Bab 9

Family Completed 1393

Aku menghubungi Martilda berulang kali. Abinya sudah terlentang sakit.

"Taufiq.. dapat tak call Tilda. Dah empat bulan Tilda tak balik rumah." Kata abi.

Aku kasihan akan tubuh tua yang sedang berbaring di sini. Menanti Sang anak yang sudah lama tidak ada khabar berita.

"Suf, tak payah kau fikir pasal anak kau tu. Aku ni ada untuk kau. Aku, Isha dengan Taufiq ni boleh jaga kau." Ujar Walid.

Aku yang memerhati di luar bilik itu menangis. Aku terduduk di situ.

"Bukannya Tilda tak nak jumpa abi tapi Tilda tak boleh abi. Tilda janji satu hari nanti Tilda akan balik jumpa abi. Tilda janji." Ujar aku.

Tanpa aku sedar, seseorang membuka pintu bilik untuk keluar. Ternyata itu Abang Taufiq. Abang Taufiq menegurku.

"Tilda?" Tegur Abang Taufiq.

Aku cuba melarikan diri. Abang Taufiq menarikku.

"Tilda, jumpalah abi. Walaupun dalam keadaan Tilda yang tidak menutup aurat ni. Inshaallah abi tetap maafkan Tilda." Ujar Abang Taufiq.

Aku membuntuti Abang Taufiq masuk. Abi tersenyum melihatku. Manakala Walid memandang tajam ke arahku. Walidah pula hanya menitiskan air mata melihat kami.
Aku memeluk abi.

"Tilda...abi rindukan Tilda. Setiap hari abi menanti kepulangan Tilda. Tilda satu-satunya harta yang paling berharga di dunia ni yang abi ada." Ujar abi.

"Abi.. abi tunggu Tilda balik ye." Kataku.

"Abi janji akan tunggu Tilda hingga akhir hayat abi dengan izin Allah." Ujar abi.

Aku meluangkan waktu bersama abi. Aku gembira kerana masih dapat melihat wajah abi.

Keesokan paginya, aku pulang ke rumah. Aku mengurung diriku di dalam bilik. Aku menangis, mengamuk dan meluahkan apa yang aku rasa. Aku membawa pisau masuk ke dalam bilik Hafeezah. Hafeezah terbangun dari tidurnya yang lena.

"El, apa yang kau nak buat ni?" Soal Hafeezah.

"Kau rampas segalanya dari aku! Kau rampas Rafiq! Kau rampas Danish! Kau rampas masa depan aku! Kau kawan yang tak guna!" Marah aku.

Aku mencalarkan tapak tangan di sebelah kiri Hafeezah. Hafeezah mengerang kesakitan. Dia menangis .

"Ni adalah balasan untuk apa yang kau dah buat kat aku." Ujar aku.

Lalu aku menoreh tapak tangan di sebelah kanan Hafeezah. Hafeezah memejam matanya menahan sakit.
Aku menjilat darah yang berada di pisau itu.

Aku meninggalkan Hafeezah sendiri. Aku tersenyum puas. Aku mecampakkan pisau itu setelah sedar kesilapan aku. Aku menangis dan ketakutan. Aku mengurung diri di dalam bilik.

Hari demi hari berlalu. Danish Al Quzair dibenarkan pulang ke rumah. Dia terus menemui Hafeezah. Darah kering di tangan Hafeezah menjadi tanda tanya. Danish Al Quzair menarik rambutku hingga ke bilik Hafeezah. Dia memukul aku. Hafeezah cuba menghalang tetapi Danish Al Quzair tetap memukulku.
Danish Al Quzair membiarkan aku menahan sakit. Manakala dia membalut kedua-dua tangan Hafeezah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Okey, author akan sambung esok atau lusa. Inshaallah cerita ni akan disiapkan cepat kerana author ada periksa minggu depan. Anything support dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience