BAB 8

Drama Completed 443

“Terima kasih Farish. Susahkan awak je hantar saya sampai rumah pulak” terkejut jugak aku sebab Farish yang temankan aku balik. Mamat kerek yang hantar mana tak terkejutnya.

Farish hanya terdiam, aku pun tak de topik lagi nak berbual dengannya.

“Saya masuk dululah. Awak balik hati-hati ye dan…” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku Farish memotong.

“Saya minta maaf Jasmine” aku memandang Farish terkejut dengan apa yang aku dengar. Biar betul Farish yang bercakap ni.

“Saya minta maaf sebab saya selalu sakitkan hati awak, bukan saya bencikan awak Jasmine. Lagipun awak dah tau pasal bunga Carnation awak yang saya simpan tu kan. Sebenarnya saya…” alamak, suspen. Takkan lah Farish ni… oh tidak. Control Ari, buat biasa je.

“Sebenarnya saya jatuh cinta pada awak Nur Ariana Jasmine. Err… masa saya dalam wad hari tu” Farish tergagap-gagap dengan kata-katanya.

Aku tersenyum dan tergelak kecil.

“Kenapa awak gelak, kelakar sangat ke Jasmine” kata Farish serius semula.

Alamak… aku ketawa bukan sebabkan dia. Tapi aku sendiri pun jatuh cinta kat mamat poyo ni.

“Saya bukan ketawa pasal awak, pasal saya sendiri”

Farish pelik dan hanya menggeleng lalu segera membuka pintu belakang penumpang dan mengambil sejambak bunga Carnation. Terbeliak mataku.

“Saya tau bunga Carnation ni bunga favourite awak kan. Nur Ariana Jasmine… sudikah awak menjadi suri di hati saya. Menjadi isteri saya untuk selamanya?” Farish menghulurkan jambangan itu padaku.

Aku diam seribu bahasa, tak tahu apa nak di katakan. Suka, marah, sedih, bahagia, malu semuanya bergabung. Yang pasti aku tidak akan pengsan.

Namun ada mata-mata yang menyaksikan adegan mereka berdua tanpa mereka sedari. Dan mata-mata itu hanya tersenyum sahaja melihat adegan di hadapan mereka.

“Mesti awak tak suka dengan cara saya kan. Terlalu cepat sangat sampai saya sendiri pun tak duga dengan perbuatan saya sendiri. Tapi kerana bunga ni jugalah yang membuatkan saya selalu terfikir pasal awak” aku hanya membiarkan Farish menghabiskan kata-katanya.

“Selama ni saya dok fikir, kenapalah Naim dan mama saya suka sangat bercerita pasal awak. Masa kat wad dulu baru saya sedar yang awak ni memang istimewa. Kata-kata awak pun boleh tahan jugalah. Tapi saya tak tipu dengan perasaan saya ni Jasmine. Saya betul-betul cintakan awak dan saya nak jadikan awak sebagai isteri saya” Farish menarik nafas lega setelah apa yang terbuku di hatinya telah terluah.

Aku hanya memandang ke arah Farish lalu menyambut jambangan bunga Carnation kesukaanku itu. Farish hanya tersenyum.

“Saya pun tak sangka yang saya boleh jatuh hati dengan mamat poyo macam awak Farish” kataku tersenyum, padahal ku tahan airmata ni. Pantang dengar ayat-ayat manis sikit. Mulalah nak berguguran airmata ni.

“Mamat poyo? Awak cakap saya mamat poyo” aku hanya menggangguk. Mula dah perangai kereknya keluar.

“Minah Sayur… Awak ingat awak sorang je boleh gelar saya mcam tu. Awak pun ada lah minah Sayur” balas Farish.

Aku membulatkan mataku. Minah Sayur, kurang asam.

“Alamak mama Diana kenapa pulak tu. Tadi bukan main lagi sweetnya, ni macam nak bergaduh pulak. Jom mama Diana” rupa-rupanya Naim dan Makcik Dianalah mata-mata yang memerhatikan mereka dari tadi. Mereka pun keluar dari celah-celah kereta dan terus pergi ke arah aku dan Farish.

Terkejut aku melihat Naim dan makcik Diana begitu juga dengan Farish.

“Mama apa yang mama buat kat sini. Naim… kau ikut aku ke?” tanya Farish membuatkan Naim dan Makcik Diana hanya mampu tersenyum.

“Mama nak tengok anak mama ni, takkan tak boleh. Betul tak Naim?” makcik Diana segera merapatiku dan memelukku.

“Terima kasih Ariana, makcik gembira sangat” ucap makcik Diana lalu ku peluk tubuh wanita dihadapanku. Aku memandang ke arah Naim. Naim tersenyum begitu juga denganku.

“Farish… kau ingat tak kata-kata kau masa di hospital dulu” Farish mengerutkan dahi, mana mungkin dia lupa setiap apa yang dia katakan.

“Aku tak lupa lah. Yang penting Nur Ariana Jasmine sudi nak terima aku sebagai suami untuk sepanjang hayat”

Aku hanya mampu tersenyum dan mengucapkan rasa syukur. Dan aku sendiri tak sangka juga yang Farish a.k.a mamat poyo ni akan jadi bakal pemimpinku dan anak-anakku kelak nanti. Namun yang pasti aku akan bahagia bersamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience