BAB 6

Drama Completed 610

Suasana pagi ni agak riuh, mungkin kerana abang Syahril sudah mula buat lawak bodohnya kot! Aku dari subuh tadi sudah di kerah mama buat sarapan di dapur. Nasib baik mak lijah ada. Maklumlah aku bukan pandai sangat bab kuali periuk ni… Semalam aku dan idham ke lapangan terbang. Papa tiba – tiba ada urusan, tak boleh temankan aku jemput abang. Kak Ya pula tengah mabuk –mabuk. Hish time macam ni dia mengandung pulak! Hehe.. tapi baguslah tu aku pun tak sabar – sabar nak dapat anak saudara. Aku sampai awal, tak sabar nak tengok wajah abang ayel maklumlah hampir dua tahun kami tidak berjumpa. Abang tak pernah kirim gambar, tak surprise katanya. Memang surprise, abang ayel simpan janggut! Aku memang tak suka lelaki ada janggut. Erkk!!

“kenapa tak makan ni Shela . Kalau renung je mihun goreng tu bukan boleh habis pun” tiba – tiba mama bersuara. Tersentak aku dengan teguran mama.

“Anak bongsu mama ni bercinta kot, itulah tak makan pun kenyang, makan “benda” lain!” abang ayel mula menyampuk membuatkan papa tersenyum kecil. Mama ikut ketawa bersama abang, kak ya cepat – cepat mengiyakannya. Kenakan aku lah tu!

“Eh mana ada papa, mama… jangan percaya cakap abang ayel ni, dia saja nak kenakan orang… dengki lah tu!” kataku mempertahankan diri. Perkataan “orang” memang biasa aku gunakan, kata ganti nama bagi diriku. Tapi idham selalu panggil aku orang – orang. Alah yang dekat sawah padi tu! ada ke aku yang comel ni di samakan dengan orang – orang kat sawah tu. Sampai hati!

“Abang pulak yang kena? Eheh dia ni abang karate baru tahu!”

“Karate konon… tendang bola pun tak lepas ada hati nak karate orang” kataku mengejek

“Yelah ayel simpan jelah tendangan kau tu, jangan buat malu akak!” Kak Ya mencelah membuatkan kami semua menahan tawa. Kesian abang ayel merah muka dia. Padan muka!

Suasana petang cukup mendamaikan, aku duduk bersantai di balkoni. Kedengaran ngauman enjin kereta di matikan. Mesti abang helmi tu! tekaku. Kelmarin sewaktu aku pulang ke rumah bersama Kak Ya, abang helmi masih perlu menyiapkan tugasnya. Secara outomatiknya aku jadi driver lah hari tu. Dari atas ku lihat kak ina keluar menyambut kedatangan suaminya, begitu juga dengan papa dan mama. Kelihatan abang Syahril menyapa dari belakang. Kemesraan jelas terpancar di antara keduanya. Aku malas nak turun, penat! Sebentar tadi aku tolong mak lijah buat kuih sri muka sebagai minum petang, lepas tu aku naik dan terus tertidur… bangun – bangun je semua orang dah takde, pergi rumah pakcik aku di bangsar. Sampai hati tak ajak aku pun. Paling sedih kuih sri muka itupun habis licin. Malang sungguh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience