Bab 1

Short Story Series 2145

"Malam ni apa cerita? On tak on? " . "Mestilah on. tempat biasa. Aku jemput kau" . Nadia kelihatan gembira apabila kawan baiknya, Ari menepati janjinya.

Nur Ariana Datuk Amri, seorang gadis bandar yang hidup dalam kemewahan. Apa sahaja keinginannya pasti terlaksana. Bagi Ari 'If you want it, you must have it' . Tiada istilah TIDAK dalam hidupnya.

'Ari nak pergi mana tu?' , tanya Datin Aisyah kepada anak bongsunya itu. Sambil mencapai kunci keretanya Ari menjawab 'Ari nk jumpa Nadia, Mummy' . Ari terus mendapatkan ibunya di ruang tamu, lalu mencium tangan Datin Aisyah. 'Bawa kereta elok-elok' , kata Datin Aisyah sambil matanya tidak lepas dari melihat Ari sehingga hilang dari pandangan. Datin Aisyah tersenyum melihat anaknya itu. 'Dah besar dah anak aku', kata Datin Aisyah dalam hati.

Lagu nyanyian Bruno Mars menemani Ari sepanjang perjalan ke kediaman sahabat baiknya, Nadia. Sampai sahaja di hadapan rumah Nadia, sahabatnya itu telah menunggu di luar rumah 'On time', sapa Nadia. 'Ini Ari lah. Mana pernah lambat'. Nadia hanya tersenyum mendengar kata-kata sahabatnya itu.

Setelah sampai ke tempat yang ditujui, Nadia dan Ari terus memesan minuman. Tanpa berlengah Nadia terus bangun dan menuju ke rak buku tidak jauh dari tempat duduk mereka. Ari hanya memerhati. Disebabkan Ariana dan Nadia mempunyai minat yang sama iaitu membaca, sebuah kafe buku yang terletak di ibu kota menjadi tempat mereka meluangkan masa. Oleh kerana kesibukan kerja mereka, mereka akan ke sana pada hujung minggu.

Nadia mencari buku yang ingin dibaca. Dia tertarik dengan sebuah buku yang bertajuk "Source Of Happiness" . Setelah membaca sinopsis buku itu, Nadia mendapatkan Ari yang sedang menunggu di meja. "Dah dapat dah buku kau tu?" , kata Ariana sambil tangannya masih ligat di telefon bimbitnya. "Dah. Kau pergilah pula cari buku yang kau nk", Ariana menghirup air Hazelnut Latte kegemarannya itu dan bangun menuju ke rak buku.

"ZASSSSSSSSS"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience