BAB 3

Drama Completed 443

Aku melihat jam di dinding, tepat pukul 8.00 malam. “Jap lagi diorang balik, tak sabarnya” aku ketawa kecil. Kedengaran bunyi enjin kereta berhenti di depan rumah.

“Assalamualaikum… Ari.. o.. Ari” mukadimah daripada si Leya dan Yana. Aku segera membuka pintu dan terpamerlah wajah kemanisan mereka. “Waalaikumussalam… meh masuk. Jenuh aku tunggu korang balik tau. Naik sejuk dah” aku hanya tersenyum. ‘Hehe.. menyengih la korang sekarang’ omelku di dalam hati.

Kami pun berlalu ke dapur. “Wow… sedapnya bau Ari. Kau masak apa hari ni?” tanya Yana. Aku pun terus membuka tudung saji. “Taraa… inilah menu aku hari ni. Ikan kembung goreng bersama sayur-sayuran dan sambal belacan” aku hanya tersengih melihat perubahan muka Yana, paling mengharukan muka Leya. Maklum lah dia ni anti sayur sikit.

“Kurang asam keping kau Ari, nak kenakan aku lah tu” kata Leya dengan wajah yang kelat.

“Ala… korang jugak yang suruh aku masak. Aku tak tau nak masak apa tadi, tu yang aku masak ni je. Leya… kau cuba try kacang botor dengan sambal belacan ni. Fuhh…, pasti terangkat” kataku menyakinkan Leya sambil mencedokkan untuknya. Yana hanya tersengih.

“Ok la.., demi kau Ari. We all rela makan masakan kau ni walaupun setelah makan kami akan keracunan” sampuk Yana sambil ketawa begitu juga dengan Leya. Kurang bertapis betul Yana ni. Aku menjeling tajam.

“Dah… jom makan. Perut aku dah berdondang sayang ni” lalu ku cedokkan nasi untuk mereka. Kami makan bersama tanpa berbual seperti biasa malam tu. Pelik.

*****

Aku berhenti di hadapan kedai merangkap tempat kerja aku sendiri, Mentari Suria. Bak kata Leya, tak ada kerja lain ke selain kedai bunga. Aku sendiri minat nak buat macam mana kan. “Mulakan harimu dengan senyuman Ari” aku memberi kata semangat untuk diriku sendiri.

“Hai Ari… wahh… banyak pelanggan lah datang nanti tengok senyuman maut kau tu” aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Haiqal merangkap rakan sekerjaku. “Ala… kita pun dapatlah bonus lebih kalau pelanggan ramai. Kau pun boleh belanja aku makan kan” aku tergelak melihat muka cemberut Haiqal.

Aku segera menolong Haiqal menyusun bunga-bunga yang baru sampai.

“Haiqal… bos tak sampai lagi ke?” kataku lalu memandang Haiqal yang kelihatan sibuk menyusun atur pelbagai bunga di tempat yang di khaskan.

Aku kagum dengan Haiqal kerana apa sahaja gubahan yang dia buat pasti sahaja menarik perhatian. Boleh dikatakan sifu aku lah ni.

“En. Lokman masuk lambat hari ni. Petang nanti baru dia masuk.
Eh…, jap lagi aku nak keluar pergi hantar bunga ni. Lunch nanti baru aku balik. Kau ok kan sorang-sorang, Sofea cuti hari ni, ada hal katanya. Kau nak kirim tak?” aku hanya memandang sayu pada Haiqal. Haiqal merenung tajam ke arahku.

“Kau jangan risau la, kita lunch sama-sama macam biasa” aku hanya tersenyum dan tergelak kecil. “Tak apa lah. Nanti kau rushing pulak,
aku makan kat tempat biasa aku makan tu erk” Haiqal hanya menggeleng kepala sahaja.

Aku berjalan menuju ke Restoran Aura. Aku melihat ramai pelanggan menikmati selera mereka di sini. “Kalau hari-hari makan kat sini boleh kopak aku. Adoi… tak ada tempat kosong ke” aku memanjangkan leher melihat tempat kosong yang ada tetapi hampa. Baru kira-kira aku ingin berlalu, terserempak pula dengan makcik Diana.

“Kamu Ariana… ” terus makcik Diana memelukku dan aku menyalaminya. Teringat mama pulak. Adeshh… “Makcik Diana sihat. Makcik datang
dengan siapa ni” mataku melilau mencari seseorang.

“Dengan Farish anak makcik. Ariana pun nak lunch ke?” makcik Diana memegang tanganku. “Haa.. ermm.. a’ah, tapi penuh pulak makcik. Tak ada yang kosong” tergagap aku mahu menjawab, nak kelentong tapi keluar lain pulak. Hatiku rasa tak sedap pulak.

“Mama… jom la. Farish dah lapar ni” aku memandang ke arah Farish, dia juga begitu. Aku hanya tersenyum, dia memandang ke arah lain. Sombong betul la, geramnya aku.

“Marilah Ariana kita makan sekali” aku hanya tersenyum tetapi pandangan Farish membuatkan aku rasa tak selesa. “Tak apalah makcik mungkin lain kali je” Farish tersenyum sinis.

“Dah la mama. Buat apa nak tunggu dia, Farish dah lapar ni jom la” aku sepak jugak mamat ni kang.
Makcik Diana memandang tepat ke arah Farish. Tanda kurang senang dengan perilaku anaknya itu.

“Saya pergi dulu lah makcik. Assalamualaikum” aku segera bersalaman dan berlalu pergi.

“Tak baik tau Farish buat macam tu kat dia. Tak semua perangai perempuan sama” kata makcik Diana geram melihat perangai anaknya itu tak pernah berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience