Keesokan harinya, aku pergi ke kolej seperti kebiasaan. Aku ke kolej agak lewat. Seharusnya aku perlu sampai jam 9 pagi. Maka aku ada 30 minit lagi untuk ulang kaji di kolej. Malangnya, aku tiba pada jam 10 pagi.
Aku terbangun lewat. Ini kerana selepas solat subuh aku tertidur. Seharusnya aku membaca Al-Quran.
"Tilda, kenapa lambat? Awak tahu kan kita ada quiz hari ni?" Soal Soal Madam Lani.
"Ye, saya tahu. Maafkan saya kerana lambat." Pinta aku.
"Okay, tak pe. Saya izinkan awak masuk kelas saya. Dengan syarat awak setuju untuk tidak ulangi kesalahan awak lagi." Ujar Madam Lani.
"Macam mana dengan markah?" Soal aku.
"Markah terpaksa ditolaklah." Katanya.
"Boleh tak kalau saya nak tebus balik markah saya?" Soal aku lagi.
"Lepas habis kelas jumpa saya." Ujarnya tanpa menjawab soalan aku.
Selepas habis sahaja kelas, aku terus ke bilik Madam Lani. Aku mengetuk pintu lalu menunggu sehingga diarah masuk. Aku agak kepenatan. Kelas Madam Lani yang terlalu lama iaitu 3 jam. Akan tetapi kerana aku lambat setengah jam tidaklah terlalu penat. Akan tetapi agak kelam kabut.
"Okay. Memandangkan awak tak nak markah awak ditolak. Saya nak awak buat lima assignment dan hantar pada saya dalam masa dua hari." Ujar Madam Lani.
"Hah?" Aku tergamam.
"Dan lagi satu. Dua hari tu maksudnya hari ni dan esok. Bukan lusa ye." Katanya lagi.
Aku menelan air liur. Tetapi tidak kelihatan kerana aku memakai tudung labuh dan juga berniqab. Aku pulang tepat jam 1:15 tengah hari.
Aku pulang dengan hampa. Rasa mahu menangis. Aku memberi salam dan memasuki rumah. Aku menyalami tangan abi, Mak Ngah, Pak Ngah yang berada di rumahku.
"Mak Ngah, Pak Ngah, Tilda masuk bilik dulu ye. Tilda nak mandi dan solat." Ujar aku.
Aku memasuki bilik. Aku bergegas mandi dan solat. Seusai mandi dan solat, aku menuruni anak tangga. Aku duduk di sebelah abi.
"Tilda sebenarnya Mak Ngah dan Pak Ngah ada hajat datang ke sini." Beritahu Mak Ngah.
Abang Taufiq mencuit bahu Abang Taufiq. Dia berbisik sesuatu.
"Tilda ikut abang sekejap. Kita berbual di luar." Ajak Abang Taufiq.
Aku mengangguk. Aku membuntuti Abang Taufiq keluar rumahku.
"Tilda, abang ke sini ada hajat. Abang nak melamar Tilda menjadi isteri abang." Beritahu Abang Taufiq.
"Tapi, Tilda belum habis belajar. Ada sebulan lagi jangka masa Tilda sebelum habis belajar." Aku memberi alasan.
"Abang boleh tunggu. Dengan syarat kita kena ada ikatan." Ujar Abang Taufiq.
"Maksud abang?" Soal aku.
"Kita tunang?" Cadang Abang Taufiq.
"Okey, tapi abang tak boleh selalu chat atau jumpa Tilda." Aku juga memberi syarat.
Abang Taufiq bersetuju. Kami memasuki rumahku.
"Walid, walidah dan abi, kami sudah membuat keputusan. Kami nak bertunang dulu." Abang Taufiq memberitahu keputusan kami.
For you guys information, walidah itu panggilan untuk ibu dalam bahasa Arab selain ummi.
"Alhamdulillah." Ucap ketiga orang tua kami.
Aku duduk kembali di sebelah abi. Mak Ngah menyarungkan sebentuk cincin di jari manis tangan kiriku. Aku menyalami tangan Mak Ngah. Mak Ngah memeluk aku.
"Alhamdulillah. Memandangkan Taufiq bakal imam Tilda. Taufiq layak melihat wajah Tilda. Sebelum itu ingatlah nama ni. Brianna Martilda binti Yusuf." Ujar abi.
Abang Taufiq dan keluarganya tersenyum.Aku meneguk air liur. Perasaan gugup menerpa diriku.
"Tilda, bukalah purdah. Tunjukan wajah Tilda." Kata abi lembut.
Perlahan-lahan aku membuka purdah. Aku menundukkan pandangan aku. Abang Taufiq seolah terpukau. Dan senyumannya semakin lebar.
"Mashaallah." Satu ungkapan dari Abang Taufiq.
Mak Ngah dan Pak Ngah tersenyum.
Tibalah waktu untuk Abang Taufiq pulang. Aku masih tiada perasaan.
"Tilda, Abang Taufiq ada kata dia terpegun melihat wajah Tilda.. Dia terpegun melihat kecantikan yang dianugerahkan dari Allah untuk Tilda. Dia kata dia suka lihat mata Tilda yang bulat dan berwarna coklat terang. Dia suka lihat hidung mancung Tilda. Dia kata beruntungnya dia jika memiliki Tilda." Ujar abi ketika kami memasuki rumah selepas Abang Taufiq pulang.
Aku tundukkan pandangan. Aku agak tertekan.
'Kalau aku ni cantik. Kenapa Fiq tak sukakan aku? Atau sebab aku tak pernah tunjukan wajah aku yang sebenar?' Detik hati aku.
..BERSAMBUNG..
Share this novel