Bab 2

Short Story Series 2145

"Maafkan saya. Maafkan saya. Saya tak perasan. Maafkan saya cik" . Baju putih yang dipakai Ari sudah bertukar warna. Kopi yang tertumpah telah mengotorkan baju Ari. Nadia tercengang. Lelaki tinggi lampai itu tidak sengaja terlanggar Ari lalu kopi yang dipegangnya tertumpah ke baju Ari.

"Tak apa tak apa" , Ari meletakkan not Rm50 diatas meja. "Nadia jom" , Ari ingin beredar dari situ kerana tidak selesa dipandang orang dan keadaan badannya yang melekit. "Saya bayar ganti rugi. Saya belikan cik baju baru ya?" kata lelaki itu sambil mengambil cawan kopinya yang jatuh. "It's okay. You don't have to do that. This is just a small thing" , Ari dan Nadia terus beredar dari situ. Rasa serba salah menyelubungi diri lelaki itu.

Setelah menghantar Nadia pulang ke rumah, Ari terus memecut laju ke kediamannya yang hanya 30 minit dari rumah Nadia. Setelah sampai diperkarangan rumah, Ari tersenyum melihat kereta BMW dan motorsikal berkuasa besar berada di garaj rumahnya. Ari terus masuk ke dalam rumah.

"Ha balik dah budak kecil ni", Ari hanya tersenyum. "Tu kenapa baju kotor tu? Hujan kopi ke kat luar? " , tanya Nur Aidin kepada adiknya itu. "Accident long" , "Ha accident?! Langgar dengan apa? ", "Pak mat tempe terlanggar motokar" , jerit Ari sambil membuat isyarat seperti didalam cerita Bujang Lapok. Pecah ketawa diruang tamu kediaman Datuk Amri itu. "Main main budak ni", jeling Aidin. Ari terus berlalu naik untuk membersihkan dirinya.

Setelah selesai mandi, Ari turun untuk mendapatkan ahli keluarganya. Dari dalam bilik Ari sudah mendengar gelak tawa ahli keluarganya dibawah. Ari sangat merindui saat saat itu. Sejak berkahwin, Aidin, Alongnya sudah jarang pulang kerumah kerana mengikut suaminya. Walaupun masih tinggal tidak jauh dari kediaman keluarganya itu, Aidin tetap jarang pulang kerumah kerana kesibukannya bekerja sebagai Pramugari. Nur Ammar pula sibuk dengan latihan sebagai pelumba motorsikal. Ammar jarang berada di Malaysia kerana Angahnya itu selalu menjalani latihan diluar negara. Jadi setiap kali Aidin dan Ammar pulang ke kediaman keluarganya itu Ariana sangat gembira kerana dapat bermanja dengan kakak dan abangnya itu.

"Hei orang German, souvenir untuk adik mana? ", minta Ari sambil duduk disebelah abangnya. "Angah baru sampai, cubalah tanya khabar ke, hulur air ke ni minta hadiah dulu. Apa la. " , Ari hanya memandang Abangnya itu dengan harapan mendapat buah tangan dari German. Ammar mencapai beg kertas yang disorokkan disebelah sofa. "Satu syarat", kata Ammar kepada adiknya itu. "Alaaaaa mummy", sambil membuat suara manja Ari memandang Datin Aisyah. "Bagilah ngah. Kesian Adik tu". Ammar sangat lemah mendengar lenggok suara permaisuri hatinya itu. "Nah ambillll" . "Thank you Angah, love you" , senyum Ari sambil membelek hadiah yang diberikan oleh abangnya itu. "Love Angah je? Along tak love la? ", Ari tersengih memandang Alongnya. "Nah. From Korea ok I import untuk you" , "Love you more Alongggg" , Ari terus mendapatkan hadiahnya dan mencium pipi kakaknya itu. Walaupun Aidin dan Ammar selalu ke luar negara, mereka tidak akan pernah lupa akan keluargnya. Mereka pasti akan membelikan sesuatu untuk orang di Malaysia, terutama sekali untuk Adik bongsu mereka.

Keesokkan harinya seperti biasa, setiap pagi Ari akan bersenam bersama Nadia. Tetapi pada pagi ini Ari hanya ingin berehat dirumah dan melepaskan rindu terhadap abang nya. Aidin sudah pulang ke rumahnya malam tadi dan berjanji untuk kembali ke kediaman Datuk Amri untuk makan tengah hari.

"Angah!!", jerit Datin Aisyah memanggil anak bujangnya itu. "Ye mummy?" , Ammar terus mendapatkan ibu yang berada didapur. "Angah tolong mummy belikan barang dapur. Ni mummy dah buat senarai. Guna kereta mummy", Tanpa berlengah, Ammar terus pergi mengambil kunci kereta ibunya. "Nak pergi mana? Tak ajak Ari!" , Ari yang berdiri di tangga sambil tangan mencekak pinggang mengejutkan abang nya itu. "Ish dia ni. terkejut orang lah. Nak pergi beli barang dapur", "Nak ikut!!!!!! Give me 10 minutes", Ari terus berlari menuju ke bilik. "5 minutes only. Lambat tinggal".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience