Bab 3

Short Story Series 2145

"Woiii tidur je kerja kau ni. Tak kerja ke hari ni? ", Johan tersentak dengan jeritan sahabatnya itu. "Hari ni sabtu. Kerja apa kau ni. Cuba la bagi aku rehat dengan tenang dan aman damai" jawabnya. Ikhsan hanya ketawa. "Jom teman aku pergi beli baju. Isnin aku nak mula praktikal dah", ajak ikhsan sambil berdiri disebelah sahabatnya . "Bagi aku setengah jam je aku nak tidur. Tolong la san" , "aku belanja makan sekali", Johan terus bangun dari katil dan menuju ke tandas. Ikhsan sudah faham sangat dengan perangai sahabat baiknya tu. Mana tidaknya kalau dah dari kecil tak berenggang.

Jam menunjukkan tepat pukul 2 petang. Ari hanya terbaring. "Bosannya" , kata Ari dalam nada mengeluh. Hari ni hari sabtu dan Ari hanya terperap di rumah sepanjang hari. Kakak dan Abangnya tiada dirumah untuk diajak berkelahi. Ari dan Nadia tidak ke kafe buku kerana kafe itu sedang dalam ubahsuai. Ari mencapai telefon bimbitnya dan mencari Whatsapp Chat nya bersama Nadia.

*Kau buat apa? Jom shopping. Along dengan Angah takde. Aku bosan* - Ariana

*Aku tak buat apa. Jom jom. Kau siap. Aku ambil kau. Dalam sejam lagi aku sampai* - Nadia

Setelah sampai ke pusat membeli belah, Ikhsan dan Johan terus menuju ke bahagian pakai lelaki. Ikhsan akan memulakan hari pertamanya praktikal disebuah syarikat di ibu kota pada hari isnin. Jadi dia ingin membeli pakaian baru agar nampak lebih segar dan berkeyakinan.

Sambil membelek kasut yang ingin dibeli, matanya tertarik pada kelibat seorang wanita yang seperti pernah dilihat. Ikhsan memerhati dengan bersungguh sungguh sambil mengingati dimana dia pernah bertemu dengan wanita yang berambut ikal mayang bertubuh tinggi lampai itu . "Cantik", kata Johan. "Kan. Cantikkan dia", kata Ikhsan. "Dia? Aku cakap kasut ni cantik. Mana datang 'dia'nya", Ikhsan terus memandang sahabat itu. "Err takde... takde apa. Cantikkan kasut ni? Aku ambil ni lah" Ikhsan terus ke kaunter meninggalkan Johan tertanya tanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience