Bab 10

Family Completed 1393

Aku hanya mampu melihat. Aku tak boleh hendak melawan. Aku hanya memerhati. Mungkin aku tiada jodoh dengan Danish Al Quzair mahupun dengan Megat Rafiq. Aku akan cuba redha Ya Allah. Mungkin jodoh aku dengan Abang Taufiq.

"Danish... jujur dengan aku.." Kataku.

Danish Al Quzair memandang ke arah aku. Begitu juga dengan Hafeezah.

"Kau anggap aku ni sebagai apa?" Soal aku.

"Aku anggap kau sebagai adik aku." Jawab Danish Al Quzair.

"Kau kejam! Kau tipu! Kau kata kau akan tolong aku dapatkan Fiq! Tapi, kenyataannya aku je yang tolong kau! Kau seolah cipta neraka untuk kami! Bukan hanya untuk Hafeezah. Tapi, aku!" Kata aku.

Danish Al Quzair berdiri.

"Kau takkan faham apa yang aku lalui! Aku buat semua ni untuk elak kau lalui apa yang aku lalui! Kau cuba fikir! Kalaulah aku benarkan kau jumpa Fiq! Mungkin dia akan syak yang kai berkomplot dengan aku untuk culik Feeza! Kau sedar tak yang aku cuba lindungi kau!" Ujar Danish Al Quzair.

"Lindung? Kau tak pernah lindung aku. Tapi, aku yang macam lindung kau. Aku try untuk nampak yang kau tak salah. Aku try jadikan Fiq keliru. Kau tak tahu apa yang aku cuba buat. Kau hanya fikir diri kau. Kau tak fikir langsung pasal aku." Kata aku.

Aku mengalir air mata. Aku kesal kerana ikut segala yang Danish Al Quzair kata. Abi maafkan Tilda.

"Tilda...." Panggilnya lembut.

Dia mendekati aku. Dia hendak mengusap rambutku. Aku menepis tangannya.

"Danish.. aku sayangkan kau. Tapi, ini yang kau balas. Apa salah aku? Aku sanggup free hair untuk kau. Aku sanggup tunjuk wajah aku yang sebenar kat kau. Sedangkan abi aku melarang aku tunjuk wajah aku pada lelaki lain kecuali bakal suami aku." Kataku.

Aku berdiri.

"Danish, cukuplah seksa aku. Cukuplah seksa Hafeezah. Aku menyesal dengan apa yang aku dah buat." Ujar aku.

Danish Al Quzair berdiri. Dia mencekik aku. Dia menghantukkan kepalaku. Ye, sekali lagi hingga berdarah.

"Kau menyesal? Dah terlambat Tilda." Katanya lalu tersenyum sinis.

Aku menolaknya hingga jatuh. Aku bersyukur Allah beri aku satu kekuatan. Aku lari dan memasuki bilik.

::::::::::::::

Setahun berlalu, aku kini kembali menutup aurat. Danish Al Quzair tidak marah mahupun membakar pakaian muslimah aku. Aku telahpun berbaik dengan Hafeezah. Hari ini adalah hari perkahwinan Hafeezah. Dan seharusnya majlis itu berlangsung. Hafeezah meminta izin untuk menghantarnya pulang. Aku membawa dia pulang dengan selamat.

Aku pulang ke rumah kembali. Aku terkejut melihat Danish Al Quzair di hadapan pintu memegang kayu. Dia menarik aku masuk ke dalam rumah. Dia memukul aku dengan kejam.

"Mana kau bawak lari Feeza?! Aku suruh kau jaga dia! Bukan bawak dia lari!" Marah Danish Al Quzair.

Aku menangis. Tetapi sedikit pun aku tidak kesal menghantar Hafeezah pulang. Aku sanggup dipukul.

Malam berganti malam. Hari berganti hari. Dan bulan berganti bulan. Allah memakbulkan doa aku. Anggota polis datang ke rumah Danish Al Quzair.

Tuk!Tuk! Ketukan pintu bertalu. Aku membuka pintu.

"Assalammualaikum. Kat sini ada yang bernama Danish Al Quzair bin Sein?" Soal anggota polis.

Aku terkejut. Aku mula ketakutan.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Okey, Alhamdulillah. Dah siap bab 10. Bab 11 dan 12, Inshaallah esok ye. Tolong support. Tolong tekan bintang dan komen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience