Bab 4

Short Story Series 2145

Isnin. Monday blue bagi ramai orang. Termasuklah juga bagi Nur Ariana Datuk Amri. Pagi ni dia ada beberapa mensyuarat untuk dihadiri. Ari turun ke bawah dan terus menuju ke meja makan untuk bersarapan bersama Datuk Amri dan Datin Aisyah. Ammar tidak bersama kerana sudah berangkat ke Johor. "Morning daddy, mummy", sapa Ari ceria. "Morning sayang", balas Datuk Amri. Datin Aisyah menuangkan kopi kecawan anak bongsunya itu. "Daddy, hari ni Ari masuk office lepas lunch tau. Ari nak jumpa Datuk Malik pagi ni and site visit sekali, " kata Ari. "Okay then. Drive save. Sampaikan salam daddy pada Datuk Malik", Ari hanya mengangguk faham. Dalam 3 orang anak-anaknya, hanya Ari yang berminat untuk bersama-sama memajukan lagi syarikat keluarga Datuk Amri. Aidin dan Ammar masing-masing ada minat tersendiri. Datuk Amri tidak pernah menghalang minat anak-anaknya malah bersyukur anak bongsunya itu mahu meneruskan legasi yang dibina.

Menjejakkan kaki disebuah syarikat besar merupakan impian ramai orang. Dengan memakai baju kemeja berwarna biru, seluar slack hitam dan kasut yang baharu dibelinya, Ikhsan melangkah penuh semangat untuk memulakan hari pertama praktikalnya disyarikat tersohor itu. Ikhsan terus menuju ke kaunter hadapan, "Morning. Saya Muhd Ikhsan Bin Bakri. Saya pelajar praktikal yang akan buat latihan disini", kata Ikhsan sambil tersenyum kepada staf di kaunter itu. "Muhd Ikhsan ya? Baiklah. Mari, saya tunjukkan tempat awak". Ikhsan hanya mengikut staf itu dari belakang. "Cik Nadia, ini Ikhsan pelajar praktikal yang akan membuat latihan dibawah cik", kata staf itu kepada Nadia. "Oh baiklah. Awak boleh bawa dia ke tempatnya dulu. Sekejap lagi saya datang. Terima kasih Hanum".

"Muhd Ikhsan Bin Bakri? Betul? ", "Betul cik", jawab Ikhsan sambil tersenyum. "Nama saya Nadia", kata Nadia sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Ikhsan hanya senyum dan menunduk tanpa membalas salam itu. "Err.. okay saya akan melatih awak disini. Jadi kalau ada apa-apa masalah awak boleh tanya saya. Kalau saya tiada awak boleh tanya staf-staf yang lain. Jadi ini dokumen pertama awak yang saya nk awak semak", kata Nadia sambil menghulurkan fail kepada Ikhsan. Ikhsan menyambut fail itu dan berkata "Baik cik", "Kalau ada apa-apa awak tau mana nk cari saya kan? " . Ikhsan hanya mengganguk. "Good. So you can proceed your work. Have fun here. Oh and Welcome to the family", "Terima kasih cik Nadia".

"Maya masuk bilik saya sekejap", arah Datuk Amri terhadap pembantunya. "Ye Datuk? ", "Ariana dah masuk pejabat? ", "Belum Datuk", " Okay tak apa. Jadi ada apa apa hari ni? ", Maya menyelak planner untuk menyemak jadual majikannya itu. "Hari ni Datuk tiada apa apa temujanji cuma saya nk bagitau Datuk pelatih baru dah daftar hari ni", "Dia bawah sapa?" "Cik Ariana minta diletakkan dibawah pantauan cik Nadia, " kata Maya lagi. "Okay bagus. Minta cik Ariana untuk pantau sekali. Kalau dia bagus kita boleh ambil dia bekerja terus. Gantikan tempat yang Akhbar akan tinggalkan. Kalau tak ada apa apa lagi awak boleh sambung kerja", "Baiklah Datuk"

"Assalamualaikum saya Ikhsan", sapa Ikhsan ramah. "Waalaikumusalam, saya Hanif. Pelatih baru ye?" , tanya Hanif. "Ya saya. Saya nak tanya surau dimana ya?", "surau ada disebelah pantri. Awak terus ni awak nampak pantri dan surau. Tandas juga disitu" , jawab Hanif sambil menunjuk arah. "Ohh ok. Terima kasih ye", Ikhsan terus berlalu menuju ke surau.

Ari duduk tersandar dikerusinya. Badannya berasa sangat penat setelah melawat ke tapak pembinaan. Cuaca yang sangat panas membuatkan tekaknya dahaga. Ari terus bangun dan menuju ke pantri untuk mengambil secawan air. Ketika ingin menuju ke pantri, Ari ternampak pintu surau tidak ditutup. Semasa Ari ingin menutup pintu, mata Ari terpana pada susuk tubuh seorang lelaki yang sedang khusyuk menunaikan solat. Perasannya menjadi tenang ketika itu. Seperti ada sesuatu pada lelaki itu yang menarik hatinya . "ui tengok apa?" tegur Nadia. Ari yang terkejut terus menutup pintu dan mencuit sahabatnya itu. "Kau ni terkejut aku lah. Eh sapa tengah solat tu? ", tanya Ari ingin tahu. "Tu Ikhsan. Budak praktikal baru. Kau nk tahu tadi..... " , Nadia bercerita kepada Ari mengenai Ikhsan sambil keduanya berjalan menuju ke pantri. Sepanjang perjalanan pulang fikiran Ari masih ligat mengenangkan Ikhsan yang dilihatnya tadi. Hatinya kuat ingin mengenali jejaka itu.

Ari sangat sibuk dengan kerja kerja di pejabat. Tidak menang tangan dibuatnya. Dengan mesyuarat lagi, ingin melawat tapak projek lagi, membuatkan Ari lupa untuk mengisi perutnya. Mengenangkan kesibukan sahabatnya itu, Nadia membawa secawan nescafe ke dalam bilik Ari.
"Nad, Ikhsan tu ok? ", tanya Ari tiba-tiba. "Ikhsan budak praktikal tu? Elokkk. Comeyy", jawab Nadia. Ari hanya diam sambil melemparkan pandangannya ke arah Ikhsan. Kedudukan meja Ikhsan yang menghadap tingkap bilik Ariana membuatkan Ari senang untuk melihat Ikhsan. "Berkenan ke? ", tanya Nadia. "Kau rasa? " "Cuba lah. Dia ni alim sikit. Salam pon tak dengan perempuan", Ari hanya terdiam. "Aku cabar kau. Dapatkan Muhd Ikhsan Bin Bakri sebelum dia habis latihan", Muhd Ikhsan Bin Bakri. Berkali kali nama tu disebut dalam hati Ari. "Aku terima cabaran kau", Nur Ariana pantang dicabar. Sedangkan sewaktu dikolej dulu pon Ari dicabar, tidak pernah sekali ditolak olehnya. Inikan pulak untuk mendapatkan perhatian lelaki yang telah menambat hati Ari, tak mungkin ditolak. Menambat hati? Betul ke ni?

"Ikhsan", "ye saya cik Ariana? " , "masuk bilik saya. sekarang. ", dengan muka yang agak ketat, Ari terus menuju ke biliknya. Ikhsan terus mencapai sebatang pen dan plannernya dan terus menuju ke bilik Ari. Ari meminta Ikhsan untuk duduk. "Awak dah seminggu jadi pelatih disini bukan? ", tanya Ari dengan nada yang lembut. Ikhsan menjawab "ye cik" . " jadi ada apa apa masalah setakat ni? kena buli ke? kena buat kerja tak sepatutnya ke? ", "Alhamdulillah tiada masalah cik Ariana. Cik Nadia dan staf yang lain banyak tolong saya", . Ari seperti terpaku apabila mendengar nama nya disebut oleh Ikhsan. "kalau tak ada apa apa masalah bagus lah. Saya perhatikan kerja awak bagus. Kemas. Jarang lelaki buat kerja kemas seperti kamu. Harap kamu dapat kekalkan" , kata Ari lagi. " insyaallah. Terima kasih cik Ariana" , balas Ikhsan. "dah kawin? " tanya Ari. Ikhsan tergamam. "belum cik" , jawab Ikhsan. Ariana tersenyum. "okaylah awak pergi sambung buat kerja" . Ikhsan bangun, beri salam dan terus keluar dari bilik Ariana. Ari masih tersenyum dan mengingati saat Ikhsan menyebut namanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience