Bab 6

Short Story Series 2145

Hari sabtu hanyalah hari untuk merehatkan diri setelah seminggu sibuk bekerja. Selepas selesai solat zohor, Ikhsan keluar dari biliknya itu menonton televisyen. Kelihatan Johan ada diruang tamu sambil baring di sofa. "Dah solat bro?", tanya Ikhsan. "Dah san. Aku pon baru je keluar", jawab Johan. "Eh kau dah sebulankan praktikal? Macam mana? Okay? Bos garang tak? ", tanya Johan. Ikhsan tersenyum "okay je bro. bos perempuan tak la garang pon", "perempuan? muda? cun tak? ", tanya Johan lagi. "ish kau ni kesitu pulak", "aku tanya je", "muda lagi. Cik Nadia tu cantik tapi dah tunang. hujung tahun ni nak kawin dah. Cik Ari hmm manis orangnya, baik, cantik. Bujang juga. Tapi tak tahu la ada pakwe ke tak", kata Ikhsan menjawab persoalan sahabatnya. "Muda muda dah berjayakan. Kita ni apa la sangat. Tak dipandangnya kan", " business family bro", kata Ikhsan.

BOSAN!! jerit hati kecil Ariana. Abang dan kakaknya tiada dirumah. Nadia pulang ke kampung, menyiapkan persediaan perkahwinannya yang tidak sampai 5 bulan lagi akan berlangsung. 'seronoknya nk kawin dah', bisik hati Ariana. Fikirannya terus mengingat sesuatu. Tangan Ariana ligat mencari telefon bimbit di atas meja. Nombor telefon Nadia terus dihubungi.
*Helo Ari. Kenapa? *
*Nad ada nombor telefon Ikhsan? *
*Kau nak buat apa ha? Nak ngorat dia yee*
*Ishh bagi la kalau ada*
Nadia ketawa. *Ada. Aku hantar dekat whatsapp*
*Thank you Nad. Take care. Kirim salam dekat Daus and family kau*

Tak sampai lima minit panggilan diletak, mesej whatsapp terus masuk. "pantas", Ariana terus mendail nombor yang diberi oleh Nadia

Ikhsan terdengar telefonnya berbunyi. Dia melihat nombor yang tidak dikenali menghubunginya.

*Helo, Ikhsan? *
*Assalamualaikum, sapa ni*
Lagi sekali terkena. Ariana, Ariana.
*Waalaikumusalam. Ni saya Ari. Awak sibuk ke? *
*Oh cik Ari. Maafkan saya cik Ari. Saya tak simpan nombor cik Ari. Saya dekat rumah je cik Ari*
*Okay good. Awak boleh teman saya? Nak pergi cari barang sikit. Saya ambil awak dalam pukul 4?*
*Err boleh cik Ari*
*Whatsapp saya alamat rumah awak*
Ariana terus meletak panggilan. Dia senang apabila Ikhsan ingin keluar dengannya. Ariana terus membuka almari dan mencari pakaian yang ingin dipakai. Kemeja blouse labuh berwarna 'Army green' menjadi pilihan Ari dipadankan dengan seluar bewarna hitam. Rambut dilepaskan dan disikat kemas. Setelah siap Ariana terus keluar dan tuju ke rumah Ikhsan. "Amboi bro wangi wangi handsome handsome nak pergi mana?", tanya Johan melihat sahabatnya segak memakai kemeja kotak kotak bewarna hijau dan rambut disikat kemas. "Keluar jap. Cik Ari minta teman carikan barang", jawab Ikhsan. "Peh keluar dengan bos. Jarang la bos ajak pelatih keluar. haa kau jangan macam macam san", usik Johan. Ikhsan yang sedang melipat lengan baju terdiam seketika. Betul juga tu. Mana ada bos ajak pekerja keluar. Pelatih pula tu. Tiba-tiba telefon bimbit Ikhsan berbunyi.

*saya dah sampai* - Ariana

"Aku keluar dulu bro. Assalamualaikum." Ikhsan terus keluar dan mencapai kasutnya dirak. "Eh sedondon la pula", kata Ariana didalam kereta apabila ternampak lelaki itu keluar dari pintu rumah. "Assalamualaikum Cik Ari", Ikhsan memberi salam setelah membuka pintu kereta Ford milik Ariana. "Waalaikumusalam. Hmm awak pon suka minyak wangi Black Mount ye", Ikhsan yang baru memakai tali pinggang keledar terkejut dengan kata-kata Ariana. "Eh macam mana cik Ari tau?", "Ari je. tak perlu cik cik. kita diluar pejabat. Abang saya pun pakai minyak wangi yang sama. Dari kecil sampai la ke besar itu je minyak wangi dia", kata Ariana sambil memecut keretanya ke tempat yang dituju. "cik Ari ade.. eh maaf. Ari ada abang? Adik beradik Ari berapa orang?", "ha kan sedap panggil macam tu", bisik Ari dalam hati. "3 . Saya ada seorang kakak dan seorang abang. Saya yang bongsu", kata Ariana sambil tersenyum nakal kepada Ikhsan. "patut lah manja", "apa dia", tanya Ari kurang jelas dengan kata kata Ikhsan. "Eh tak ada apa apa", Ikhsan menjawab malu. "Awak dah makan?" , tanya Ari. "Belum lagi", jawab Ikhsan. "kita pergi makan dulu okay? ", "okay awak", jawab Ikhsan. Ariana tersenyum. Dalam hati berkata "Nadia!!!! Tak strong ni. lemah iman aku"

Setelah selesai makan dan mencari barang yang Ari inginkan, Ariana terus menghantar Ikhsan pulak kerana jam sudah menunjukkan pukul 6.30 . Tak elok pula kalau bawa bakal imam ni jalan jalan waktu maghrib. Eh!! "Terima kasih Ari bawa saya jalan jalan, belanja saya makan", kata Ikhsan sambil tersenyum. Manisnya senyuman bakal imam. "sama-sama. lepas ni boleh la awak lepak dengan saya lagi", kata Ariana. "boleh boleh tapi lepas ni saya pulak belanja Ari", senyum Ikhsan. "okaylah saya balik dulu", "hati-hati bawa kereta ya awak. Assalamualaikum", "Waalaikumusalam" . Ariana terus memecut laju pulang ke kediamannya. Sepanjang perjalanan. Ari hanya teringat setiap perbualan dia bersama Ikhsan. Kali ni suasana dalam kereta tidak lagi sunyi. Ikhsan sudah tidak kekok berbual dengannya.

Setelah selesai solat maghrib, Ikhsan mencapai beg plastik di atas katil. Dikeluarkan isi didalamnya. Sehelai baju kemeja jenama Polo berwarna merah hati. Pemberian Ari. Ariana ingin membelikan baju untuk abangnya, dan tertarik dengan sehelai kemeja bewarna merah hati. Nak dibeli untuk Ammar, lelaki itu tidak suka warna merah. Jadi Ariana membuat keputusan untuk membelikan untuk Ikhsan. Cantik. kata hati Ikhsan. Dia menyimpan semula kemeja tu dan simpan didalam almari. Ikhsan keluar untuk mengisi perutnya yang lapar. "Syok dating?", sapa Johan melihat kawannya yang sedang menggeledah peti sejuk. "mana ada dating", kata Ikhsan. "iya la tu. Ni aku dah masak nasi goreng atas meja ni. makan la", Ikhsan terus menutup peti ais dan mengambil pinggan untuk menjamah air tangan sahabatnya itu.

Telefon Ariana berdering. Tertera nama Nadia diskrin telefonnya.

*Helo babe*
*Ha best dating? Sampai whatsapp aku pon tak reply*
*mana ada dating. aku ajak dia teman cari hadiah untuk angah.
*eleh dating la tu. hadiah untuk Ammar hanyalah alasan*
*ish kau ni*
*okaylah aku nk tanya tu je. Nanti kita jumpa kau cerita kat aku tau, kau borak apa je dengan Ikhsan*
Ariana ketawa kecil. *Ha balik la cepat. ok lah aku nak tidur byee. Eh Assalamualaikum hihi*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience