Bab 7

Family Completed 1393

Abang Taufiq tiba di rumahku tepat azan Asar. Pak Ngah memandang tepat ke arah mataku.

"Memandangkan Tilda dah habis belajar, kita teruskanlah rancangan kita untuk satukan Taufiq dan Tilda." Ujar Pak Ngah.

"Saya tak kesah tapi eloknya biar mereka yang membuat keputusan." Kata abi.

"Tilda, mari kita bincangkan." Ajak Abang Taufiq.

Aku membuntuti Abang Taufiq keluar rumah. Aku hanya menundukkan kepala.

"Tilda setuju ke?" Soal Abang Taufiq.

"Tilda tak sedia lagilah." Jawab aku.

"Tak pe. Kita tangguhkan dulu ye." Ujarnya memahami.

"Terima kasih, abang." Ucapku.

Abang Taufiq tersenyum. Kami masuk ke dalam rumah semula. Abi dan Walid memandang ke arah kami. Tetapi, pandangan walid lebih tajam.

"Kami nak tangguhkan dulu." Ujar Abang Taufiq.

Walid berdiri. Walid menuju ke arah Abang Taufiq. Walid menarik tangan Abang Taufiq. Abi pergi ke arahku.

"Tak pelah Tilda. Abi tak marah." Ujar abi apabila melihat air mataku mengalir.

"Terima kasih, abi." Ucap aku.

Abi tersenyum. Aku gembira melihat abi tersenyum. Fikirku abi akan marah. Telefonku berdering. Abi pergi meninggalkanku.

"Assalammualaikum." Aku memberi salam berbisik.

"Datang rumah aku. Kita culik Feeza." Ujar Danish Al Quzair.

"Okay." Akur aku.

Aku mandi nak mengenakan pakaian yang menutup aurat. Jujur aku kata aku tak de baju selain tu. Dalam almari aku penuh baju jubah, tudung labuh, selendang, bawal bidang 60 dan purdah serta niqab. Itu je.

Aku meminta izin abi untuk keluar rumah. Abi mengizinkan. Aku tiba di rumah Danish Al Quzair.

"Danish..." Panggil aku.

"Jom kita gerak." Ujarnya.

Kami tiba di satu rumah yang sangat cantik dan agak besar. Seolah rumah orang kaya. Rumah yang ada dua tingkat.

"Kau betul ke ni rumah Feeza? Setahu aku Feeza tak kaya. Family dia biasa je." Ujar aku tidak percaya apa yang aku lihat.

"Betullah. Rumah ni Fiq yang bagi." Kata Danish Al Quzair.

Kami memasuki rumah Feeza. Aku menunggu di luar. Manakala Danish Al Quzair, masuk ke dalam rumah.

Lima belas minit kemudian, Danish Al Quzair keluar. Hafeezah menjerit minta dilepaskan.

"Lepaskan akulah!" Jerit Hafeezah.

"Jangan harap." Ujar Danish Al Quzair.

Sampai di rumah, kami mengurung Hafeezah di satu bilik. Hafeezah diikat di kerusi.

Hari demi hari berlalu. Bulan demi bulan berlalu. Pelbagai berita tentang Hafeezah hilang. Aku takut. Danish Al Quzair masih tenang. Sudah empat bulan aku tak balik. Abi selalu call aku. Aku ambil keputusan nak pulang.
Ketika aku keluar rumah, Danish Al Quzair di hadapan ku.

"Kau nak pergi mana?" Soal Danish Al Quzair.

"Aku nak balik." Ujar aku takut- takut.

Danish Al Quzair menarik tudungku. Dia menarik tudungku lalu menampar aku berulang kali.

"Tolonglah bagi aku balik. Kau dah dapat Feeza kan.. Aku dah buat apa yang kau nak." Ujar aku.

Danish Al Quzair menolak aku ke tepi. Dia mendekati aku. Aku kebelakang. Aku meraba-raba belakang aku. Aku menemui sesuatu. Ye, sesuatu. Dan itu adalah pisau. Aku berdiri. Danish Al Quzair menolak aku ke dinding. Dia menghantukkan kepalaku. Darah mengalir keluar dari tudung sarung labuh aku. Dia tersenyum sinis. Aku menusukkan pisau ke perutnya. Tapi tidaklah dalam. Danish Al Quzair jatuh. Aku memegang kepalaku. Aku ketakutan.

"Tak. Bukan aku yang buat. Aku tak bunuh dia." Ujar aku.
Aku memasuki bilik Hafeezah apabila mendengar suara seseorang.

"Tilda, apa dah jadi dengan kau?" Soal Hafeezah.

"Berapa kali aku kata! Jangan panggil aku Tilda! Panggil aku El!" Marah aku.

"El, lepaskan aku. Dah lama aku tak baring kat atas tilam." Rayu Hafeezah.

"Memang taklah!" Kataku.

Aku menutup pintu bilik Hafeezah.
Aku menangis. Aku mengambil telefon Danish Al Quzair. Aku menelefon ambulance.

Hampir seminggu aku di hospital. Ku syukur luka Danish Al Quzair tak dalam. Aku pulang ke rumah bersama Danish Al Quzair.

"Kau tak payah nak tolong akulah." Ujarnya perlahan.

Aku tetap hendak membantu. Tanganku di tepis. Aku menangis. Aku memasuki bilikku. Aku menangis. Menangis dan menangis.

Pintu aku dikuak. Aku terkejut.

######

Sambungan nantilah ye. Nak kumpul idea dulu. Apa pun support dulu. Tekan bintang and komen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience