marah Aidin kepada Ari. "Okay adik, i make it fast. Aidin....dah.... hamil 4 minggu", kata Megat dengan sangat gembira. Datuk Amri, Datin Aisyah, Ammar dan Ariana sangat gembira mendengar perkhabaran itu. Ariana dan Ammar sangat gembira kerana mereka bakal mendapat anak buah yang pastinya comel comel. Datuk Amri gembira kerana pewaris hartanya bakal lahir. Datin Aisyah turut gembira dan sudah membayangkan betapa riuhnya rumah besar itu. "Kalau boy, Angah nak dia belajar bawa motor macam Angah. Baru anak jantan", kata Ammar. Semua ahli keluarganya berkumpul diruang tamu setelah selesai makan malam. "Eh sorry sikit. Baby tu mesti girl. Boleh Ari dandan dia cantik cantik", balas Ari pula. "Boy" "Girl" "Boy" "Girlll", Ammar dan Aidin berebut jantina anak buah mereka itu. "heyy gaduh apa ni? baby tu kan baby along dengan Megat. Yang Angah dengan Adik gaduh kenapa? ", kata Datin Aisyah yang sudah dengar riuh Anak-anaknya dari dapur. Datin Aisyah membawa teko berisi kopi diikuti Aidin dibelakang membawa dulang berserta cawan dan kuih. "Angah dengan adik memang gitu. over lebih", kata Aidin sambil menjeling adik adiknya. "Tak apa lah b, mummy sekurang-kurangnya baby tu tau, uncle dengan aunty dia sayangkan dia", kata Megat yang terhibur dengan keletah adik adik ipar nya itu. "Tak kisah lah boy ke girl yang penting syarikat daddy tu dia kena ambil alih. cucu sulung tu", sampuk Datuk Amri. Pecah ketawa diruang tamu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience