Tuk! Tuk! Ketukan pintu bertalu. Aku membuka pintu.
"Assalammualaikum. Di sini ada yang bernama Danish Al Quzair bin Sein?" Soal anggota polis itu.
Aku terkejut. Aku ketakutan. Danish Al Quzair yang baru tersedar daripada tidurnya, tergamam melihat anggota polis di hadapan pintu.
"Encik ke yang namanya Danish Al Quzair bin Sein?"Soal polis tersebut.
Danish Al Quzair mengangguk. Danish Al Quzair digari tangan seusai dia akui. Dia dibawa ke balai polis. Manakala aku hanya duduk di rumah. Meski itu doa aku, aku tetap bersedih apabila Danish Al Quzair dihukum.
Aku memegang gate dan terjatuh bersimpuh. Air mata aku mengalir. Aku tak dapat menyembunyikan perasaan aku. Aku telah kehilangan seluruh orang di keliling aku. Aku mengambil pisau. Aku menoreh tangan kiriku.
Telefon aku berdering menandakan seseorang menghubungi aku. Tertulis nama abi di panggilan itu. Aku menjawab panggilan. Kedengaran suara Mak Ngah menangis tersedu-sedu.
"As..sala..am..um..alai..kum.. Tilda.. ab..bi dah..meni..inggal... sayang.." Ujar Mak Ngah tersedu-sedu.
Telefon aku terjatuh. Air mata ini semakin lebat. Hati ini teramat pilu.
Aku bergegas ke rumah abi. Terdapat ramai orang di rumahku. Bacaan Yaasin telah dimulai. Aku memasuki rumahku. Satu tubuh tua yang aku sayangi kini terbaring di lantai. Dengan beralaskan tilam tipis. Aku terjelepok saat berada di hadapan tubuh tua itu.
Aku menggoncang tubuhnya. Air mata ini semakin lebat. Mak Ngah cuba menenangkan aku. Namun, aku masih berdegil.
"Abi.... bangun abi....Tilda dah balik.. Abi.. bangunlah.." Tangis aku.
"Abi, maafkan Tilda. Tilda tak sempat bertaubat sebelum abi pergi. Tilda anak derhaka.Tilda tak layak jadi anak abi. Maafkan abi." Ujar aku.
"Tilda..redha sayang.." Nasihat Mak Ngah.
Aku bersandar di dinding. Aku menghentak-hentak kepala. Kepala aku mengeluarkan darah hingga menembus keluar dari tudung. Aku memukul kepalaku dengan kedua tanganku.
"Ya Allah.. Tilda.. Sabar Tilda.. Allah lebih sayangkan abi. Dan ini juga satu dugaan untuk Tilda. Terima dan redhalah Tilda." Nasihat Mak Ngah lagi.
"Kenapa orang sekeliling Tilda, tinggalkan Tilda?! " Soal aku dengan nada seperti menjerit.
"Tilda sabar ea." Ujar Mak Ngah.
Air mata ini mengalir sepuasnya. Tiba masa abi dikebumikan. Aku seolah ingin turut bersama abi di liang lahad. Saat orang sudah pulang. Dan kini hanya aku, Abang Taufiq, Mak Ngah dan Pak Ngah. Aku mengorek tanah kubur menggunakan tanganku. Mak Ngah menarik aku. Tetapi, aku mengeraskan badanku.
"Tilda...Tilda.. redha.. Redha, sabar, terima segalanya. Abi menanti Tilda di sana. Kalau Tilda sayangkan abi, kumpulah amalan. Kalau Tilda nak abi tersenyum dan tenang melihat Tilda di sini.. Redhalah Tilda." Nasihat Mak Ngah lagi.
Aku berhenti mengorek tanah kubur. Aku biarkan badan aku ditarik oleh Mak Ngah. Kami pulang ke rumahku.
Abang Taufiq duduk di sebelah aku. Dia memberi aku satu surat.
"Tilda... sebelum abi pergi.. Dia ada tuliskan satu surat dan amanahkan abang untuk berikan kepada Tilda." Ujar Abang Taufiq.
Aku mengambil surat itu. Aku membuka surat itu perlahan. Lagi sekali air mata ini jatuh.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Tinggal bab 12 saja belum ditulis. Alhamdulillah, tak sangka author dapat siapkan 11 bab di hari Isnin ini. Korang tolong support ye. Mungkin cerita ini tidaklah sehebat cerita lain, tapi saya cuba untuk menulisnya dengan baik. Saya juga cuba selitkan pengajaran. Dan kalau boleh, saya tak nak selitkan banyak sangat pasal cinta. Apa pun saya cuba buat dengan terbaik.
Share this novel