BAB 4

Family Completed 1393

Telefon aku berdering menandakan ada seseorang menghubungi aku. Aku mengangkat panggilan tersebut.

"Assalammualaikum. Siapa ni?" Soal aku.

"Ni akulah Danish Al Quzair." Jawab suara itu di hujung talian.

"Danish?" Soal aku terkejut.

"Asal? Kau terkejut? Aku ada berita baik untuk kau. Aku ada idea untuk kita pisahkan Feeza dengan Fiq." Ujar Danish Al Quzair.

"Maksud kau?" Soal aku.

"Yelah, Feeza dan Fiq kan akan bertunang tak lama lagi. So, kita kena bersiap sedia." Ujar Danish Al Quzair.

"Maksud kau? Feeza dan Fiq akan bertunang? Oh, patutlah aku suruh pas surat kat Fiq. Dia tak nak. Rupanya dia punya bakal tunang." Kata aku baru mengetahui perkara sebenar.

"Esok kita jumpa. Nanti aku send location." Katanya pendek.

"Tapi dari mana kau dapat nom...."

Belum sempat aku menghabiskan ayat aku. Talian telah pun dimatikan.

@@@@

Keesokan harinya, selepas habis kelas. Aku berjumpa dengan Danish Al Quzair di sebuah kafe. Aku duduk di hadapannya. Sebelum kami berbual lanjut, aku memesan minuman berais.

"Tilda aku ni sebenarnya pelik. Kenapa Fiq tak sukakan kau? Padahal kau jauh lagi cantik daripada Feeza aku rasa. Kau ni siap ada mix Amerika lagi." Ujar Danish Al Quzair.

"Aku pun tak tahu. Tapi, apa tujuan kau ajak jumpa kat sini?" Soal aku.

"Aku nak buat strategi. Strategi untuk pisahkan Feeza dengan Fiq." Jawab Danish Al Quzair.

" Tak perlulah kita pisahkan dia orang." Kata aku.

"Brianna Martilda binti Yusuf. Kau tahu tak? Aku cintakan Feeza separuh mati. Sebab tu aku ajak kau datang sini fikir strategi pisahkan dia orang." Ujar Danish Al Quzair.

"Owh.. Tapi, aku tak nak tengok kawan aku tak happy. Aku nak Feeza happy walaupun dia.."

Danish Al Quzair memotong ayat aku. Aku hanya menundukkan kepala.

"Asal kau ni ***** sangat? Memanglah dia happy. Happy sebab dah rampas orang yang kau suka." Marah Danish Al Quzair.

Aku tertunduk. Aku sayangkan Feeza. Aku tak nak sebab seorang lelaki, aku dan Feeza gaduh. Lagi pula, aku dah bertunang.

Danish Al Quzair memegang tangan aku. Aku menarik tanganku laju. Danish Al Quzair tersenyum senget.

"Tilda, aku yakin. Kalau kau bukak niqab kau. Kau bukak tudung. Free hair. Mesti lagi cantik. Confirm Fiq jatuh cinta dengan kau." Ujar Danish Al Quzair penuh muslihat.

"Aku takkan free hair. Aku tak nak abi aku tanggung dosa aku."Kata aku.

"Kau ni memang tak gunalah.Kalau macam ni baik tak payah jumpa." Marah Danish Al Quzair.

Danish Al Quzair meningalkan aku. Aku masih lagi tidak bergerak walau seinci. Aku pulang ke rumah pada lewat petang.

"Tilda.." Panggil abi.

Aku tidak mengendahkan panggilan abi. Aku terus menaiki anak tangga menuju ke bilik aku. Aku mandi dan solat. Pada malam itu, aku tidak makan malam. Aku masih teringat kata-kata Danish Al Quzair.

"Betul ke kalau aku free hair lagi cantik?" Soal aku sendiri.

Aku membuka tudung dan purdah yang baru sahaja aku pakai. Aku mencampakkannya ke atas katil. Aku menatap wajah aku di cermin besarku.

"Aku cantik? Tak. Aku tak cantik. Aku boleh buka aurat aku untuk lelaki bergelar suami saja. Dan wajah aku hanya boleh dilihat oleh bakal suami aku." Ujar aku.

Telefon aku berdering. Terpampang nama Abang Taufiq. Aku mengangkat panggilan itu.

"Assalammualaikum." Aku memberi salam.

"Waalaikummusalam." Abang Taufiq menjawab salam.

"Tilda sihat?" Soal Abang Taufiq.

"Sihat. Alhamdulillah." Jawab aku.

"Alhamdulillah." Ucap Abang Taufiq.

"Ada apa abang call ni?" Soal aku.
"Saja nak tanya khabar." Jawab Abang Taufiq.

"Hmm.. abang.. Tilda busy ni." Bohong aku.

"Oh okey, assalammualaikum."

"Waalaikummusalam."

Aku mematikan talian. Aku menghubungi Danish Al Quzair.

"Assalammualaikum." Aku memberi salam.

"Hah?! Ada ap call aku?!" Tengking Danish Al Quzair.

"Aku.. aku setuju nak.."

****

Hehehe... sambung nanti k.. Apa pun support dulu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience