Aku mengambil surat itu. Aku membuka surat itu perlahan.Sekali lagi air mata ini mengalir.
Anakku Brianna Martilda,
Abi tahu Tilda inginkan kebebasan. Abi tahu Tilda inginkan hiburan. Selama ini, Tilda tak pernah merasai kebebasan. 24 jam Tilda habiskan hanya di madrasah bersama walid dan walidah. Pelajari Islam dengan penuh kesabaran. Abi tahu Tilda juga tidak pernah merasai kasih sayang daripada ibu kandung. Tilda juga tidak tahu wajah ibu Tilda. Jika Tilda ingin tahu, wajahnya hampir mirip Tilda. Dan jika Tilda ingin menemui umi, buatlah kebaikan. Selamatkanlah umi dari azab api neraka. Selamatkanlah abi. Doakan kami. Doakan kami supaya kami ditempatkan di Jannatul Firdausi. Abi maafkan Tilda. Dan pohon Tilda memaafkan abi dan umi.
-ABI-
Isi kandungan itu membuat hati ini menangis teresak-esak. Abang Taufiq yang melihatku, terkaku tidak tahu hendak melakukan apa-apa.
======
Hari berganti bulan, bulan berganti tahun. Kini aku masih tidak dapat menerima kenyataan abi telah tiada. Aku ditempatkan di rumah sakit mental. Kadang aku gembira. Kadang aku menangis.
"Ah! Lepaskan akulah!" Jerit aku.
Kedua-dua jururawat itu masih memegang aku. Aku ditempatkan di satu bilik seorang diri. Aku diikat. Walid, Walidah dan Abang Taufiq melihatku ingin sahaja menangis. Aku ditempatkan di bilik ini kerana aku mencederakan pesakit lain termasuk diriku sendiri. Aku sering bercakap seorang diri.
"Abi... abi... tolong Tilda... Abi... abi nak pergi mana tu.. abi..." Kataku sendiri.
Mak Ngah cuba mendekati aku. Aku ketawa.
"Hahahhaah! Perempuan tua! Abi! Dia.. ada something..kat pale dia. !" Ujar aku tanpa sedar.
Walid menggeleng. Walid seorang pengubat islam dan dia tahu jika aku berkata benar atau tidak. Dia sudah masak dengan perangaiku.
"Abang Taufiq... bila abang...nak kahwin dengan kita...? Hahaha!" Ujar aku manja dan kembali tertawa.
Semua di minta keluar. Hanya aku sendiri di situ. Aku disuntik ubat penenang. Mata aku tertutup rapat.
Dan semuanya menjadi gelap. Dan ianya segelap hidupku tanpa keredhaan Allah.
_____________TAMAT_______________
Alhamdulillah, tamatlah sudah kisah ini. Di sini, saya menyusun sepuluh jari pinta kemaafan atas kekurangan kisah ini. Inshaallah, saya akan perbaiki penulisan saya di masa akan datang.
Share this novel