Bab 5

Short Story Series 2145

"Nadia, Ikhsan", sapa Ariana. "Yes, Ari?" balas Nadia. Ikhsan hanya senyum memandang dua orang atasannya itu. "jom lunch? ", ajak Ariana. "sorry Ari aku tak boleh teman kau. Kejap lagi aku nk kena jumpa client", Ari kelihatan kecewa. "Err Ikhsan boleh awak temankan cik Ariana lunch?" , tanya Nadia kepada pelatihnya itu. Ikhsan terdiam. "Ini arahan", kata Nadia lagi. Ariana hanya tersenyum. Faham sangat dah dia dengan taktik sahabatny itu. "Baik cik Nadia. Cik Ariana nk pergi sekarang? ", tanya Ikhsan. "Ye sekarang", Ikhsan mengangguk sambil mengemas mejanya. "Mari cik Ariana", sebelum beredar Ariana melemparkan senyum kepada sahabatnya itu sebagai tanda terima kasih. Nadia memandang Ariana dan Ikhsan pergi. "Goodluck", bisik Nadia dalam hati.

Suasana dalam kereta sunyi. Ariana mahupun Ikhsan hanya diam membisu. Dua dua tidak tahu topik apa yang hendak dibualkan. Ariana membuka radio untuk memecahkan tembok kesunyian dalam kereta. Azan Zohor berkumandang. "Err.. cik Ariana, boleh tak kalau kita singgah dimana mana dulu untuk solat zohor? Sudah masuk waktu ni", Ariana hanya diam dan mengangguk.

"Cik Ariana tak turun sekali? ", "Saya uzur. Awak pergilah. Saya tunggu disini", Ikhsan senyum dan terus masuk ke dalam masjid. Dari tempat letak kereta Ariana boleh lihat lelaki itu mengambil wuduk. Ariana hanya memerhati setiap gerak geri Ikhsan. Selesai mengambil wuduk, Ikhsan terus menunaikan solat diluar. Ikhsan tidak menunggu jemaah kerana takut Ariana akan menunggu dia terlalu lama. Risau majikannya itu akan marah.

Sementara menunggu makanan mereka sampai, Ariana cuba mencari topik untuk dibicarakan. "Dah ada girlfriend?", Ikhsan yang dari tadi memerhati gelagat orang ramai direstoran itu terus mengalih padangan tepat kepada Ariana. "Belum cik Ariana", "Panggil Ari je. Tak perlu nak formal sangat. Awak orang mana?", tanya Ariana lagi. "Saya orang kelantan cik Ariana ehh Cik Ari", "patut lah gaya macam alim", bisik Ariana dalam hati. "Tapi belajar di Kuala Lumpur", sambung Ikhsan lagi. Ariana ingin bertanya lagi tetapi makanan mereka sudah sampai. Ariana terus mengambil sudu dan garfu lalu menyuap makanannya ke mulut. "Kita baca doa dulu cik Ari", Ariana tergamam. Malu pun ada menyapa diri. "Gelojoh", bisik Ariana. Ikhsan menadah tangan dan memimpin bacaan doa.

Selepas makan malam, Ariana terus naik ke bilik. Kebiasaannya kalau Aidin atau Ammar ada dirumah, Ariana pasti berbual bual bersama mereka. Aidin pelik melihat gelagat adiknya itu. "Ari sakit ke mummy?", tanya Aidin. "Tak ada la. kenapa? ", jawab Datin Aisyah pelik. Aidin hanya menggeleng kepala. Dia pasti ada sesuatu yang mengganggu adiknya itu. Ariana duduk dikerusi sambil menghadap beranda dibiliknya. Fikiran Ari asyik memikirkan tentang kejadian tengahari tadi. "Jauh termenung", sergah Aidin dari belakang. "Along! terkejut Ari", "adik along fikir apa ni? jauh sangat along tengok menungnya tu. Banyak kerja ke? Keee tak lama lagi along bakal dapat adik ipar ni??", tanya Aidin menyakat adiknya. "Apa itu pula yang difikir. Helo angah tu pon tak kawin lagi tau. mana boleh langkah bendul", jawan Ariana. Tapi memang betul pun, dia tengah memikirkan pasal seseorang yang bakal menjadi adik ipar along dan angahnya. INSYAALLAH!! "hmm nk tunggu angah kawin dulu, tak kawin la kau dik. Angah tu sibuk dengan motor dia. silap silap kawin dia dengan motor dia tu" , pecah ketawa dua beradik itu.

Keesokan harinya sepeti biasa Ariana akan ke pejabat. tetapi sebelum ke pejabat, Ariana ingin singgah disebuah warung kuih. Ariana ingin membeli kuih untuk Nadia. Entah kenapa hari itu dia tergerak hati untuk membelikan kuih buat sahabatnya itu."Morning Nadia, nah karipap untuk kau", sapa Ari gembira sambil menghulurkan plastik berisi 5 biji kuih karipap kepada Nadia. "wahhh Thank you. Aii baik sangat hari ni", Ariana hanya tersengeh kepada sahabatnya. "Ikhsan ni untuk awak", Ariana meletakkan plastik berisi donut dan karipap keatas meja Ikhsan. "Eh untuk apa ni cik Ariana err cik Ari", tanya Ikhsan pelik dengan tindakan majikannya itu. "untuk apa? untuk makan la", jawab Ariana. "Err terima kasih cik Ari", Ariana pergi ke biliknya sambil melambaikan tangannya tanda 'sama sama'. "Awak panggil Ari apa?" tanya Nadia. "Cik Ari. Cik Ariana yang minta saya panggil macam tu", jawab Ikhsan. "Salah ke cik Nadia? " tanya Ikhsan. Takut jika panggil itu tidak menyenangkan Nadia. "Eh tak salah. Kalau awak nk tahu hanya orang yang rapat dan penting dengan Ari je yang akan panggil dia 'Ari' "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience