BAB 7

Drama Completed 443

Aku hanya memandang Farish yang kini berada di hadapanku. Dia juga begitu dan aku hanya menundukkan wajah.

‘Ee… Naim ni, jantung aku macam nak tercabut dia boleh je tersenyum memanjang. Tau la muka tu handsome. Yang Farish ni pulak dari tadi asyik dok perhati aku je, ada apa-papa yang tak kena ke.’ Aku jadi resah dengan pandangan Farish.

“Farish…” makcik Diana bersuara lalu Farish membaca doa sebelum makan.

Aku memandang ke arahnya. Sedap jugak suara dia walaupun baca doa makan je. aku beralih pula pada Naim. Naim seperti senyum mengejek padaku. Aku hanya menggeleng kepala.

“Kenapa Ariana” alamak makcik Diana perasan aku menggeleng ke.

“Err… tak… tak ada apa-apa” ku rasakan pipiku panas. Alamak strawberi tumbuh lagi lah ni. Naim punya pasal lah ni. Aku hanya mampu tersenyum. Farish pula diam seribu bahasa.

Kami pun menikmati hidangan yang tersedia dengan cerita lucu Naim.

Aku hanya mampu tersenyum, sesekali aku mencari wajah Farish. Dia juga begitu memandang ke arahku. Hatiku tetiba terusik, hishh… takkan kau tangkap cintan dengan Farish pulak Ari oi.

Kami pun duduk santai setelah menikmati makan malam.

Makcik Diana terus merapati aku dengan bunga Carnation yang layu di simpanannya.

“Nak tau tak Ariana, bukan makcik saja yang simpan bunga carnation yang kamu berikan pada makcik. Tapi… Farish pun sama” aku terkejut dengan kata-kata Makcik Diana.

“Mama…” kata Farish

Aku mencari wajah Farish. Farish juga begitu.

“Sebab tu lah makcik pun buat macam yang Farish buat. Kira copy la ni” makcik Diana dan Naim hanya tersenyum.

Aku diam seribu bahasa, begitu juga dengan Farish.

Aku meminta diri untuk pulang kerana takut lewat sampai ke rumah.

“Terima kasih makcik untuk makan malam hari ni. sedap masakan makcik”

“Sama-sama. Ariana balik hati-hati ya. Tak pun biar Farish ekot Ariana, teman Ariana balik. Lagipun dah lewat ni” aku hanya tersenyum dan memandang ke arah Farish. Tak mungkin lah Farish setuju, mamat kerek ni lain macam sikit dengan aku.

“Tak apalah makcik saya boleh balik sendiri. Susah pulak nanti kena patah balik lagi kan” aku menolak cadangan makcik Diana sebab aku tau
Farish tentu tak suka.

“Tak apalah kalau macam tu biar saya ikut awak” kata Naim. Aku hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience