BAB 3

Drama Completed 610

“Akak dengar ada orang tu berlagak jadi “bos” semalam…ishh nasib baik aku pergi sekejap jeh kalau tidak lingkup bisnes aku agaknya” Sinis Kak Ya sebaik sahaja sampai, aku senyum sumbing mendengar sindiran kakakku itu.

“Kak Ya bila sampai…penat – penat ni rehat lah kat rumah kenapa datang lak” Kataku berbasa – basi. Kena jaga hati tokeh nie…kalau tak kurang gaji aku bulan ni. Hurm…

“Elehh macam lah kakak ni baru kenal kamu tu Shela , dah jangan nak bodek akak… I makan nasi tau, tak makan bodek…understand my dear sis…” adehhh gitu jeh kena…Kak Ya nie bukan nak cakap lembut – lembut dengan aku…hish!

“Apa buat muka macam tu pulak… kakak dah beli banyak keropok lekor tau…kalau tak nak takpe lah kita sedekah jeh kat dolly…mane tahu dolly nak makan…” Tutur Kak Ya sambil menjeling kearahku…seolah-olah mengejek…!hehhh

“Dolly tak makan keropok lekor kak, dia makan kuaci. Tercekik juga dolly kalau aku bagi makan keropok…

“Kakak nie nak bunuh hamster saya ker…”Kataku separuh terjerit. Kak Ya tersenyum kecil sambil berlalu. Majalah Keluarga yang dipegangnya si serahkan kepadaku. Herm…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience