BAB 7

Drama Completed 610

“Ehem! Teringat kat buah hati ke?” tegur abang syahril dari belakang, tak bagi Salam pun! Nasib baik tak terkeluar latah aku…huhu…

“Kalau ye pun, abang tahu ke sape?” kataku seakan menguji

“Pasti bukan redza kan? Kalau “orang” still suka dia lagi, abang tak tahulah!” Abang mencebik, aku sekadar tersenyum kelat. Aku terfikirkan idham sebenarnya, dah macam tersuka pulak kat dia.. heh! Tapi..Jauh di dasar hati aku akui redza masih tersemat di hatiku. Namun apakan daya, hubungan dengannya tidak pernah terjalin malah redza sendiri tidak pernah tahu aku menyukainya. Aku kenal redza melalui kak maya tunang abang ayel, orangnya sweet dan paling best muka dia persis hero korea kesayangan aku, rain! Tapi sayang lepas aku tamat pengajian di universiti kira – kira setahun lepas, aku dengar khabar dia bakal bertunang. Hancur berkecai berderai – derai hati aku time tu…mana taknya, aku dah tangkap cintan habis dengan dia!

“Hari tu ada datang rumah tapi Shela takde… kenapa tukar number phone? Ni pun maya yang bagi, sorry if I disturbing U” bulat mataku membaca mesej itu. Baru je semalam aku berbual tentangnya bersama abang syaril, hari ni dia mesej aku…Redza! Jadi dia yang datang cari aku last month. Ada apa pulak nie?

“Sorry sebab tak bagi tahu number baru, by the way hows your life” taipku ringkas. Aku memang teruja tapi entah kenapa aku jadi kurang selesa berbalas sms dengannya, kalau dulu aku memang tak sabar – sabar mungkin dengan statusnya sekarang aku jadi serba salah pula.

“Nothing much…and now I’m single again!” balasnya kembali

“Means?” tanyaku kembali

“I dah putus tunang…” Mak aih semua orang nak putus tunang ke bulan ni? Baru minggu lepas idham break, now redza pulak! Nak kata aku gembira pun tak juga, tapi sikit tu adalah, penat berbalas mesej, redza ajak aku jumpa. Aku memang dah lama tak jumpa dia and this is a chance!

Pagi tu aku bersiap awal, maklumlah aku kan ada lunch dengan redza. Aku tak mahu lewat, entahlah tapi mungkin inilah peluang aku. Aku sampai awal, Pak Kassim driver papa hantar,rupanya aku silap, redza lebih awal dari aku. Aku melangkah masuk sambil menghadiahkan sebuah senyuman yang aku kira paling manis pernah aku lemparkan buat seorang lelaki. Redza kelihatan begitu tampan dengan jeans dan kemeja biru berbelang putih. Wah! Memang meruntun jiwa wajah tampannya itu. Macam berjanji pula, aku juga mengenakan blaus berwarna biru. Dalam hati tuhan saja yang tahu. Bunga – bunga cinta gitu.. hehh!

“Cantik…kat mana you beli baju tu? Tegur redza sebaik saja aku duduk. Aku tersenyum kecil, aku fikir dia nak puji aku nampak cantik hari ni, rupanya baju aku yang cantik! Kesian betul kau nie Shela , kau ingat mamat handsome depan kau ni suka dekat kau ke? Kau nie perasan betullah! Hati kecilku berbisik.

“Please don’t get me wrong, u look so nice today” Redza bersuara lagi. Aku senyum mendengar pujian itu, nak je aku menjerit sekuat hati, bahagia. Redza tersenyum lagi. Manisnya!

“Thanks, anyway you look nice too” ceh aku pun speaking jugak, yelah bak kata pepatah…berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Yes no orait? Hahaaa

“Actually I dah lama nak jumpa you, ada hal yang I nak bincangkan” katanya memulakan bicara. Aku diam memberi tumpuan. Semasa makan redza mendiamkan diri. Adab sopan kena jaga mana boleh cakap time makan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience