BAB 5

Drama Completed 443

Sejak kejadian di wad Farish, aku mula termenung. Haiqal sering menegur sikapku yang mula berubah. Katanya aku dilamun cinta. Aku memerhatikan bunga Carnation di hadapanku, segera wajah Farish muncul. Entah macam manalah keadaan dia sekarang, yang aku tahu sudah seminggu dia keluar wad. Itupun info daripada makcik Diana.

“Hai…” sapa Naim.

“Eh… awak Naim. Awak tak ada flight ke?” hairan aku, bukankah pilot ni busy memanjang ke.

“Tak ada pun. Jasmine, temankan saya lunch hari ni” aku hanya menggangguk.

Kami makan di restoran Aura, baru hari ni ku jejakkan lagi kakiku untuk makan di sini. Kalau tak kerana Naim yang mahu makan di sini, tak ada lah aku datang. Teringat peristiwa mamat kerek tu la, siapa lagi kalau bukan Farish.

“Jasmine… awak dah berpunya ke” soalan Naim membuatkan ku hampir tercekik. Segera aku menghirup air. Naim hanya tersenyum.

“Siapa la nak dekat saya ni awak. Kerja kat kedai bunga je. Nak katakan cantik, tak ada pulak. Tapi manis tu ada tau” aku tersengih dengan kata-kataku sendiri, masuk bakul angkat sendiri lah pulak.

Naim turut tersenyum.

“Kalau ada orang yang sukakan awak macam mana?” aku hanya memandang ke arah Naim. Alamak soalan apa ni.

“Err… saya nak tanya dia. Apa yang dia nampak pada saya sehingga dia boleh tangkap cintan dengan saya. Macam tu lah kot” aku terus menghirup air.

Naim hanya memandang ke arahku, membuatkan aku berasa tak selesa. Adoi… nak kena cocok biji mata ke tenung aku sampai macam tu Naim.

“Jasmine… kalau saya orang tu” badanku terus tegak. Betul ke apa yang aku dengar, ke pendengaran aku bermasalah.

“Awak ni, main-main pulak” aku memandang sekeliling untuk
menghilangkan rasa gugupku.

Naim ketawa kecil. “Saya tak main-main Jasmine, saya serius dengan kata-kata saya. Dan saya…”.

“Jangan Naim… lagipun saya ni tak layak untuk awak. Ramai lagi perempuan yang baik-baik kat luar sana yang sesuai dengan awak. Saya tak nak nanti…”

“ Awak takut di gelar perempuan yang gilakan orang berduit macam tu” aku hanya terdiam.

“Saya dah dengar apa yang awak dan Farish bualkan masa kat wad hari tu. Mama Diana pun dengar, maaflah atas kata-kata Farish pada awak” makcik Diana dengar, agak-agak keterlaluan tak kata-kata aku tu.

“Jasmine… awak nak tau. Bunga Carnation yang awak bagi pada Farish masa di wad dulu masih ada sampai sekarang” aku blur mendengar kata-kata Naim.

“Maksud awak?” takkan la Farish simpan kot bunga Carnation tu, mati hidup balik takkan terjadi punya. Setakat bunga je apa lah erti pada dia, takkan makcik Diana kot.

“Tak ada apa-apa. Awak tak tahu ke keadaan Farish sekarang macam mana?” Naim memandang raut wajah Jasmine. Ada sinar di mata itu, tapi sukar untuk mentafsirkannya.

“Kenapa dengan Farish. Dia sakit lagi ke? makcik Diana tak telefon saya bagi tau apa-apa pun tentang kesihatan Farish” laju sahaja kata-kataku. Entah kenapa hatiku terusik dengan kata-kata Naim.

Naim hanya tersenyum memandangku. Alamak, apasal la aku ni pun kalut sangat. Aku hanya memandang bawah menghilangkan rasa maluku.

“Dia baik-baik saja. Awak jangan ambik hati dengan kelakuan Farish tu. Walapun dia nampak macam yang awak nampak sekarang ni, sebenarnya tak sama dengan watak dia yang sebenar. Mungkin awak akan faham dengan maksud saya nanti”

Boleh percaya ke kata-kata Naim ni. Mana taknya, sakit telinga aku time berhadapan dengan dia. Tak habis-habis dok sindir aku. Hai Farish… tak faham la aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience