BAB 6

Drama Completed 443

Aku mengerdipkan mataku beberapa kali, seperti mimpi pulak melihat adegan yang berlaku di hadapanku. Betul ke Farish yang memimpin tangan wanita tua itu melintas jalan. Aku hanya tersenyum, berbeza dengan perangainya yang ego dan sombong setiap kali aku bertemu dengannya.

Farish hanya memerhatikan wanita tua itu berlalu, tak sedar kot yang aku berada beberapa langkah je di belakangnya. Aku hanya tersenyum melihat Farish pabila dia menoleh ke arahku. Aku perasan riak perubahan di wajahnya.

“Farish…” aku segera memanggilnya setelah melihat dia seakan ingin menjauhkan diri dariku.

“Kau nak apa?” dia memandang kearahku. Aku hanya mengetap bibir dan memeluk bunga Carnationku. Apa yang aku nak cakap kat dia, tu la gatal sangat panggil dia siapa suruh.

“Err… awak tolong bagi dekat mama awak eh?” ku hulurkan bunga
Carnationku kepadanya untuk menutup malu.

Farish memandangku pelik namun menyambut pemberianku. Aku seperti hilang kata dan memandang ke arahnya, dia juga begitu.

“Kirim salam kat mama awak ye. Cakap kat dia saya mintak maaf sebab saya terlalu sibuk tak dapat nak luangkan masa untuk berjumpa dengan mama awak” Farish hanya menggangguk.
Dia ni tadi ok je, sekarang lain pulak. Aku campak kat laut nanti kang.

“Ada apa-apa lagi ke” katanya serius.

“Tak ada apa-apa. Maaf susahkan awak dan terima kasih jugak. Saya pergi dulu la, Assalamualaikum” aku terus berlalu dan hanya tersenyum bila mengenangkan kata-kata Naim beberapa hari yang lalu. Benar kata Naim, Farish bukanlah Farish yang pernah aku jumpa sebelum ni. Mungkin ada sebab mengapa Farish berkasar denganku.

Farish hanya terdiam dan mengeluh. Jambangan bunga Carnation di perhatinya. Perasaan halus itu menusuk ke hatinya kembali. Sememangnya dia tidak menyukai perasaan aneh itu singgah di hatinya. Seboleh-bolehnya dia cuba untuk menghapuskan perasaan aneh itu, tetapi setiap kali dia bertentang mata dengan Jasmine perasaan aneh itu sukar untuk di buang.

*****

Aku mendapat undangan makan malam bersama makcik Diana. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu datang, tetapi ku turutkan juga bila mengenangkan makcik Diana yang selalu baik terhadapku.

Aku hanya mengenakan baju kurung cotton berbunga kecil berwarna turqoise dan tudung yang sedondon juga. Simple je, aku pun bukan jenis yang suka berdandan sangat.

Kedatanganku disambut dengan pelukan makcik Diana, aku turut membalas.

“Terima kasih Ariana, sudi datang rumah makcik” aku hanya tersenyum. Sungguh aku teruja melihat kediaman makcik Diana. Sangat-sangat indah banglo dua tingkat ini di hiasi dengan pelbagai bunga segar.

“Sama-sama makcik. Saya pun berterima kasih juga sebab makcik sudi jemput saya makan malam di rumah makcik. Cantik rumah makcik” aku hanya memerhatikan ruang tamu dan mataku tiba-tiba terhenti melihat sesuatu yang menarik perhatianku.

Mata aku tidak terlepas dari memandang frame yang tersimpan bunga Carnation yang telah pun layu yang telah ku berikan pada Farish.
Silap, bukan bunga Carnation Farish tetapi bunga Carnation yang telah ku titipkan pada Farsih untuk mamanya.

“Cantik bunga Carnation yang Ariana bagi pada makcik. Makcik suka sangat-sangat tu sampai makcik simpan sebab terlalu sayangkan pemberian daripada Ariana” aku hanya tersenyum, terharu kot. Hehe.

Makcik Diana memimpinku ke ruang tamunya. Kelihatan Naim berada di situ, hanya Farish tidak kelihatan. Hatiku tertanya-tanya mana la mamat poyo ni, benci sangat ke kat aku. Entah apa yang di bencinya pun aku tak tau.

“Boleh la Ariana bawakan makcik bunga segar hari-hari kan” aku memandang pelik wajah makcik Diana.

“Naim bagitau yang Ariana kerja dekat kedai bunga. Boleh la hari-hari makcik dapat bunga segar” makcik Diana tersenyum ke arahku. Aku pula mencari wajah Naim. Kurang asam jawa, di kantoikan juga aku si Naim ni.

Naim hanya tersenyum dan membuat isyarat peace. Aku menjeling tajam dan hanya mampu tersenyum pada makcik Diana.

“Haa… jom la makan. Naim… panggil Farish tu. Kalau tak di panggil mesti tak turun budak bertuah sorang tu” omel makcik Diana.

Aku hanya memandang Naim, hatiku rasa resah tak menentu.

“Awak jangan risau, dia tak makan awak” Naim tersenyum lalu mendaki ke tingkat atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience