BAB 4

Drama Completed 443

Aku memandang wajah yang kini berada dihadapanku, alamak kantoi sudah. Apa pulak mamat ni buat kat sini.

“Tak sangka dapat jumpa awak kat sini Jasmine” kata Naim tersenyum. Aku turut tersenyum sama. Dalam hati hanya irama rock, hindustan semuanya ada.

“Awak sihat Naim? Siapa yang sakit?” kataku setelah siap mengubah beberapa jenis buah-buahan. Makcik Diana ke? hatiku berdetik.

“Farish… dia excident kelmarin. Mama Diana tak beritahu awak ke?” Naim merenung ke arahku. Aku turut begitu dan menggelengkan kepala.

“Mungkin dia terlupa, maklum la anak kesayangan” aku hanya mendiamkan diri lalu handphone Naim berbunyi.

Naim hanya tersenyum dan menjawab panggilan tersebut.

Aku hanya memerhatikannya. “Siapa tu Ari?” tanya Haiqal. “Kawan aku” balasku pendek. Haiqal merenung ke arahku. “Haa… jangan nak tenung-tenung aku ye. Dia bukan kekasih aku ok” pantas aku bersuara.

“Mungkin boleh terjadi jugak” aku memandang ke arah Naim, dia hanya tersenyum. Haiqal tersengih menyebabkan aku bertambah malu. ‘Kurang santan lemak cili padi betul la, adoi… malu aku. Naim ni pun satu.’ omelku.

“Jasmine… awak free tak sekarang. Jom ikut saya sekali jenguk Farish, Mama Diana tunggu awak dekat sana” soal Naim menyebabkan aku rasa serba salah. “Tapi awak…” Haiqal menyampuk sebelum sempat aku menghabiskan kata-kata.

“Tak apa Ari… kau pergilah. Lagipun tak busy sangat sekarang. Aku boleh jaga” aku hanya memandang ke arah Haiqal, Haiqal hanya tersenyum.

Aku pun membuntuti Naim walaupun perasaan aku tak menentu dan membawa beberapa kuntum bunga Carnation,bunga kesukaanku juga.

*****

Setelah sampai di wad aku melihat Farish sedang lena dan hatiku berasa lega. Makcik Diana terus memelukku dan segera aku menyalami Makcik Diana.

“Makcik ingatkan Ariana tak datang, maklumlah dengan kelakuan Farish pada Ariana dulu. Maafkan makcik ye” aku hanya tersenyum dan menggeleng. “Tak apalah makcik. Saya dah lupakan pun. Makcik sabar ya, insyaAllah Farish tak apa-apa” makcik Diana hanya tersenyum begitu juga dengan Naim.

“Naim… temankan mama pergi beli makanan. Ariana tunggu di sini sekejap ya” aku merasakan leherku seperti dijerut lalu ku pandang ke arah Naim. Naim juga seperti aku namun segera dia tersenyum. “Boleh je mama Diana. Jasmine awak tunggu sekejap ya. Jap lagi kami datang balik” aku hanya menganggukkan kepala. Mereka pun keluar meninggalkan aku sendirian dengan Farish.

Aku memerhatikan sekeliling wad, dengan rona yang mendamaikan pemandangan. Mata aku tertumpu pada bekas bunga di sebelah katil Farish, lalu segera aku melangkahkan kaki walaupun jantung aku berirama rock.

Lalu aku meletakkan bunga Carnation di dalam bekas bunga itu.

“Kau buat apa dekat sini?” aku hampir menjerit dengan sergahan Farish.

Aku segera mengurut dada. Adoi… aku pulak yang menggantikan tempat si Farish ni pulak.

“Saya datang tengok awak. Ermm… Naim yang bawak saya ke sini”
Farish merengus, nampak sangat tak suka dengan kehadiranku. Dia ingin mencapai gelas disebelahnya namun tidak dapat di capai.

Aku segera ingin menolongnya. “Aku boleh buat sendiri. Kau jangan
nak sibuk” aku mengecilkan mataku. Dah macam ni pun nak sombong lagi.

Aku terus mencapai cawan itu lalu ku tuangkan air dan ku hulurkan ke arahnya. Farish hanya memandangku menandakan dia tidak puas hati.

“Dalam keadaan macam ni pun awak masih lagi dengan perangai ego awak ni. Cuba awak ketepikan ego awak tu, hargai setiap orang di sekeliling awak yang cuba membantu awak” aku meletakkan semula cawan itu melihatkan Farish yang membatukan diri.

“Diri aku, suka hati lah aku nak ego ke apa ke. Kenapa kau pulak yang susah. Ke kau sengaja datang sini semata-mata nak berkepit dengan Naim. Perempuan semuanya sama, nampak lelaki berduit sikit mula lah datang gatalnya.” Faris memandang ke arahku, sukar untuk aku metafsirkan renungannya itu. Aku hanya istighfar di dalam hati, terkejut dengan apa yang di katakan oleh Farish. Sakit hati pun ada, rasa nak aku ganyang je mulutnya tu.

“Untuk pengetahuan awak Farish, saya tak hadap langsung dengan lelaki yang berduit ni. Selagi tulang temulang, tenaga saya semua ni tak di tarik oleh Allah, selagi tu saya cari duit dengan titik peluh saya sendiri. Saya tak perlu meraih kewangan dengan mudah seperti yang awak katakan tu” Farish hanya terdiam.

“Saya tau saya ni tak setaraf dengan orang yang high class macam awak ni. Tapi apa lah guna kalau golongan orang macam awak ni mempunyai ego dan kesombongan yang sangat tinggi. Bila-bila masa saja nikmat yang awak kecapi sekarang di tarik balik. Dan satu lagi jangan nak samakan saya dengan perempuan-perempuan seperti dalam pemikiran awak tu” entah kenapa hatiku sebak. Takkan lah kerana kata-kata dia aku rasa sedih. Farish pula hanya merenung ke arahku.

“Saya mintak maaf kalau kehadiran saya ni membuatkan awak tak selesa. Tiap kali kita berjumpa mesti ada je perkara yang tak kena. Saya datang pun kerana mama awak dan Naim dan bukannya kerana manusia ego macam awak ni. Apa-apa pun saya doakan awak cepat sembuh” aku mampu tersenyum lagi walaupun hatiku sakit dengan kata-kata Farish dan aku ingin berlalu dengan secepat mungkin. Tak sanggup nak menatap wajahnya lagi.

Naim dan makcik Diana pula muncul semula. “Makcik… maafkan saya. Saya balik dulu ya ada hal sikit. Makcik jaga kesihatan ya, insyaAllah ada masa kita berjumpa lagi” makcik Diana hanya tersenyum dan menggangguk tanpa sepatah kata. Aku segera menyalaminya dan terus beredar.

“Jasmine…” aku menoleh ke arah Naim. “Saya hantar awak balik” aku tersenyum dan menggeleng.

“Tak apalah Naim, saya balik sendiri. Awak temankan makcik Diana dan Farish ya. Assalamualaikum” kataku dan terus berlalu.

Farish hanya senyap tanpa suara setelah mendengar leteran mamanya.

“Farish… lepas Farish sihat nanti mama nak Farish jumpa Ariana mintak maaf dengan dia”

“Mintak maaf dengan minah sayur tu. Tak nak la mama, Farish tak buat salah apa pun” Farish memasamkan muka tanda protes.

Naim hanya tersenyum mendengar jawapan Farish dan hanya mampu menggelengkan kepala. “Jangan macam ni Farish, nanti kau sendiri yang sakit. Sakit hati kerana jatuh cinta dengan Jasmine” merah padam muka Farish mendengar kata-kata Naim.

“Minah sayur tu. Tolong sikit Naim, aku takkan jatuh hati dengan dia” Faris mencebikkan bibir.

Makcik Diana dan Naim hanya meggelengkan kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience