BAB 2

Drama Completed 443

‘Ni yang aku malas ni, aku nak jadi puteri beradu pun susah. Memang sengaja kan diorang ni. Nanti korang, nak sangat aku yang masak kan.’ Idea jahat mula menular dalam kepala otak aku. Haha.

Aku berjalan menuju ke tempat sayur-sayuran. “Haa… jumpa pun kau. Wahai si tomato, kacang botor dan segala si sayur. Hari ni korang akan menjadi sebahagian daripada sajian aku untuk kawan-kawan tercinta aku” aku ketawa sendiri dengan kata-kataku.

“Tunggu la korang, tak sabar betul aku nak tunggu malam ni. Baru korang tau si..” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, aku dirempuh kasar oleh seseorang. Sakit kat bahu ni usah dikata lah, bergolek-golek cik tomato dan sewaktu dengannya.

“Hoi… tak tengok orang ke bila jalan” berdesing telinga aku mendengar kata-kata orang yang kini berada di hadapanku. Harap muka je handsome, eh.. handsome ke? boleh lah tahan tapi perangai serupa monyet pulak.

“Tengok… tiap-tiap hari saya tengok orang bila berjalan. Tapi tak selalu jugak tengok orang bila jalan sebab tak tahu pulak kalau khayal tengok orang je, tiba-tiba ada batu besar pulak kat depan kita. Macam sekarang ni” Haa… amik kau.

Aku segera mengutip buah tomato yang bergolek tadi, tiba-tiba ada satu huluran di hadapanku. Aku fikir mamat tadi yang membantu aku, rupa-rupanya mamat lain. Macam pernah tengok pulak.

“Terima kasih” hanya itu yang mampu aku ucapkan. Mamat tadi hanya memerhatikan kami.

“Jasmine kan… awak Jasmine right?” pertanyaan lelaki itu membuatkan aku teringat pada seseorang. Lah… dia rupanya.

“Naim… awak dengan makcik hari tu kan? aku segera tersenyum.

“Kau kenal ke minah sayur ni Naim” kurang asam minah sayur di panggilnya aku. Sabar Ari.. sabar.

“Mestilah Rish… Jasmine ni yang tolong Mama Diana tempoh hari. Ala, aku kan pernah story kat kau” kata Naim bersungguh-sungguh.

Aku memandang mamat di hadapanku ini, betul ke mamat ni anak makcik tu. Huh, berbeza betul perangainya yang serupa beruk keluar sarkas.

“Apa pandang-pandang. Ada hutang ke” terkejut aku dengan sergahan mamat ni. Pandang pun dia kata aku berhutang, tolonglah tak main la hutang-hutang ni.

“Tak ada hutang pun. Cuma saya macam tak percaya betul ke awak ni anak makcik Diana. Tak menyerupai genetik makcik Diana langsung apatah lagi bau-baunya pun” kataku selamba dan Naim ketawa kecil.

Mamat tu memandang Naim dan tawa Naim terhenti lalu berdehem kecil.

“Kalau macam tu saya balik dulu la Naim. Assalamualaikum…” kataku tersneyum lalu meninggalkan mereka begitu sahaja.

“Dah… tak payah nak tenung lama-lama sangat. Geram betul aku, kuat melawan jugak minah sayur tu” kata Farish geram.

“Tapi sweet dia kan. Sesuai dengan nama dia Nur Ariana Jasmine” kata Naim tersenyum. Farish melangkah laju meninggalkan Naim, Naim hanya menggeleng kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience