BAB 9

Drama Completed 610

Betul kata najwa, dua tiga hari lepas sebelum aku keluar dengan redza, katanya dia nampak redza ke tempat kerja idham. Kebetulan salon kepunyaannya berdekatan dengan pejabat tempat idham bekerja. Hairan juga sebab idham dan redza bukanlah “baik” sangat. Mereka saudara tiri yang berlainan bapa dan ibu. Selepas kematian ibunya, papa redza menikahi seorang wanita yang juga kematian suami kira – kira setahun lepas. Lagi pula wanita itu merupakan rakannya sewaktu menyambung pelajaran di Indonesia. Idham menerima kenyataan itu dengan redhanya namun redza tidak begitu, katanya ibu idham menggodanya papanya. Di sebabkan itu idham dan redza tidak sependapat. Mereka sering bergaduh sehinggakan idham keluar dari rumah dan terpaksa berjauhan dengan ibunya. Aku simpati dengan idham kerana nasibnya. Namun aku sama sekali tidak tahu bahawa mereka merupakan saudara tiri sehinggalah Najwa memberitahu aku tentang itu. Namun bagiku semua itu adalah rahsia kerana idham tak pernah menceritakan hal itu kepadaku.

“Am, kenapa mesti cakap macam tu? Dia takda hak nak halang aku dari terus berkawan dengan kau”

“Sebab dia abang tiri aku, dia tak suka aku Shela , lebih baik aku pergi. Adanya aku di sini akan mengeruhkan hubungan kau dan dia. Aku nak kau bahagia, bahagia dengan pilihan hati kau selama ni”

“Tapi aku takkan bahagia kalau kau takda di sisi aku. Aku sayangkan kau am!” kataku sedikit terjerit membuatkan idham mematikan langkahnya. Biarlah kali ketiga ni aku yang melafazkannya. Kalau sebelum ini dua kali am cuba memberitahuku yang dia sukakan aku, biarlah kali ini aku pula mengakuinya. Ya! Memang aku sayangkan am, tapi aku takut kalau dia menolak aku. Kami kawan baik dan dia dah jadi sebahagian dari keluarga aku. Aku risau kalau – kalau kami akan kekok bila berjumpa nanti.

“Aku tak tipu dan aku tak berlakon sekarang ni. Biar aku habiskan ayat aku tadi. Aku mungkin sukakan dia tapi aku cintakan orang lain dan orang tu ialah Mohd Idham Azdri bin Mohd Yusuf!” kataku sedikit terjerit sambil air mataku mengalir laju. Tak dapat ku tahan lagi, begitu perit rasanya menahan perasaan ini. Tanpa aku sedari sekujur tubuh kini berada di hadapanku. Redza!

“I takkan paksa you, idham memang layak untuk you Shela . I datang nak jumpa Abang Syahril tapi tak sangka I dapat peluang tengok filem Hindustan hari ni” katanya sambil tersenyum kecil. Aku terdiam, idham juga begitu. Aku tak sangka sudah setengah jam redza berdiri di sebalik pintu pagar memerhatikan kami.

“Maaf” itu sahaja yang keluar dari mulutku. Aku tak berupaya menuturkan lebih dari itu. Aku rasa cukup bersalah, sungguh!

“It’s ok Shela , maafkan abang…Am!” Katanya ringkas sebelum beredar dari situ. Idham datang menghampiri aku. Malunya aku nak menatap wajahnya.

“Wow! Boleh tak cik Shela ulang balik ayat tadi tue. Saya tak berapa dengar lah!” Idham mengejekku. Malunya!

“Sebelum aku tarik balik kata – kata aku tadi tu, baik kau balik!” kataku menahan malu.

“Ya, saya faham sayang… I love you too” katanya sambil menjeling manja kearahku. Erkkk!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience