BAB 5

Drama Completed 610

“Yelah, aku takde masa nak main – main tau… dah dua bulan pun” aku kelu, sampai hati am tak bagi tahu. Aku pandang wajahnya teliti. Handsome! kenapa agaknya ya?

“Dia sambung belajar kat Australia, nak aku ikut sekali. Tak mahulah… Aku banyak tanggungjawab lagi kat Malaysia ni, dia kata kalau aku tak ikut, putus… so, aku tunaikan lah hajat dia. Lagipun kami kawan atas dasar keluarga, papa aku dan papa sarah kan bestfriend” terangnya lagi. Aku hanya membatukan diri, diam seribu bahasa. Aku duduk sambil tanganku pantas mencapai kek batik buah tangan dari idham, dia tahu aku suka makan kek tu. Sedap!

“Kenapa baru sekarang kau bagi tahu aku? Am, kau ok tak… papa kau…?” Soalku ingin tahu

“Papa kecewa, tapi dia faham aku bukan suka sangat pilihannya tu. Kak Diana banyak bantu, dialah yang pujuk papa. Aku bukan tak mahu bagi tahu,nanti serabutkan kau pulak!” Tutur Idham perlahan, aku memandang dengan penuh simpati, kesian kawan aku seorang nie. Kalau aku lah yang jadi tunang kau, mesti sempoi kan? Huhu…

“Yang kau tersengih nie kenapa Shela , time main dengan perasaan pun dia boleh tersenyum lebar…pelik tol kau nie” Tegur idham membuatkan khayalanku tadi serta merta hilang dari pandangan…cehh baru berangan sikit!
“Eh, bukan macam tu…aku terkenang pulak time first date kau dulu…muka nie jugak yang kena teman kan…”

“Alahh itu adalah pertemuan yang terpaksa aku hadiri…date yang telah di aturkan oleh papa, mestilah aku kena pergi…kalau ikut hati, tak ingin pun aku jumpa dia” kata idham sambil menjeling ke arahku, kami sama – sama ketawa mengenang peristiwa itu. Dek kerana protes dengan kehendak papa, idham memesan masakan yang paling pedas di restoren untuk menjadi santapan Maisarah, demi menjaga hati idham sarah tetap manjamah masakan itu walaupun mukanya mulai kemerahan menahan pedas, idham tersengih kecil sambil bertanya, sedap kan? Sarah hanya mengangguk tanda setuju. Kesian pulak aku tengok minah tue, tapi apa nak buat kan…nasib kau lah suka dekat En.Idham nie…

“Kesian dia tau time tue, bergelas – gelas air dia pesan…kau nie memang tak patut Am…” Kataku dengan ketawa yang masih bersisa.

“Kau pun tumpang gelak besar kan…”sambung Idham membuatkan aku tersenyum sendiri. Ceh!

“Tahulah, nanti aku cari penggantinya ok?” kataku seakan memujuk hati idham yang lara tapi aku tahu bukan lara tapi suka! Maisarah bukan wanita idamannya.

“Aku tak perlukan pengganti, aku dah ada pilihan hati” katanya perlahan tetapi tetap kedengaran di telingaku. Aku mengeluh kecil, cepat betul! Baru jeh aku nak test market. Huhh…

“Would you be my girlfriend? Lagipun aku dah lama suka dekat kau…” Sambungnya lagi… gila ke haper! Ni kali kedua dia cakap suka kat aku, kalau sampai ke tiga, betul – betul kot aku dengan dia… Heh! Pertama kalinya setahun lepas, seminggu dia merajuk dengan aku gara – gara aku ketawakan dia. Tak masuk akal langsung! masa tu dia kena paksa bertunang dengan Sarah, dia tak mahu sebab katanya dia dah ada pilihan hati. Mesti pressure time tu sampai buat pengakuan hampeh dekat aku. Nak kata aku tak suka bohonglah, aku suka sgt tapi cam pelik pulak aku bercinta dengan kawan baik…hish tak mahulah! Mula tu syok jugak bila tahu ada orang suka kat kita tapi memandangkan dia selalu kenakan aku, dah tentulah aku tak percaya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience