BAB 2

Drama Completed 610

“Makin curly rambut kau ni ya… macam maggi dah aku tengok” kataku sejurus sahaja kami berdua melangkah masuk ke Restoran berhampiran kedai bunga Kak Ya untuk makan tengahari. Mujur hari ni Kak Ya ke terengganu melawat rakannya yang baru bersalin. Sebagai adiknya sah lah aku jadi tokeh sementara. Tugas di kaunter aku amanahkan kepada Joey pembantu Kak Ya, lagipun hisham belum pulang lagi dari menghantar bunga kalau tidak aku suruh dia je maklumlah mamat tu cepat sikit bab mengira. Huhh!

“Wah cepat benar kau twist dan ubah topik? Eh aku lupa pula yang kau ni kan pelakon drama terkenal, dari dulu lagi aku ni selalu sangat kena tipu…” tutur najwa perlahan sambil menjeling tajam ke arahku. Aku hanya tersengih sambil mataku ligat memilih menu.
“kau belanja kan, wah aku pesan yang mahal sikit yek!” tuturku keriangan, yelah bukan senang dapat makan kat tempat mewah macam ni, bersama najwa semuanya jadi senang. Anak orang berada katakan…

“Berapa lama kau tak makan Shela ? Dah macam pelarian aku tengok! Haha…” Ceh! Terkekek – kekek minah ni ketawakan aku. Aku diam sambil tersenyum melihat gelagat Najwa.

“Anyway kenapa kau tak kerja kat Mentari Holdings saje…takkan Dato’ Shaiful tak bagi kan, kerja dengan ayah kan senang…” Tutur najwa lagi. Aku bungkam, tiada kata yang meluncur dibibirku…apa aku nak cakap nie haa…adehh.

“Woit apasal kau senyap…? Aku tanya nie jawab lah Shela …”

“Aku malas…”Jawabku pendek…

“Malas nak bangun pagi…malas nak kerja 9 pagi sampai 6 petang…malas nak kerja ikut peraturan…,erm malas mane kau pilih…?”

“Semuanya…dah lah aku nak makan dengan tenang dan penuh nikmat…boleh tak kau jangan tanya aku apa-apa…aku malas buang tenaga aku yang sedia ada banyak nie dengan menjawab soalan – soalan kau. Jadinya Cik Najwa boleh tak kita terus makan…? Hurm..?”

“Erm…oke Cik Shela , u menang…” Keluh Najwa perlahan sambil tersenyum melihatku. Aku diam sambil terus menyuap mee bandung kegemaranku. Sedap!

Aku sampai rumah lebih kurang pukul 10.00 malam. Kak Ya tak balik lagi, esok katanya. Aku tak kisah pun, aman sikit dunia aku. Mama telefon tadi kata ada orang cari aku. Entah siapa aku pun tak tahu, menurut mana lelaki, tapi aku dah pesan kat mama jangan bagi tahu aku kat mana even number phone pun tak boleh. Mama kenal idham je, bestfriend aku. Sebelum tu papa ada phone bagi tahu abangku syahril akan pulang ke Malaysia minggu depan means dia dah habislah buat master wah! Bangga aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience